Saturday, June 11, 2011

Diet...

Hari ini seperti ingin menulis sesuatu di catatan ini, cuti sekolah akan berakhir, dunia kerja akan bermula kembali, walaupun cuti ini bukanlah cuti sebenar cuti, minggu lepas ada kelas tambahan 2 hari, dan sibuk menanda kertas peperiksaan pertengahan tahun. Sempat jugak membawa bebudak tu ke Cameron Highlands, saja bertukar angin, biasanya kalau cuti mesti nak berjalan tempat yang memenatkan, seperti taman tema. Tak larat rasanya. Kali ini pergi ke tempat yang lebih sejuk dari kebiasaan. Sebulan yang lepas memulakan diet yang sangat ketat, dan 3 minggu yang lepas jugak memulakan pengambilan ginseng dan cordyseps sinensis. Hasilnya memang ketara. Perubahan pada lump memang dapat dirasakan. Namun...kerana pergi bercuti, menyebabkan tak banyak pilihan makanan, dan akibatnya balik dari bercuti lump dirasakan membesar semula. Perasaan bimbang dan menyesal. Tapi bak kata pepatah, sesal dulu pendapatn... tak mengapalah, bermula kembali ke garisan asal. Tapi satu perkara yang dapat dipelajari, berhati2 dalam diet ...pengalaman memang adalah guru yg terbaik...selepas ini kenalah sangat berhati2...
Kebelakangan ini banyak mencari maklumat tentang penawar yg boleh dibuat dan dimakan. Antaranya ialah tentang Sabah Snake Grass, bagaimanapun tak tahulah mana nak mendapatkan nya, cuba juga menghubungi orang tertentu, namun hasilnya tidaklah memberangsangkan. Kemudian terbaca tentang khasiat curcumin iaitu bahan kuning yang ada dalam kunyit. Dikeliling rumah ni memanglah tak byk kunyit, tapi rasanya mudah nak mendapatkannya, tetiba terpandang pokok temulawak yg tumbuh melata ditepi rumah. Dahulunya cukup banyak sehingga perlu dibuang, cuba mencari maklumat tentang temulawak, dan.. rupa2nya ada perusahaan yang menghasilkan kapsul temulawak untuk kesihatan dan lagi kandungan curcumin dalam temulawak lebih kurang berbanding dengan kunyit namun kandungan minyak atsirinya yang untuk melawan kanser terutamanya BC lebih tinggi berbanding kunyit. Jika dahulu temulawak ini dipandang sepi, namun kini ia menjadi salah satu ramuan dalam minuman jus harian. JUs harian epal+lobak+nenas+temulawak+cendawan susu harimau. Rasanya taklah sedap sangat. Tapi tekak ini dah biasa bolehlah nak telan. Jus pegaga juga tidak ketinggalan. Begitu juga air rebusan daun betik+daun sireh+daun durian belanda. Banyak??? Memanglah banyak..tapi terpaksa diagihkan waktu meminumnya, dari pagi hinggalah nak tidur, hasilnya memanglah kerap ke bilik air. Takpe buang toksin...

Semenjak pengambilan ginseng dan cordysep sinensis, memanglah rasa berdenyut di kawasan lump dan sekitarnya, harapnya dalam tempoh beberapa bulan ada kesan yg positif. Tak berani nak berkata lebih-lebih...Setiap kali rasa ada perubahan pastinya tak lama kemudian kembali kepada keadaan asal. Jadi tunggu dan lihat sajalah. Pastinya Allah ada agenda sendiri untuk hambaNYa. Dalam beberapa bulan ini, rasanya lebih memahami keadaan BC ini. Bunyinya macam memahami hati seseoranglah pulak...Rasanya tahu apa yg boleh dan apa yg tak boleh...Nampaknya catatan ini terpaksa berhenti disini dahulu, doakan yg terbaik utk saya..