Saturday, January 22, 2011

Cendawan Susu Harimau..

Setelah lama berhenti dari catatan ini, baru hari ini berpeluang untuk mengadap komputer lebih lama dari biasa. Banyak perkara yang telah berlaku. 2 minggu lepas seseorang  ada memberitahu tentang sejenis herba iaitu cendawan susu harimau dan kebaikannya terhadap mengubati pelbagai penyakit termasuk kanser. Beliau memberitahu untuk mendapatkannya di R & R Tapah iaitu daripada orang asli yang ada disitu. Tertanya juga, kalau dah pergi kesitu dengan siapa nak bertanya, bimbang dah pergi kesana tetapi tiada pula cendawannya. Semuanya bergantung dengan nasib. Sambil2 itu cuba mencari maklumat mengenainya dan entah macamana terjumpa satu website dan di website tersebut ada memberitahu sesiapa yang berminat untuk menadapatkannya boleh menghubungi satu emel yang dinyatakan. Akhirnya mencuba nasib menghantar emel seperti yang dinyatakan dan tidak disangka mendapat balasan. Setelah beberapa kali berbalas emel, pihak berkenaan setuju akan menghantar cendawan tersebut melalui pos ekspress. Setelah menerima cendawan tersebut, bertanyakan pada pihak berkenaan tentang bilnya dan jawapannya " do not worry about the bill. We have been giving out the sample for volunteers who are in need. Just hoping it helps. If it helps and u need more, just let me know" Terkejutnya dan sangat bersyukur.. Terima kasih Ya Allah..dengan pertolongan ini. akhirnya mendapat tahu orang yang dihubungi awalnya adalah seorang Dr dan penyelidik di Mardi, Serdang.
Beliau sedang melakukan kajian terhadapat cendawan ini dan cuba membiakannya sendiri. Kerana secara habitat semulajadinya, ia sangat sukar ditemui dan kalau ada pun harga sangat mahal dipasaran. (Setakat ini tak tahu berapa harganya, tapi dari bacaan harganya mahal dan susah nak ditemui.) Kemudian mendapat tahu juga salah seorang lagi yang dihubungi juga adalah seorang Chief Exec. Officer, LignoBiotech, sebuah company yang membangunkan penyelidikan  ini. Siapa sangka, dalam dunia masih ada orang yang baik hati. Syukur...Harapnya ada kesan yang positif . Pada masa yang sama juga, ketika ini menjadikan amalan meminum air rebusan daun durian belanda. Dikatakan durian belanda termasuk buah, daun, kulit pokok dan kebanyakannya mempunyai khasiat yang tersendiri salah satunya untuk merawat penyakit kanser kerana dikatakan juga ia mempunyai kesan seperti kemoterapi namun ia 10000 kali ganda lebih baik daripada kemoterapi. Entahlah, itu adalah daripada bacaan yang diperolehi daripada sumber internet, setakat ini belum terjumpa satu bacaan ilmiah yang menerangkan tentang khasiat durian belanda ini. Walau apa pun, usaha harus diteruskan, tak kiralah melalui cara apa, asalkan tidak melanggar hukum Islam. Allah jugalah Penyembuh yang Berkuasa.

Catatan ini berhenti disini, doakan yang terbaik untuk saya..

Wednesday, January 12, 2011

Nekad..

Semalam ketika melayari internet, terjumpa satu blog kepunyaan seseorg yg merupakan pesakit BC jgk. Meninggalkan satu pesanan dgn harapan kakak ini akan memberi respon. Alhamduliilah, kakak ini memberikan respon dan akhirnya berjaya jg menghubungi kakak ini. Beliau yg ku panggil kak yati telah didiagnos mempunyai BC pada tahun 2009. Beliau telah menjalani 4cycles kemo. Akhirnya ptg td memberanikan diri utk menghubungi beliau krn ingin meminta pandangan peribadi beliau, iaitu hharuskah ku teruskan surgeri ini.. Setelah berbual utk seketika, akhirnya aku nekad utk menangguhkan lg surgeri ini sehingga ke tarikh yg belum dipastikan lagi. Dari pembacaaan, byk menunjukkan kes setelah menjalani pembedahan, sel kanser ini akan merebak ke bahagian lain, namun jg ada kes yg menunjukkan setelah proses surgeri dan kemo, pesakit sembuh.Namun bila difikirkan dgn keadaan yg ada skrg, tubuh badan masih sihat dan bertenaga, jadi akan ditangguhkan lagi surgeri ini.
Terima kasih kak yati, byk kata2 kak yati menjadi perangsang utk saya.Jika diizinkan oleh Allah pasti kita akan sembuh. Ya..kita harus positif..positif..Berusahalah selagi terdaya.
Pagi tadi jgk sempat berbual dgn seseorang iaitu kak bibah, cikgu senior yg byk pengalaman. Banyak kata2 dan cerita yg menjadi perangsang dan ikhtibar. Beliau juga mempunyai kakak yg merupakan pesakit kanser. Tetapi bukanlha pesakit BC. Banyak nasihat dari beliau.Catata ini terhenti utk seketika , doakn yg terbaik utk saya...

Saturday, January 8, 2011

Pusat Rawatan Manarah...

Hari ini untuk kalli kedua pergi berubat di pusat rawatan manarah di Kuang.  Jika kali pertama minggu lepas sudah kurasakan cukup sakit, dengan harapan kali kedua ni kuranglah rasa sakitnya. Namun anganku kosong belaka. Untuk kali kedua ini bahagian yg diketuk ialah bwh lengan terus ke ketiak terus bahagian tepi badan. Astaghfirullahulazim.....sakitnya yg tidak terucap. kali pertama ,memang menangis, kali kedua ni memang meraung...Dah tak kisah apa orang diluar nak kata. Sakit bersalin pun boleh tahan.Kali ini memang tewas, terbayangkan sahabat Rasullah yg disiksa ketika diawal penyebaran Islam. Bagaimana kuatnya iman mereka...tidak meraung apatah menangis. Ya Allah tipisnya iman ini. Baru diuji sedikit kesakitan sudah meraung. Ampunilah dosa hambaMu yg hina dina. Berilah aku kekuatan dan ketabahan..Jika dulu badan lebam2 merah tapi tak bengkak sangat, kali ini nak tengok pun takut merah melepuh dan bengkak yang memang tebal, tangan kiri memang tak boleh nak angkat sangat. Ustaz berpesan suruh sapu garam + cuka. Nampaknya malam ini terpaksalah ada orang yg jadi tukang sapu ubat. Oo.. terlupa hari ni suami pun tumpang sekaki ketuk pinggang dan pelipat belakang kaki. Katanya sakit pinggang dan sakit tumit. Orang lelaki memang tak mennangis tapi mengeletik mcm2 aksilah. Sekurang2nya adalah orang yg tumpang rasa sakit. Lebamlah bhgn pinggang dan kaki..Nasib baiklah masih boleh drive kereta balik.

Harapnya kali lebam ni tak pergi kemana2 bhgn badan lain. Minggu lepas punya ketuk menyebabkan kedua2 belah mata lebam. Hairan juga sebab tak ketuk pun bhgn mata dan lebam tu muncul slps 3 hari. ha.. mcm2 pertanyaan yg keluar, apasal liza, tak cukup tidur ke, jatuh ke, kena tumbuk ke, mula2 jawab jgk , tp lama2 tak larat, so bila org tanya utk hari ketiga hanya boleh senyum...letih nak jwb..yg paling kelakar org ingat pakai eyeshadow bwh mata...terima kasih krn prihatin.. Bagi sesiapa yg ingin berubat di tempat ini boleh lihat websitenya dulu primanarah.blogspot.com. Dapatkan dulu penerangannya. Banyak pesakit yg telah dapat dirawat dengan izinNya. Harapnya ada rezeki utk sembuh di tpt tersebut. Ketika ini mencuba supplement baru disamping supplement yg ada. Iaitu produk Usana. Harapnya ada rezeki utk sembuh juga dengan produk ini. Walaupun banyak pesakit yg telah sembuh dengan produk namun ia tetap dengan izinNya.  Jadi semuga diberi rahmat dan rezeki utk sembuh.

Buat teman2, adik2, atau sesiapa saja yg membaca blog ini, doakan yg terbaik utk saya. Buat adik Tanti yg membaca blog ini, tenang2kan hati banyakkan berzikir. Setiap yg ditarik oleh Allah pasti akan diganti dengan sesuatu yg lebih baik. Ingatan dan nasihat sebenarnya lebih utk diri sendiri..Semuga panjang umur dan bertemu di catatan yg lain..

Thursday, January 6, 2011

Sedihnya Hati Ini..

Hari ini bermula dengan perasaan yg sangat sedih dan hiba. Rasanya semangat hari ini merupakan yang paling rendah semenjak berita sedih dan mengejutkan ini diketahui. Kenapa ya??? Semangat berjuang untuk hidup tiba2 hilang, rasa perasaan ini terlalu lemah, ingin menyerahkan diri kepada takdir. Ramai kawan2 yg menegur tp hanya mampu tersenyum.. oh Ya Allah bantulah hamba Mu ini ..berikan ku kekuatan dan keberanian..

Saturday, January 1, 2011

Sedikit Hikmah dari Ujian...

Terima kasih diucapkan kpd keluarga dan teman yg mengambil berat tentang diri ini, esok sepatutnya menjalani pembedahan tetapi minta ditangguhkan atas alasan ingin berubat secara alternatif, terima kasih doktor di atas keprihatinanmu, wlpn kau sekadar menjlnkan tanggungjawabnyamu namun terima kasih jg ingin kuucapkan.

Kelmarin suami menghadiahkan sebuah buku yg bertajuk, Jangan Bersedih Jadilah Wanita Yang Paling Bahagia, tulisan oleh Dr. 'Aidh Bin Abdullah Al-Qarni. Banyak nasihat dan kata2 perangsang yg diperolehi wlpn baru separuh dibaca.Antaranya yg msh dlm ingatan ; hapuslah airmatamu dengan berprasangka baik kepadaNya. Buanglah segala penderitaan dan kesedihan mu dengan mengingati segala nikmat Allah kepadamu. Ya seharusnya segala apa yg diberikan oleh Allah kepada setiap manusia telah tertulis dan ditentukan sebelum manusia itu dijadikan, jd jgnlah bersedih krn itu semuanya telah ditakdirkan dan pasti ada hikmah disemuanya.


Setelah beberapa hari berhenti seketika daripada menulis disini, hari ini menyambung semula catatan ini, setelah beberapa hari bermesyuarat tugas2 guru telah diagihkan. Alhamdullillah tidak byk pemberatan pada tahun 2011, namun cabarannya ialah diberi mengajar kesemuanya subjek Matematik Tambahan, bimbang tetap ada namun harapnya berjalan lancar dan dipermudahkan  oleh Allah SWT.

Catatan ini bersambung lagi, pagi tadi pergi berubat di Kuang dgn seorang ustaz, dgn bantuan abang Nizam akhirnya sampai ke tempat itu. Risau pun ada, tp beranikan jg, akhirnya kerisauan itu terjawab jg. Masyaallah sakitnya kena ketuk, lebam satu badan, bukan besar pun kayunya guna ranting kayu pokok nona, kecil je...katanya ketuk pun bukan kuat perlahan je, tp sakitnya Allah je tahu. Mula2 tahan lagi, tp akhirnya gugur juga air mata ni, ustaz kata nak menangis pun takpe, apa lagi menangislah, dah lah memang mudah menangis, ini pula sakit kena ketuk apalagi ambil peluanglah. Dahi pun kena ketuk, lebam dan benjol mcm Sin Chan yg selalu kena ketuk tu. Bukan satu benjol, adalah dekat 5 biji. Hidung pun sama tak benjol tapi merah dan lebam.  Balik rumah tengok  badan yg kena ketuk habis biru, merah, ungu dan sewarna dgnnya. Abang kata sehari dua hilanglah lebamnya. Ustaz beritahu seminggu lagi dtg lagi. Aaaii...bila dikenang ketika ini yg sakit badan mmg tak nak pergi, tp alang kepalang berubat hubby kata biarlah sampai baik jika diizinkanNya. Insyaallah hilang lebam ni berani kot pergi lagi. Berikhtiar selagi boleh dan tidak melanggar akidah. Selagi tidak bertemu dgn penawarnya jgn putus asa. Tapi entahlah ya, perasaan sendiri atau mmg betul, lump ni perasan makin kecil dari sebelum ini. Ya akan kuteruskan selagi diizinkanNya..Catatan ini berhenti setakat ini dulu. Doakan yg terbaik untuk saya..