Friday, January 25, 2013

Minggu Yang Sibuk...

Bismillahirrahmanirrahim...catatan ini bersambung lagi. Entri kali ini "Minggu Yang Sibuk...". Sibuk ke? (Angkat dua tangan letak dibahu...sambil buat muka toya - afdlin shauki punya trademark) Allahuakbar. Ini gara2 video yg Pn Mas upload di fp nya(  http://www.facebook.com/SarimahSignatureSeriesKekalSihatMenawan?fref=ts). Aku menjadi sedikit sibuk berbanding hari-hari sebelum ini.Banyak panggilan tel dan pertanyaan di fb ( http://www.facebook.com/norlizah.ramlan?ref=tn_tnmn) bertanya tentang mcm2 perkara. Ada yg ingin share cerita, ada yg bertanya tentang Sari AgeGard, ada yg menyatakan sokongan dan doa. Allahuakbar... Tak tahu apa yg nak dikatakan. Untuk sesiapa yang di luar sana terima kasih atas doa dan sokongan anda. Hanya doa yang saya mampu berikan. In sha Allah kalian semua dalam doa saya... Semuga kita semua mendapat balasan syurga. ( apa lagi ganjaran yang paling hebat?)
Minggu ini banyak 'pergerakan' yang dibuat. Terbaru ke Kuala Kangsar atas urusan cik Hubby. Kadang2 rasa kagum dengan perjalanan yang telah ditetapkan oleh Ya Rabb..Aturan yang sangat sempurna. Sukar utk saya huraikan disini. Mungkin saya akan ceritakan di entri yang lain. Tak pernah saya terfikir utk berkenalan dengan Pn Mastura dan suami En Wan. Pasangan suami yang sangat sepadan. Semuga Allah merahmati kalian sekeluarga. ( sesiapa yang nak bertanya tentang produk Sarimah Signature Series  boleh bertanya pada saya atau En Wan dan Pn Mas - cewah boleh lagi promote...aptb!!!!- apa pun tak boleh )

Kesihatan? alhamdulillah saya terasa makin sihat. Saya boleh menjalankan aktiviti harian yang lama saya tinggalkan bila saya sakit.. mengayuh basikal. Ketika saya sakit basikal ini terkunci  dengan lamanya.Dengan rasminya basikal itu telah berfungsi semula sebulan satu minggu yang lepas.. Saya boleh mengayuh tanpa rasa penat dan tercungap-cungap. Alhamdulillah..besarnya kuasaMU Allah. Adakah paru-paru saya telah 'clear'  dari sel kanser. Wallauahlam. Ketika ini saya pun tak pasti. Tak mahu terlalu memikirkannya. Biarlah itu urusan Allah. urusan saya ialah terus berusaha, berdoa dan tawakal. ..Minggu depan saya akan meneruskan rawatan di PPUM. Minggu depan bermula cycle yang ke 6. Semuga semuanya berjalan dengan lancar.

Ramai yang bertanya kalau dah makan SariAgeGard ini, rawatan dihospital macamana? Allahuakbar saya bukan doktor. tapi apa yang saya boleh kata pilihan ditangan sendiri tapi secara peribadi sekiranya masih menjalani rawatan di hospital teruskanlah. Supplement yang kita makan utk membantu badan kita melawan penyakit secara alami. Bagi yang beragama Islam yang percaya pada kuasa Allah, mintalah berdoalah rayulah padaNya ( ingatan utk diri sendiri). Sentiasa bersangka baik dengan Allah... Seandainya apa yang kita perolehi tidak sama dengan apa yang diminta, bersabarlah. kerana Allah tahu yang terbaik utk kita. Saya bukanlah orang yang baik tapi saya berusaha utk menjadi yang baik. Semuga Allah menetapkan dan melorongkan hati saya  ke arah kebaikan. Ketika ini saya hanya melalui apa yang Allah tentukan . Nampaknya catatan ini berhenti setakat ini. Panjang umur kita berjumpa lagi.. Doakan yang terbaik utk saya..

Saturday, January 19, 2013

MENCARI KESEMBUHAN...

Setelah lama berhenti dari menulis di blog ini, akhirnya catatan ini bersambung semula. Banyak yang ingin dicatatkan  tapi semuanya bercampur2. Tunggu dan lihat apa yang akan tersirat sahaja. Pada 3 Dis 2012 yang lalu, satu CT Scan telah dijalani. Resultnya?? Ya..terdapat pengurangan pada sel kanser di bahagian tertentu. Contohnya pada paru-paru kanser masih ada cuma bil dan saiz lesion terdapat pengurangan, begitu juga di hati. Pendek kata kanser masih ada dalam tubuh ini. Alhamdulillah,,seribu kesyukuran tetap ku panjatkan pada yang Esa. Aku masih diberi peluang untuk bernafas di alam fana ini utk melunaskan beberapa perkara sebelum aku pulang menemui Ya Rabb. Apabila terkenang kata2 doktor tempohari adakalanya hati ini tersentak2, tapi aku kuatkan semangat dan hati dan sentiasa istighfar dan mengingatkan diri ini yang terbaik utk diri aku yang telah ditentukan olehNya. Kesembuhan itu milik Allah, usaha itu milik manusia. Selagi nyawa dikandung badan, aku akan mencari kesembuhan itu. Menurut doktor pada tahap ini tiada istilah sembuh dan rawatan yang diberi hanya utk mengurangkan kesakitan. Allahuakbar...Kau yang lebih berkuasa..aku hamba yang lemah lagi hina...Ampunkan dosa ku.

Doktor masih menyambung cuti kerana rawatan yang dijalani memerlukan komitmen sepenuhnya. Hampir setiap minggu aku masih menyelusuri jalan dan highway Rawang-Subang. PPUM sudah menjadi tempat 'singgahan' tetap. En Hubby yang setia menemani dan menghantar aku ke PPUM...terima kasih sayang. Rutin harian yang dijalani sekarang ini sangat menenangkan dan mendamaikan. Hanya keluarga dan anak2.

Untuk tahun 2013 ini tiada perancangan khusus, aku hanya melalui setiap detik dan masa mengikut 'flow' yang ada. Aku ingin melalui kehidupan yang ringkas tapi signifikan!!! Pernah dengar kata2 ini? OO oo.. ini tajuk blog Prof Mohd Kamil yang saya ikuti..sesapa yang suka membaca blog boleh cr blog ini. sangat menarik ( pada pandangan saya).

Teringat perbincangan dengan onkologist minggu lepas, Dr Lim ada mencadangkan saya meneruskan rawatan sehingga cycle ke 8, ini bermaksud rawatan akan berterusan sehingga bulan April. Beliau juga ada mencadangkan aku meneruskan rawatan sehingga badan aku tak boleh menerima regime itu lagi. hemmmm.. yang itu belum aku fikirkan lagi. OOOoo doktor juga ada menambah regime dalam rawatan yang aku jalani iaitu Zometa, berfungsi utk mengelakkan tulang daripada rapuh.  Abg nizam ada mencadangkan supaya aku membuat rawatan sel stem untuk menggantikan sel-sel yang rosak. Daripada sedikit pembacaan, rawatan ini ketika ini dijalankan di luar negara. Tak pasti di Malaysia ada atau tidak rawatan ini.Jika sesiapa yang mengetahui tentang rawatan ini bolehlah beri sedikit maklumat dan info. Baru-baru ini mendapat tahu ada satu produk makanan tambahan keluaran Primadona Worldwide yang dinamakan SARI AGE GARD . Bahan aktifnya ialah PhytoCellTec Malus Domestica, ekstrak sel induk Greengage dan ekstrak biji aprikot dan bahan-bahan lain. Bunyinya agak menarik. Tak salah mencubakan. Manalah tahu dengan izinNYa..Produk yang agak baru dipasaran. Aku masih meneruskan dengan supplement yang lain.Tetapkan dalam hati bahawa ini adalah usaha, yang menyembuhkan adalah ALLAH. Sekadar mengingatkan diri sendiri bahawa bukan ubat atau doktor atau kaedah yang menyembuhkan tapi ALLAH.

Catatan ini berhenti setakat ini dahulu, in sha Allah panjang umur kita bertemu lagi di catatan yang lain. Doakan yang terbaik untuk saya..