Sunday, October 23, 2011

Penawar Kanser????

Setelah sekian lama menyepi dari menulis dicatatan ini, akhirnya hari ini terasa seperti ingin mencatat sesuatu.Oktober ini cukup sudah setahun, dari kali pertama aku menemuinya. Untuk kesekian kalinya aku mengucapkan rasa syukur atas banyak perkara yg dianugerahkan olehNya. Syukur kerana diberikan anugerah ini , BC ini menjadi titik kesedaran buat diri sekeluarga, kerana dulu mungkin diri ini alpa dan leka. Terima kasih ya Allah kau berikan aku ingatan dan teguran.Aku terpilih sebagai insan yg didalam ingatan Mu. syukur...Terima kasih Kau berikan ku peluang utk memperbaiki diri dan perbanyakan amalan. Ampunilah segala dosa dan terimalah segala amalanku.Syukur..kerana beriku peluang untuk bernafas lagi hari ini..Syukur diatas kesihatan dan kekuatan yg masih Kau berikan.
Banyak perkara yg berlaku kebelakangan ini, rutin harian masih diteruskan seperti biasa.Sejak jun yg lalu tumor seperti bermain tarik tali , sekejap mengecut, sekejap kembang. Sehingga aku mengambil keputusan untuk menjalani pembedahan selepas hari raya aidlafitri yg lalu. Setelah temujanji dibuat dan pemeriksaan dijalankan, doktor menetapkan tarikh untuk aku menjalani pembedahan.Namun, empat hari sebelum pembedahan, aku berjumpa dengan seseorang untuk mencuba satu produk yg dinamakan primaseries. 3 hari memcubaa terasa sedikit kelainan yg susah digambarkan, mungkin yg boleh dikatakan hilang rasa mencucuk-cucuk dibelakang badan dan terasa badan lebih menyihatkan. Akhirnya nekad untuk menangguhkan pembedahan hingga ke tarikh yg belum pasti.
Ramai yg bertanya tak mengapa ke tak pergi buat rawatan dihospital? Satu soalan yg susah nak dijawab, kerana apa yg pasti selepas penetapan tarikh pembedahan aku menangis dua hari dua malam mengenangkan aku bakal kehilangan satu B. Jadi belum buat pembedahan tapi semangat dah hilang bayangkan kalau dah memang hilang B. Pasti semangat dah hilang. Mungkin orang lain akan berkata takpe hilang satu asalkan masih bernyawa. Akhirnya keputusan dibuat, itupun setelah kulakukan istikharah sebanyak yg mungkin,meminta petunjuk dariNya. Mati hidup ketentuan Allah. Bukan aku tak berusaha, aku berusaha mengikut cara yg aku pilih. Sebagai orang yg mengalami, aku berhak memilih cara rawatan. Sejak keputusan penangguhan, hidup dirasakan lebih gembira dan bermakna. Seandainya Allah menarik nyawa ini, sebagai seorang Muslim aku menerimanya sebagai satu ketetapan, bagaimana mati itu hanya penyebabnya.Aku tak menoleh kebelakang lagi,  banyak perkara yang ingin kulakukan sebelum nyawa dijemput Ilahi. Ya..kedengaran seperti aku menyerah kalah, tapi inilah waktu yg paling kuat pernah kurasakan berbanding sebelum ini. Aku takkan menyerah kalah...Seperti kata pengetua, kuatkan semangat dan yakin bahawa ubat yg kita makan adalah yg terbaik utk kita. Nak buat macamana kan, dah kanser itu nak hidup dengan kita, takpelah terima ajelah, asalkan dia tak ganggu perjalanan hidup kita. Betul juga katanya.
Mengenai ubat primaseries yg baru sebulan diambil itu, apa yg boleh dikatakan selepas dua minggu, rasa mencucuk-cucuk dan menghiris pada tumor. Syukur, sakitnya  tidaklah sehingga keterlaluan, kerana itulah simptom yg akan dirasakan pada pesakit kanser.Terdapat perubahan pada tumor, namun masih terlalu awal untuk diperkatakan. Bagaimanapun, sebenarnya yang paling penting sekiranya ia dapat mengawal dari merebak ke tempat lain.. Insyaallah...Apabila  ditanya berapa lama tumor boleh hilang, menurut En Yunus (pengedar) antara kes-kes kanser yg dibawah pemantauannya, breast cancer adalah yg paling lambat hilang tumor kerana sifat kanser dan tumornya  yg  melekat dan membentuk ketulan seperti daging. tapi untuk kanser lain seperti kanser pangkal rahim, prostat, usus dan lain-lain kesannya amat cepat apabila dos yg diambil tinggi. Tak kisahlah asalkan ia boleh hilang. Syarikat ini juga ada membuat kerjasama dengan salah satu hospital di Malaysia untuk menjalankan ujian klinikal untuk menguji keberkesanan ubat ini. Aku ada menghantar resume untuk mencuba nasib. Harapnya ada rezeki...Menurut beliau lagi setahun ubat ini dipasaran Malaysia, hampir kesemua pesakit yg mencuba menunjukkan respon yang positif, setidak-tidaknya antara kesan yg dirasai oleh pesakit ialah kesakitan yg dirasai disebabkan oleh kanser atau pun rawatan kanser akan hilang.Antara tujuan utama ujian klinikal ini ialah untuk menghilangkan kesakitan yang dialami oleh pesakit. Ya Allah semuga ubat ini menjadi penawar kepada penyakit kanser ini. Pada awalnya, rasa bimbang untuk bercerita disini tentang ubat ini kerana belum pun sembuh, namun akhirnya mengambil keputusan untuk share dengan orang lain, kerana seandainya tiada rezeki sembuh untuk diri sendiri tapi mungkin rezeki untuk orang lain. Bulan depan(November) En Yunus  akan ke Korea untuk membawa produk ubat ini kesana. Seandainya ubat ini yang asalnya dari Malaysia (pengasasnya orang Malaysia) cuba membawa ubat ini keluar, mungkin sesemangnya ia salah satu penawar kanser. Kita tunggu dan lihat...
Nampaknya kali ini entry yg agak panjang berbanding sebelum ini. Catatan kali ini berhenti disini. Doakan yg terbaik untuk saya.