Bismillahirrahmanirrahim...catatan ini bersambung lagi. Entri kali ini "Minggu Yang Sibuk...". Sibuk ke? (Angkat dua tangan letak dibahu...sambil buat muka toya - afdlin shauki punya trademark) Allahuakbar. Ini gara2 video yg Pn Mas upload di fp nya( http://www.facebook.com/SarimahSignatureSeriesKekalSihatMenawan?fref=ts). Aku menjadi sedikit sibuk berbanding hari-hari sebelum ini.Banyak panggilan tel dan pertanyaan di fb ( http://www.facebook.com/norlizah.ramlan?ref=tn_tnmn) bertanya tentang mcm2 perkara. Ada yg ingin share cerita, ada yg bertanya tentang Sari AgeGard, ada yg menyatakan sokongan dan doa. Allahuakbar... Tak tahu apa yg nak dikatakan. Untuk sesiapa yang di luar sana terima kasih atas doa dan sokongan anda. Hanya doa yang saya mampu berikan. In sha Allah kalian semua dalam doa saya... Semuga kita semua mendapat balasan syurga. ( apa lagi ganjaran yang paling hebat?)
Minggu ini banyak 'pergerakan' yang dibuat. Terbaru ke Kuala Kangsar atas urusan cik Hubby. Kadang2 rasa kagum dengan perjalanan yang telah ditetapkan oleh Ya Rabb..Aturan yang sangat sempurna. Sukar utk saya huraikan disini. Mungkin saya akan ceritakan di entri yang lain. Tak pernah saya terfikir utk berkenalan dengan Pn Mastura dan suami En Wan. Pasangan suami yang sangat sepadan. Semuga Allah merahmati kalian sekeluarga. ( sesiapa yang nak bertanya tentang produk Sarimah Signature Series boleh bertanya pada saya atau En Wan dan Pn Mas - cewah boleh lagi promote...aptb!!!!- apa pun tak boleh )
Kesihatan? alhamdulillah saya terasa makin sihat. Saya boleh menjalankan aktiviti harian yang lama saya tinggalkan bila saya sakit.. mengayuh basikal. Ketika saya sakit basikal ini terkunci dengan lamanya.Dengan rasminya basikal itu telah berfungsi semula sebulan satu minggu yang lepas.. Saya boleh mengayuh tanpa rasa penat dan tercungap-cungap. Alhamdulillah..besarnya kuasaMU Allah. Adakah paru-paru saya telah 'clear' dari sel kanser. Wallauahlam. Ketika ini saya pun tak pasti. Tak mahu terlalu memikirkannya. Biarlah itu urusan Allah. urusan saya ialah terus berusaha, berdoa dan tawakal. ..Minggu depan saya akan meneruskan rawatan di PPUM. Minggu depan bermula cycle yang ke 6. Semuga semuanya berjalan dengan lancar.
Ramai yang bertanya kalau dah makan SariAgeGard ini, rawatan dihospital macamana? Allahuakbar saya bukan doktor. tapi apa yang saya boleh kata pilihan ditangan sendiri tapi secara peribadi sekiranya masih menjalani rawatan di hospital teruskanlah. Supplement yang kita makan utk membantu badan kita melawan penyakit secara alami. Bagi yang beragama Islam yang percaya pada kuasa Allah, mintalah berdoalah rayulah padaNya ( ingatan utk diri sendiri). Sentiasa bersangka baik dengan Allah... Seandainya apa yang kita perolehi tidak sama dengan apa yang diminta, bersabarlah. kerana Allah tahu yang terbaik utk kita. Saya bukanlah orang yang baik tapi saya berusaha utk menjadi yang baik. Semuga Allah menetapkan dan melorongkan hati saya ke arah kebaikan. Ketika ini saya hanya melalui apa yang Allah tentukan . Nampaknya catatan ini berhenti setakat ini. Panjang umur kita berjumpa lagi.. Doakan yang terbaik utk saya..
Salam perkenalan.
ReplyDeleteSy ada masukkan 'comment' sy di entri liza yang pertama sekali.
Harap boleh share sesama. :-)
Assalamualaikum...saya bru tbaca blog akak mengenai bc akak..saya penghidap testicular cancer(tc) stage 1..maybe dlm 20hb sept 2016 ni first chemo saya..saya ada makan produk sari age gard tuu..hari ni baru hari ke 2..nk tny..masa kita chemo tuu..bagaimana pula dengan pengambilan minuman sari agegard tuu yer?
ReplyDelete