Friday, February 22, 2013

ALLAH PERANCANG TERBAIK!!!!!!!!

Bismillahirrahmanirrahim...catatan ini bersambung lagi. Kehidupan ini satu perjalanan yg tidak boleh dijangka. Manusia boleh merancang tetapi Allah juga yg menentukan. Kenapa saya berkata begitu? Mungkin saya boleh share sedikit  apa yg berlaku pada diri saya dan keluarga. Dulu saya selalu berkata dengan mak ingin berkahwin apabila saya sudah bekerja dan mempunyai kerja yg stabil. Tak mahu kahwin muda. Tapi siapa saya nak menolak ketentuan Allah. Belum pun umur 22 tahun dan tak habis belajar lagi saya telah dilamar org dan berkahwin . Walaupun masih belajar(semester akhir), saya dapat menghabiskan dengan jayanya. Selepas tamat saya dpt mengajar di Pulau Pinang. Hampir sahaja membeli rumah disana krn ingin menetap di sana, tiba2 suami mendapat kerja di Ampang dan saya juga terpaksa berpindah ke Selangor. Tak lama kemudian suami berhenti kerja dan bekerja sendiri. Kemudian kami berpindah ke Serendah ( tak pernah dengar pun sebelum ini) , dan akhirnya kami menetap disini dan membeli rumah. Suami pula dulunya belajar dlm pendidikan dan bekerja sebgi guru, namun menyambung sarjana dlm bidang entomologi. Selepas itu sempat bekerja makan gaji dgn org dan akhirnya  membuat keputusan utk bekerja sendiri yg memang takde kena mengena dgn apa yg dipelajari. Kami juga dahulunya merancang dan membayangkan utk menetap di Hulu Klang sehubungan itu kami telah membeli rumh disitu, tp Allah tahu apa yg terbaik. Dalam sekelip mata segalanya berubah apabila suami mengambil keputusan utk berhenti kerja dan bekerja sendiri.

Sememangnya Allah tahu apa yg terbaik utk hambaNya. Dahulu rasa sedikit susah apabila cik suami mula2 berniaga. Namun hidup harus diteruskan juga. Apabila Allah memberi rezeki sakit pada saya, barulah nampak hikmah apa yg berlaku dlm hidup kami. Ketika saya sakit suami terpaksa meluangkan masanya utk saya. Oleh kerana dia bekerja sendiri jadi takde masalah utk ia melakukan semua ini. Menghantar saya ke hospital 2kali seminggu dan duduk di hospital menunggu saya sehingga segala urusan selesai. Mengurus anak2 dan keluarga tanpa ada masalah tentang kerja. Sekiranya dia bekerja dgn org mgkn ini akan ada sedikit masalah. Allahurabbi...Kaulah sebaik2 perancang. Tak pernah terfikir pun saya yg saya akan cuti dan jd 'surirumah tangga',pd ketika ini Tak pernah pun terfikir utk menceburi dlm bidang perniagaan. Ish...banyak sgt perkara luar jangka  yg berlaku.

Kadangkala pada awalnya saya merasakan apa yg berlaku bukanlah sesuatu yg menyenangkan, namun setelah lama kelamaan baru tahu dan dpt merasakan hikmah sesuatu yg berlaku. Jujurnya sgt susah saya utk menerima apa yg telah ditakdirkan  apabila diuji kesakitan, namun lama kelamaan saya dpt menerima dgn hati yg redha. Bukan satu perkara yg mudah krn saya hanyalah hambanya yg hina dan mempunyai iman yg sgt nipis. Saya merayu dgn yg Esa agar diberi ketenangan dan kekuatan hati. Sebenarnya hingga ke saat ini juga saya sering merayu agar diberi kekuatan.

Maaflah sekiranya catatan ini sesuatu yg tidak bermanfaat utk dibaca. Pada saat ini hati saya gundah. Entah berapa kali catatan ini berhenti dan bersambung kembali.Teringat rakan seMRSM yg baru meninggal dunia, terkenang bapak yg kurang sihat, memikirkan hal dunia yg tak berkesudahan  dan pelbagai lg. In sha Alllah sekiranya ada keizinanNya , catatan ini akan bersambung kembali. Saya ingin mengundur diri, doakan yg terbaik utk saya.   






.

Sunday, February 10, 2013

PENGALAMAN BARU...PHOTOSHOT

Bismillahirrahmanirrahim...catatan ini bersambung lagi...Hari ini dpt pengalaman baru yg tak pernah terfikir akan dilalui..Dapat panggilan dari kak eza suruh datang utk photoshot di Kota Damansara.. hai kak eza last minute punya call, kelam kabut hidup sbb tgh masak utk anak2.Alhamdulillah dah nak settle masak. Terus bersiap dan drive ke HQ. Smpi dkt sana kak eza tgh mekapkan En Wan. Bagus punya budget sbb tukang mekapnya kak eza, jimat belanja....

Hai ya Allah tak pernah pun terfikir akan berada dalam dunia seperti ini..Ya Allah tetapkanlah hati ku ke arah kebaikan...hanya Engkau yg tahu isi hati ku. Bila tiba giliran aku, ada satu masalah yg mmg aku tahu, aku ada masalah utk senyum!!!!!!!!!!!!!!ya...itulah masalah aku yg utama.puaslah kak eza buat lawak...akhirnya aku boleh senyum...tp last minute...kelakar...nanti bila gambar dah ready saya akan upload.mcm2gaya...kaku..tak pernah berposing suruh berposing, nasiblah kau zul (jurukamera.hari ini).
 Kebelakangan Allah beri saya peluang utk buat kebaikan dengan menjadi motivator kepada rakan2 yg senasib. (walaupun saya sendiri juga perlu motivasi dari org lain). Dan yg pasti cik hubby menjadi motivator utama kepada diri saya..byk nasihat dan semangat dari sidia. Saya akan cuba sedaya upaya utk berkongsi pengalaman dan semangat. Kebanyakan seseorang yang mempunyai ahli keluarga yang sakit sering mengatakan pesakit itu tidak mempunyai semangat untk terus hidup. Apa yg boleh saya kata, sokongan keluarga sangat2 penting. Diri sendiri juga kena kuat semangat. Kekuatan itu harus dicari. Bagaimana saya mencari kekuatan.? Antara amalan saya yg sering saya amalkan ialah zikir, istighfar, sebanyak mungkin. Bukan itu sahaja sering mengaji...mengaji...mengaji.... banyakan amalan solat malam..lakukan sebaik mgkn. Saya cuba mencari kekuatan itu. Saya merayu, rayu, meminta, memohon kpd yg Esa agar saya diberi kekuatan dan ketenangan. Alhamdulillah keblkgn ini saya lebih tenang dan lebih kuat . Saya akan teruskan perjalann hidup ini, kerana hanya itulah yg boleh kita lakukan, selebihnya itu terserahlah pada yg Esa. Saya insan biasa yg tak punya apa2 yg tak tahu bila penghujungnya. Semuga pengakhiran saya dalam keadaan husnol khotimoh. Catatan ini berhenti disini dahulu. Panjang umur kita berjumpa lagi. Doakan yg terbaik utk saya.

Tuesday, February 5, 2013

CUTI KU DIPANJANGKAN LAGI

Bismillahirahmanirrahim...catatan ini disambung lagi. Semalam adalah perjumpaan dengan onkologi untuk temujanji kemoterapi kali ke 17. Mengikut perancangan asal kemoterapi yang harus dijalani 18 kali, namun memandangkan respond yang badan yang 'ok' doctor mencadangkan supaya kemoterapi ditambah kepada 24 kali. Dalam perjumpaan semalam juga doctor mencadangkan pertemuan dengan pakar bedah selepas tamat cycle ke 6. Rasional doctor utk menambah bil kemo kerana semakin byk kemo dijalankan semakin byk sel kanser yg dpt di'bunuh'.(in sha Allah).Doktor mengatakan walaupun sel kanser telah merebak ke tpt lain, namun pembedahan perlu juga dijalankan supaya tisu yg telah 'rosak' dpt dibuang supaya dapat mengawal perkembangan sel kanser berkenaan. Keputusannya masih belum ku ketahui, nanti bila tiba masänya akan ku tanya pada yg Esa. Selesai kemoteräpi yg ke 8, doktor ada mencadangkan supaya aku menjalani radioterapi. Berapa kali juga belum ku ketahui. Letih mendengarnya. Namun ku tahu Allah takkan memberi sesuatu diluar kemampuan hambanya. Mampukah aku...kita tunggu dan lihat..

Dr Lim menambah bilangan cuti lagi 3 bulan..seronok? Mari kita tukar tempat...sakit + cuti, sihat+kerja... mana satu pilihan anda? Health is wealth...saya tahu ramai yg akan memilih utk sihat+kerja...nama je cuti tp sibuk juga. ( sayalah tu) sibuk tak bertempat.Semalam berbual dengn seorang pesakit kanser payudara tahap 4. Beliau merupakan surirumah tangga berumur 51 tahun. Mempunyai anak 3. Ini adalah kali ke 2 . beliau menjalani kemoterapi.. beliau bertahan dengan kemoterapi, berulang alik dengan menaiki teksi. Sentiasa tersenyum. Beliau kini sudah menjalani 13kali. Beliau kini menghadäpi simptom tangan dan kaki kebas. Ini yang kuketahui merupakan salah satu simpton untuk pesakit yang menggunakan regime yg sama paxlitaxel. Alhamdulillah walaupun susah kali ke 17, aku belum merasai simpton itu. Aku harap tidak akan melalui pengalaman itu.

Kebelakangan ini ramai menegur mengatakan aku kelihatan lebih segar dan sihat. Ya ke? Alhamdulillah..semoga kata2 teguran itu merupakan satu doa. Kebelakangan ini apabila di onkologi ramai yang kerap menegur dan bertanya menemankan siapa yg sakit di onkologi. Selalunya saya akan senyum dan mengatakan säyälah yg sakit. Selalunya mereka akan bertanya...saya ada makan ubat sampingan tak disamping buat kemo. Ya....saya mengamalkan habbatussauda, air zamzam, vit C vit D+kalsium, dan kini SARI AGEGARD keluaran syarikat Dato'. Dr Sarimah..Setakat ini Alhamdulillah...saya rasa lebih segar dan sihat. Mcmana keadaan  kanser saya pun tak tahu. Nantilah bila ct scan selesai  saya akan update..( kalau saya ada keberanian. Ramai bertanya mcmana SariAgegard bertindak? Baik dlm SARIAGEGARD terdapat double stemcell yang berfungsi utk membaiki dan menggantikan sel2 yg rosak dan bermasalah. Kedua, ia mengandungi B17 yg dikatakan boleh membunuh sel2 yg rosak dan bemasalah seperti sel kanser. Ketiga ia diperkuat oleh ozon yang membantu penyerapan nutrient oleh sel badan secara maksimum. Diberitatahu  salah satu masalah ialah penyerapan nutrient oleh sel badan. Kadang2sel badan hanya mampu menyerap sekitar 40%-60%sahaja nutrient yg masuk kedalam sistem badan.. Jadi diharap dngan adanya ozon, sel badn dapat menyerap lebih byk nutrient.Saya tidak menolak tentang supplement lain yg ada dlm pasaran. Bagi saya semua ubat bagus, segalanya akan jd penawar kalau ada IzinNya. In sha Allah..

Nampaknya catatan ini berhenti  disini. Doakan yg terbaik uk säya...hanya  Allah yg mampu membalasnya.

Friday, February 1, 2013

Hidup mesti diteruskan..

Bismillahirrahmanirahim..Catatan ini bersambung lagi. Baru-baru ini berjumpa dengan seseorang yang saya hormati dan kagumi. Dato' Dr Sarimah Ahmad. Rasanya ramai mengenali beliau seorang pelakon yang terkenal pada zaman P Ramlee. Sempat meluangkan masa utk berbual dengan beliau. Mgkn ada diantara kalangan kita yang tidak mengetahui bahawa beliau pernah menghidap kanser hidung dan merebak ke otak. Ketika disahkan oleh doktor tentang penyakitnya, beliau dikatakan hanya mempunyai jangka hayat 3 bulan. Allahuakbar.. Apa perasaan anda jika ada seorang doktor mengatakan yang anda hanya boleh hidup utk 3 bulan lagi? Sedih, kecewa, marah atau apa? Ketika keputusan ct scan yang pertama diperolehi, doktor tidak mengatakan  tempoh waktu untuk saya, tapi doktor ada mengatakan tiada kaedah perubatan yang boleh merawat saya memandangkan keadaan saya pada ketika itu. Sedih???? bohonglah saya jika saya mengatakan yang saya tidak kecewa dan sedih. Sudah terbayang bagaimana keadaan saya mati, anak2 yang ditinggalkan, jenazah yang diusung, soal-jawab dikubur dsbnya. Namun kini alhamdulillah..perasaan sudah agak stabil. Saya merayu-rayu dan meminta pada yg Maha Esa supaya menjadikan hati saya sentiasa tenang dan kuat untuk menerima dan menghadapi ujian ini. Semoga saya menjadi orang yang sentiasa redha dan sabar.

Kebelakangan ini banyak bertemu dengan mereka yang diberi ujian yang sama. Macam2 cerita dan pengalaman yang dikongsi bersama. Allahuakbar...semuga kita tergolong dalam kalangan org yg beriman. Walau sedih dan susah mcmana sekalipun hidup ini harus diteruskan. Saya pun tak tahu sehingga bila saya akan bertahan, maka akan saya gunakan peluang yang ada ini utk mencari bekalan sebanyak mungkin. Ada yang bertanya tidak sedihkah bila mengenangkan anak-anak yang masih kecil? siapa yang tidak sedih tapi siapa saya utk menidakkan ketentuan Allah.. biarlah Allah lebih tahu apa yang terbaik..anak-anak adalah amanah Allah, mereka bukanlah hak kita, kita hanya lah memegang amanahNya. Semuga anak-anak ini, Akif, Aqil dan Akid menjadi orang yang beriman dan bertakwa. Anak-anakku, kau menjadi kekuatan mama utk terus bertahan..

Catatan ini akan berhenti lagi..in sha Allah panjang umur bertemu lagi dicatatan yang lain . doakan yang terbaik utk saya..