Hari ini untuk kalli kedua pergi berubat di pusat rawatan manarah di Kuang. Jika kali pertama minggu lepas sudah kurasakan cukup sakit, dengan harapan kali kedua ni kuranglah rasa sakitnya. Namun anganku kosong belaka. Untuk kali kedua ini bahagian yg diketuk ialah bwh lengan terus ke ketiak terus bahagian tepi badan. Astaghfirullahulazim.....sakitnya yg tidak terucap. kali pertama ,memang menangis, kali kedua ni memang meraung...Dah tak kisah apa orang diluar nak kata. Sakit bersalin pun boleh tahan.Kali ini memang tewas, terbayangkan sahabat Rasullah yg disiksa ketika diawal penyebaran Islam. Bagaimana kuatnya iman mereka...tidak meraung apatah menangis. Ya Allah tipisnya iman ini. Baru diuji sedikit kesakitan sudah meraung. Ampunilah dosa hambaMu yg hina dina. Berilah aku kekuatan dan ketabahan..Jika dulu badan lebam2 merah tapi tak bengkak sangat, kali ini nak tengok pun takut merah melepuh dan bengkak yang memang tebal, tangan kiri memang tak boleh nak angkat sangat. Ustaz berpesan suruh sapu garam + cuka. Nampaknya malam ini terpaksalah ada orang yg jadi tukang sapu ubat. Oo.. terlupa hari ni suami pun tumpang sekaki ketuk pinggang dan pelipat belakang kaki. Katanya sakit pinggang dan sakit tumit. Orang lelaki memang tak mennangis tapi mengeletik mcm2 aksilah. Sekurang2nya adalah orang yg tumpang rasa sakit. Lebamlah bhgn pinggang dan kaki..Nasib baiklah masih boleh drive kereta balik.
Harapnya kali lebam ni tak pergi kemana2 bhgn badan lain. Minggu lepas punya ketuk menyebabkan kedua2 belah mata lebam. Hairan juga sebab tak ketuk pun bhgn mata dan lebam tu muncul slps 3 hari. ha.. mcm2 pertanyaan yg keluar, apasal liza, tak cukup tidur ke, jatuh ke, kena tumbuk ke, mula2 jawab jgk , tp lama2 tak larat, so bila org tanya utk hari ketiga hanya boleh senyum...letih nak jwb..yg paling kelakar org ingat pakai eyeshadow bwh mata...terima kasih krn prihatin.. Bagi sesiapa yg ingin berubat di tempat ini boleh lihat websitenya dulu primanarah.blogspot.com. Dapatkan dulu penerangannya. Banyak pesakit yg telah dapat dirawat dengan izinNya. Harapnya ada rezeki utk sembuh di tpt tersebut. Ketika ini mencuba supplement baru disamping supplement yg ada. Iaitu produk Usana. Harapnya ada rezeki utk sembuh juga dengan produk ini. Walaupun banyak pesakit yg telah sembuh dengan produk namun ia tetap dengan izinNya. Jadi semuga diberi rahmat dan rezeki utk sembuh.
Buat teman2, adik2, atau sesiapa saja yg membaca blog ini, doakan yg terbaik utk saya. Buat adik Tanti yg membaca blog ini, tenang2kan hati banyakkan berzikir. Setiap yg ditarik oleh Allah pasti akan diganti dengan sesuatu yg lebih baik. Ingatan dan nasihat sebenarnya lebih utk diri sendiri..Semuga panjang umur dan bertemu di catatan yg lain..
Salam, alhamdulilah nampaknya puan telah mengalami sendiri pengalaman rawatan ketuk ini. Sudah ramai yang sembuh dengan rawatan seumpama ini, alhamdulilah kerana puan faham akan kaedah ini. Ikut tak sekali tawajuh.
ReplyDeleteSalam...nk tny, ada rezeki x dgn rawatan manarah
ReplyDeleteSalam...nk tny, ada rezeki x dgn rawatan manarah
ReplyDelete