Setelah sekian lama menyepi dari menulis dicatatan ini, akhirnya hari ini terasa seperti ingin mencatat sesuatu.Oktober ini cukup sudah setahun, dari kali pertama aku menemuinya. Untuk kesekian kalinya aku mengucapkan rasa syukur atas banyak perkara yg dianugerahkan olehNya. Syukur kerana diberikan anugerah ini , BC ini menjadi titik kesedaran buat diri sekeluarga, kerana dulu mungkin diri ini alpa dan leka. Terima kasih ya Allah kau berikan aku ingatan dan teguran.Aku terpilih sebagai insan yg didalam ingatan Mu. syukur...Terima kasih Kau berikan ku peluang utk memperbaiki diri dan perbanyakan amalan. Ampunilah segala dosa dan terimalah segala amalanku.Syukur..kerana beriku peluang untuk bernafas lagi hari ini..Syukur diatas kesihatan dan kekuatan yg masih Kau berikan.
Banyak perkara yg berlaku kebelakangan ini, rutin harian masih diteruskan seperti biasa.Sejak jun yg lalu tumor seperti bermain tarik tali , sekejap mengecut, sekejap kembang. Sehingga aku mengambil keputusan untuk menjalani pembedahan selepas hari raya aidlafitri yg lalu. Setelah temujanji dibuat dan pemeriksaan dijalankan, doktor menetapkan tarikh untuk aku menjalani pembedahan.Namun, empat hari sebelum pembedahan, aku berjumpa dengan seseorang untuk mencuba satu produk yg dinamakan primaseries. 3 hari memcubaa terasa sedikit kelainan yg susah digambarkan, mungkin yg boleh dikatakan hilang rasa mencucuk-cucuk dibelakang badan dan terasa badan lebih menyihatkan. Akhirnya nekad untuk menangguhkan pembedahan hingga ke tarikh yg belum pasti.
Ramai yg bertanya tak mengapa ke tak pergi buat rawatan dihospital? Satu soalan yg susah nak dijawab, kerana apa yg pasti selepas penetapan tarikh pembedahan aku menangis dua hari dua malam mengenangkan aku bakal kehilangan satu B. Jadi belum buat pembedahan tapi semangat dah hilang bayangkan kalau dah memang hilang B. Pasti semangat dah hilang. Mungkin orang lain akan berkata takpe hilang satu asalkan masih bernyawa. Akhirnya keputusan dibuat, itupun setelah kulakukan istikharah sebanyak yg mungkin,meminta petunjuk dariNya. Mati hidup ketentuan Allah. Bukan aku tak berusaha, aku berusaha mengikut cara yg aku pilih. Sebagai orang yg mengalami, aku berhak memilih cara rawatan. Sejak keputusan penangguhan, hidup dirasakan lebih gembira dan bermakna. Seandainya Allah menarik nyawa ini, sebagai seorang Muslim aku menerimanya sebagai satu ketetapan, bagaimana mati itu hanya penyebabnya.Aku tak menoleh kebelakang lagi, banyak perkara yang ingin kulakukan sebelum nyawa dijemput Ilahi. Ya..kedengaran seperti aku menyerah kalah, tapi inilah waktu yg paling kuat pernah kurasakan berbanding sebelum ini. Aku takkan menyerah kalah...Seperti kata pengetua, kuatkan semangat dan yakin bahawa ubat yg kita makan adalah yg terbaik utk kita. Nak buat macamana kan, dah kanser itu nak hidup dengan kita, takpelah terima ajelah, asalkan dia tak ganggu perjalanan hidup kita. Betul juga katanya.
Mengenai ubat primaseries yg baru sebulan diambil itu, apa yg boleh dikatakan selepas dua minggu, rasa mencucuk-cucuk dan menghiris pada tumor. Syukur, sakitnya tidaklah sehingga keterlaluan, kerana itulah simptom yg akan dirasakan pada pesakit kanser.Terdapat perubahan pada tumor, namun masih terlalu awal untuk diperkatakan. Bagaimanapun, sebenarnya yang paling penting sekiranya ia dapat mengawal dari merebak ke tempat lain.. Insyaallah...Apabila ditanya berapa lama tumor boleh hilang, menurut En Yunus (pengedar) antara kes-kes kanser yg dibawah pemantauannya, breast cancer adalah yg paling lambat hilang tumor kerana sifat kanser dan tumornya yg melekat dan membentuk ketulan seperti daging. tapi untuk kanser lain seperti kanser pangkal rahim, prostat, usus dan lain-lain kesannya amat cepat apabila dos yg diambil tinggi. Tak kisahlah asalkan ia boleh hilang. Syarikat ini juga ada membuat kerjasama dengan salah satu hospital di Malaysia untuk menjalankan ujian klinikal untuk menguji keberkesanan ubat ini. Aku ada menghantar resume untuk mencuba nasib. Harapnya ada rezeki...Menurut beliau lagi setahun ubat ini dipasaran Malaysia, hampir kesemua pesakit yg mencuba menunjukkan respon yang positif, setidak-tidaknya antara kesan yg dirasai oleh pesakit ialah kesakitan yg dirasai disebabkan oleh kanser atau pun rawatan kanser akan hilang.Antara tujuan utama ujian klinikal ini ialah untuk menghilangkan kesakitan yang dialami oleh pesakit. Ya Allah semuga ubat ini menjadi penawar kepada penyakit kanser ini. Pada awalnya, rasa bimbang untuk bercerita disini tentang ubat ini kerana belum pun sembuh, namun akhirnya mengambil keputusan untuk share dengan orang lain, kerana seandainya tiada rezeki sembuh untuk diri sendiri tapi mungkin rezeki untuk orang lain. Bulan depan(November) En Yunus akan ke Korea untuk membawa produk ubat ini kesana. Seandainya ubat ini yang asalnya dari Malaysia (pengasasnya orang Malaysia) cuba membawa ubat ini keluar, mungkin sesemangnya ia salah satu penawar kanser. Kita tunggu dan lihat...
Nampaknya kali ini entry yg agak panjang berbanding sebelum ini. Catatan kali ini berhenti disini. Doakan yg terbaik untuk saya.
Sunday, October 23, 2011
Saturday, June 11, 2011
Diet...
Hari ini seperti ingin menulis sesuatu di catatan ini, cuti sekolah akan berakhir, dunia kerja akan bermula kembali, walaupun cuti ini bukanlah cuti sebenar cuti, minggu lepas ada kelas tambahan 2 hari, dan sibuk menanda kertas peperiksaan pertengahan tahun. Sempat jugak membawa bebudak tu ke Cameron Highlands, saja bertukar angin, biasanya kalau cuti mesti nak berjalan tempat yang memenatkan, seperti taman tema. Tak larat rasanya. Kali ini pergi ke tempat yang lebih sejuk dari kebiasaan. Sebulan yang lepas memulakan diet yang sangat ketat, dan 3 minggu yang lepas jugak memulakan pengambilan ginseng dan cordyseps sinensis. Hasilnya memang ketara. Perubahan pada lump memang dapat dirasakan. Namun...kerana pergi bercuti, menyebabkan tak banyak pilihan makanan, dan akibatnya balik dari bercuti lump dirasakan membesar semula. Perasaan bimbang dan menyesal. Tapi bak kata pepatah, sesal dulu pendapatn... tak mengapalah, bermula kembali ke garisan asal. Tapi satu perkara yang dapat dipelajari, berhati2 dalam diet ...pengalaman memang adalah guru yg terbaik...selepas ini kenalah sangat berhati2...
Kebelakangan ini banyak mencari maklumat tentang penawar yg boleh dibuat dan dimakan. Antaranya ialah tentang Sabah Snake Grass, bagaimanapun tak tahulah mana nak mendapatkan nya, cuba juga menghubungi orang tertentu, namun hasilnya tidaklah memberangsangkan. Kemudian terbaca tentang khasiat curcumin iaitu bahan kuning yang ada dalam kunyit. Dikeliling rumah ni memanglah tak byk kunyit, tapi rasanya mudah nak mendapatkannya, tetiba terpandang pokok temulawak yg tumbuh melata ditepi rumah. Dahulunya cukup banyak sehingga perlu dibuang, cuba mencari maklumat tentang temulawak, dan.. rupa2nya ada perusahaan yang menghasilkan kapsul temulawak untuk kesihatan dan lagi kandungan curcumin dalam temulawak lebih kurang berbanding dengan kunyit namun kandungan minyak atsirinya yang untuk melawan kanser terutamanya BC lebih tinggi berbanding kunyit. Jika dahulu temulawak ini dipandang sepi, namun kini ia menjadi salah satu ramuan dalam minuman jus harian. JUs harian epal+lobak+nenas+temulawak+cendawan susu harimau. Rasanya taklah sedap sangat. Tapi tekak ini dah biasa bolehlah nak telan. Jus pegaga juga tidak ketinggalan. Begitu juga air rebusan daun betik+daun sireh+daun durian belanda. Banyak??? Memanglah banyak..tapi terpaksa diagihkan waktu meminumnya, dari pagi hinggalah nak tidur, hasilnya memanglah kerap ke bilik air. Takpe buang toksin...
Semenjak pengambilan ginseng dan cordysep sinensis, memanglah rasa berdenyut di kawasan lump dan sekitarnya, harapnya dalam tempoh beberapa bulan ada kesan yg positif. Tak berani nak berkata lebih-lebih...Setiap kali rasa ada perubahan pastinya tak lama kemudian kembali kepada keadaan asal. Jadi tunggu dan lihat sajalah. Pastinya Allah ada agenda sendiri untuk hambaNYa. Dalam beberapa bulan ini, rasanya lebih memahami keadaan BC ini. Bunyinya macam memahami hati seseoranglah pulak...Rasanya tahu apa yg boleh dan apa yg tak boleh...Nampaknya catatan ini terpaksa berhenti disini dahulu, doakan yg terbaik utk saya..

Sunday, May 1, 2011
Terapi ozon..
Dua hari lepas, pergi menjalani terapi ozon di klinik MediAl-Hilmi di Kepong, itupun setelah mencari-cari di internet maklumat, klinik yang menyediakan terapi ini, namun akhirnya teringat Dr Jamaludin ada memberitahu klinik yang pernah beliau kunjungi untuk membuat terapi ini. Prosesnya tidaklah menyakitkan tetapi pada peringkat awal ketika proses mencari salur (vena) yang sesuai itu yang menyakitkan. Susah payah Dr Hasbullah mencari yang salur darah, akhirnya satu salur di celah siku dan satu lagi terpaksa dilakukan di atas permukaan tangan berhampiran jari kelingking dan jari manis. Itu yang sakit.... Proses ini memerlukan darah disedut keluar dan 'dicuci', diozonkan kemudian dimasukkan semula ke salur darah. Satu yang mengagumkan darah yang keluar dan darah yang telah diozonkan sangat berbeza warna. Berapa banyak darah yang dicuci kurang pasti tapi proses memakan masa 70 minit. Doktor Hasbullah terpaksa memegang salur darah yang keluar sepanjang proses kerana, ada sedikit masalah dengan salur darah yang kecil menyebabkan darah yang keluar terlalu perlahan. Berapa kali perlu dilakukan tiada paksaan, namun Dr ada menyatakan sebaiknya dilakukan 4 kali pada peringkat awal ini. Banyak kebaikan sebenarnya melakukan proses ini, bukan sahaja utk pesakit kronik malah mereka yang ingin menjaga kesihatan juga. Kesan sampingan dari proses ini, ialah kulit menjadi cantik. menurut kata Dr. Huahuahuahua..Kalau kulit menjadi cantik itu sudah menjadi bonus..
Sebenarnya ada banyak perkara yang ingin dicatat disini, namun masa tidak mengizinkan, nanti kita bertemu lagi, doakan yang terbaik untuk saya, mungkin ada sedikit berita gembira yang boleh dikongsikan? Insyaallah, perjuangan harus diteruskan..

Friday, April 29, 2011
Setelah sekelian lama tak mengadap pc baru hari ini berpeluang utk mengadap lebih lama dari biasa. Kalau ikutkan badan memang penat, mata ni macam nak tidur, tp tak tahulah mana dtgnya kekuatan utk duduk lama di sini. Kebelakangan ramai bertanyakan perkembangan terbaru, gara2 lama menyepikan diri, ramai menelefon, sms dan email bertanyakan khabar. Ya Allah, terima kasihlah krn sudi bertanyakan khabar wahai, teman2 dan keluarga...Perjuangan masih diteruskan, perkembangan terbaru tak byk perubahan yg berlaku, lump masih ada. Kekadng terlupa jgk ada "bendasing" melekat dkt bdn, rasa mcm dah sebati dlm diri.
Sekarang ni dalam proses mencari penapis air yg boleh mengoksigenkan air, belum berjumpa lagi, yg ada ozonator adalah, hari ini dah buat appoinment untuk buat ozon terapi, kosnya lumayan jugak, hubby pun nak tumpang sekaki buat terapi ozon. Tentang duit, entahlah rezeki Allah beri yg tak tahu dari mana2 datangnya. Alhamduliilah, tak pernah lagi rasa kesempitan sejak tahu ada BC ni. Walaupun kalau dikira2 dah beribu2 dah dibelanjakan. Takdelah kaya sgt tp Allah sentiasa permudahkan caranya. Berhenti lagi catatan ini disini. Semuga bertemu dan diberi kekuatan lagi untuk bertemu lagi dicatatanku. Doakan yg terbaik untuk saya.

Saturday, January 22, 2011
Cendawan Susu Harimau..
Setelah lama berhenti dari catatan ini, baru hari ini berpeluang untuk mengadap komputer lebih lama dari biasa. Banyak perkara yang telah berlaku. 2 minggu lepas seseorang ada memberitahu tentang sejenis herba iaitu cendawan susu harimau dan kebaikannya terhadap mengubati pelbagai penyakit termasuk kanser. Beliau memberitahu untuk mendapatkannya di R & R Tapah iaitu daripada orang asli yang ada disitu. Tertanya juga, kalau dah pergi kesitu dengan siapa nak bertanya, bimbang dah pergi kesana tetapi tiada pula cendawannya. Semuanya bergantung dengan nasib. Sambil2 itu cuba mencari maklumat mengenainya dan entah macamana terjumpa satu website dan di website tersebut ada memberitahu sesiapa yang berminat untuk menadapatkannya boleh menghubungi satu emel yang dinyatakan. Akhirnya mencuba nasib menghantar emel seperti yang dinyatakan dan tidak disangka mendapat balasan. Setelah beberapa kali berbalas emel, pihak berkenaan setuju akan menghantar cendawan tersebut melalui pos ekspress. Setelah menerima cendawan tersebut, bertanyakan pada pihak berkenaan tentang bilnya dan jawapannya " do not worry about the bill. We have been giving out the sample for volunteers who are in need. Just hoping it helps. If it helps and u need more, just let me know" Terkejutnya dan sangat bersyukur.. Terima kasih Ya Allah..dengan pertolongan ini. akhirnya mendapat tahu orang yang dihubungi awalnya adalah seorang Dr dan penyelidik di Mardi, Serdang.
Beliau sedang melakukan kajian terhadapat cendawan ini dan cuba membiakannya sendiri. Kerana secara habitat semulajadinya, ia sangat sukar ditemui dan kalau ada pun harga sangat mahal dipasaran. (Setakat ini tak tahu berapa harganya, tapi dari bacaan harganya mahal dan susah nak ditemui.) Kemudian mendapat tahu juga salah seorang lagi yang dihubungi juga adalah seorang Chief Exec. Officer, LignoBiotech, sebuah company yang membangunkan penyelidikan ini. Siapa sangka, dalam dunia masih ada orang yang baik hati. Syukur...Harapnya ada kesan yang positif . Pada masa yang sama juga, ketika ini menjadikan amalan meminum air rebusan daun durian belanda. Dikatakan durian belanda termasuk buah, daun, kulit pokok dan kebanyakannya mempunyai khasiat yang tersendiri salah satunya untuk merawat penyakit kanser kerana dikatakan juga ia mempunyai kesan seperti kemoterapi namun ia 10000 kali ganda lebih baik daripada kemoterapi. Entahlah, itu adalah daripada bacaan yang diperolehi daripada sumber internet, setakat ini belum terjumpa satu bacaan ilmiah yang menerangkan tentang khasiat durian belanda ini. Walau apa pun, usaha harus diteruskan, tak kiralah melalui cara apa, asalkan tidak melanggar hukum Islam. Allah jugalah Penyembuh yang Berkuasa.
Catatan ini berhenti disini, doakan yang terbaik untuk saya..

Wednesday, January 12, 2011
Nekad..
Semalam ketika melayari internet, terjumpa satu blog kepunyaan seseorg yg merupakan pesakit BC jgk. Meninggalkan satu pesanan dgn harapan kakak ini akan memberi respon. Alhamduliilah, kakak ini memberikan respon dan akhirnya berjaya jg menghubungi kakak ini. Beliau yg ku panggil kak yati telah didiagnos mempunyai BC pada tahun 2009. Beliau telah menjalani 4cycles kemo. Akhirnya ptg td memberanikan diri utk menghubungi beliau krn ingin meminta pandangan peribadi beliau, iaitu hharuskah ku teruskan surgeri ini.. Setelah berbual utk seketika, akhirnya aku nekad utk menangguhkan lg surgeri ini sehingga ke tarikh yg belum dipastikan lagi. Dari pembacaaan, byk menunjukkan kes setelah menjalani pembedahan, sel kanser ini akan merebak ke bahagian lain, namun jg ada kes yg menunjukkan setelah proses surgeri dan kemo, pesakit sembuh.Namun bila difikirkan dgn keadaan yg ada skrg, tubuh badan masih sihat dan bertenaga, jadi akan ditangguhkan lagi surgeri ini.
Terima kasih kak yati, byk kata2 kak yati menjadi perangsang utk saya.Jika diizinkan oleh Allah pasti kita akan sembuh. Ya..kita harus positif..positif..Berusahalah selagi terdaya.
Pagi tadi jgk sempat berbual dgn seseorang iaitu kak bibah, cikgu senior yg byk pengalaman. Banyak kata2 dan cerita yg menjadi perangsang dan ikhtibar. Beliau juga mempunyai kakak yg merupakan pesakit kanser. Tetapi bukanlha pesakit BC. Banyak nasihat dari beliau.Catata ini terhenti utk seketika , doakn yg terbaik utk saya...

Saturday, January 8, 2011
Pusat Rawatan Manarah...
Hari ini untuk kalli kedua pergi berubat di pusat rawatan manarah di Kuang. Jika kali pertama minggu lepas sudah kurasakan cukup sakit, dengan harapan kali kedua ni kuranglah rasa sakitnya. Namun anganku kosong belaka. Untuk kali kedua ini bahagian yg diketuk ialah bwh lengan terus ke ketiak terus bahagian tepi badan. Astaghfirullahulazim.....sakitnya yg tidak terucap. kali pertama ,memang menangis, kali kedua ni memang meraung...Dah tak kisah apa orang diluar nak kata. Sakit bersalin pun boleh tahan.Kali ini memang tewas, terbayangkan sahabat Rasullah yg disiksa ketika diawal penyebaran Islam. Bagaimana kuatnya iman mereka...tidak meraung apatah menangis. Ya Allah tipisnya iman ini. Baru diuji sedikit kesakitan sudah meraung. Ampunilah dosa hambaMu yg hina dina. Berilah aku kekuatan dan ketabahan..Jika dulu badan lebam2 merah tapi tak bengkak sangat, kali ini nak tengok pun takut merah melepuh dan bengkak yang memang tebal, tangan kiri memang tak boleh nak angkat sangat. Ustaz berpesan suruh sapu garam + cuka. Nampaknya malam ini terpaksalah ada orang yg jadi tukang sapu ubat. Oo.. terlupa hari ni suami pun tumpang sekaki ketuk pinggang dan pelipat belakang kaki. Katanya sakit pinggang dan sakit tumit. Orang lelaki memang tak mennangis tapi mengeletik mcm2 aksilah. Sekurang2nya adalah orang yg tumpang rasa sakit. Lebamlah bhgn pinggang dan kaki..Nasib baiklah masih boleh drive kereta balik.
Harapnya kali lebam ni tak pergi kemana2 bhgn badan lain. Minggu lepas punya ketuk menyebabkan kedua2 belah mata lebam. Hairan juga sebab tak ketuk pun bhgn mata dan lebam tu muncul slps 3 hari. ha.. mcm2 pertanyaan yg keluar, apasal liza, tak cukup tidur ke, jatuh ke, kena tumbuk ke, mula2 jawab jgk , tp lama2 tak larat, so bila org tanya utk hari ketiga hanya boleh senyum...letih nak jwb..yg paling kelakar org ingat pakai eyeshadow bwh mata...terima kasih krn prihatin.. Bagi sesiapa yg ingin berubat di tempat ini boleh lihat websitenya dulu primanarah.blogspot.com. Dapatkan dulu penerangannya. Banyak pesakit yg telah dapat dirawat dengan izinNya. Harapnya ada rezeki utk sembuh di tpt tersebut. Ketika ini mencuba supplement baru disamping supplement yg ada. Iaitu produk Usana. Harapnya ada rezeki utk sembuh juga dengan produk ini. Walaupun banyak pesakit yg telah sembuh dengan produk namun ia tetap dengan izinNya. Jadi semuga diberi rahmat dan rezeki utk sembuh.
Buat teman2, adik2, atau sesiapa saja yg membaca blog ini, doakan yg terbaik utk saya. Buat adik Tanti yg membaca blog ini, tenang2kan hati banyakkan berzikir. Setiap yg ditarik oleh Allah pasti akan diganti dengan sesuatu yg lebih baik. Ingatan dan nasihat sebenarnya lebih utk diri sendiri..Semuga panjang umur dan bertemu di catatan yg lain..

Thursday, January 6, 2011
Sedihnya Hati Ini..
Hari ini bermula dengan perasaan yg sangat sedih dan hiba. Rasanya semangat hari ini merupakan yang paling rendah semenjak berita sedih dan mengejutkan ini diketahui. Kenapa ya??? Semangat berjuang untuk hidup tiba2 hilang, rasa perasaan ini terlalu lemah, ingin menyerahkan diri kepada takdir. Ramai kawan2 yg menegur tp hanya mampu tersenyum.. oh Ya Allah bantulah hamba Mu ini ..berikan ku kekuatan dan keberanian..
Saturday, January 1, 2011
Sedikit Hikmah dari Ujian...
Terima kasih diucapkan kpd keluarga dan teman yg mengambil berat tentang diri ini, esok sepatutnya menjalani pembedahan tetapi minta ditangguhkan atas alasan ingin berubat secara alternatif, terima kasih doktor di atas keprihatinanmu, wlpn kau sekadar menjlnkan tanggungjawabnyamu namun terima kasih jg ingin kuucapkan.
Kelmarin suami menghadiahkan sebuah buku yg bertajuk, Jangan Bersedih Jadilah Wanita Yang Paling Bahagia, tulisan oleh Dr. 'Aidh Bin Abdullah Al-Qarni. Banyak nasihat dan kata2 perangsang yg diperolehi wlpn baru separuh dibaca.Antaranya yg msh dlm ingatan ; hapuslah airmatamu dengan berprasangka baik kepadaNya. Buanglah segala penderitaan dan kesedihan mu dengan mengingati segala nikmat Allah kepadamu. Ya seharusnya segala apa yg diberikan oleh Allah kepada setiap manusia telah tertulis dan ditentukan sebelum manusia itu dijadikan, jd jgnlah bersedih krn itu semuanya telah ditakdirkan dan pasti ada hikmah disemuanya.
Setelah beberapa hari berhenti seketika daripada menulis disini, hari ini menyambung semula catatan ini, setelah beberapa hari bermesyuarat tugas2 guru telah diagihkan. Alhamdullillah tidak byk pemberatan pada tahun 2011, namun cabarannya ialah diberi mengajar kesemuanya subjek Matematik Tambahan, bimbang tetap ada namun harapnya berjalan lancar dan dipermudahkan oleh Allah SWT.
Catatan ini bersambung lagi, pagi tadi pergi berubat di Kuang dgn seorang ustaz, dgn bantuan abang Nizam akhirnya sampai ke tempat itu. Risau pun ada, tp beranikan jg, akhirnya kerisauan itu terjawab jg. Masyaallah sakitnya kena ketuk, lebam satu badan, bukan besar pun kayunya guna ranting kayu pokok nona, kecil je...katanya ketuk pun bukan kuat perlahan je, tp sakitnya Allah je tahu. Mula2 tahan lagi, tp akhirnya gugur juga air mata ni, ustaz kata nak menangis pun takpe, apa lagi menangislah, dah lah memang mudah menangis, ini pula sakit kena ketuk apalagi ambil peluanglah. Dahi pun kena ketuk, lebam dan benjol mcm Sin Chan yg selalu kena ketuk tu. Bukan satu benjol, adalah dekat 5 biji. Hidung pun sama tak benjol tapi merah dan lebam. Balik rumah tengok badan yg kena ketuk habis biru, merah, ungu dan sewarna dgnnya. Abang kata sehari dua hilanglah lebamnya. Ustaz beritahu seminggu lagi dtg lagi. Aaaii...bila dikenang ketika ini yg sakit badan mmg tak nak pergi, tp alang kepalang berubat hubby kata biarlah sampai baik jika diizinkanNya. Insyaallah hilang lebam ni berani kot pergi lagi. Berikhtiar selagi boleh dan tidak melanggar akidah. Selagi tidak bertemu dgn penawarnya jgn putus asa. Tapi entahlah ya, perasaan sendiri atau mmg betul, lump ni perasan makin kecil dari sebelum ini. Ya akan kuteruskan selagi diizinkanNya..Catatan ini berhenti setakat ini dulu. Doakan yg terbaik untuk saya..

Subscribe to:
Posts (Atom)