Friday, February 1, 2013

Hidup mesti diteruskan..

Bismillahirrahmanirahim..Catatan ini bersambung lagi. Baru-baru ini berjumpa dengan seseorang yang saya hormati dan kagumi. Dato' Dr Sarimah Ahmad. Rasanya ramai mengenali beliau seorang pelakon yang terkenal pada zaman P Ramlee. Sempat meluangkan masa utk berbual dengan beliau. Mgkn ada diantara kalangan kita yang tidak mengetahui bahawa beliau pernah menghidap kanser hidung dan merebak ke otak. Ketika disahkan oleh doktor tentang penyakitnya, beliau dikatakan hanya mempunyai jangka hayat 3 bulan. Allahuakbar.. Apa perasaan anda jika ada seorang doktor mengatakan yang anda hanya boleh hidup utk 3 bulan lagi? Sedih, kecewa, marah atau apa? Ketika keputusan ct scan yang pertama diperolehi, doktor tidak mengatakan  tempoh waktu untuk saya, tapi doktor ada mengatakan tiada kaedah perubatan yang boleh merawat saya memandangkan keadaan saya pada ketika itu. Sedih???? bohonglah saya jika saya mengatakan yang saya tidak kecewa dan sedih. Sudah terbayang bagaimana keadaan saya mati, anak2 yang ditinggalkan, jenazah yang diusung, soal-jawab dikubur dsbnya. Namun kini alhamdulillah..perasaan sudah agak stabil. Saya merayu-rayu dan meminta pada yg Maha Esa supaya menjadikan hati saya sentiasa tenang dan kuat untuk menerima dan menghadapi ujian ini. Semoga saya menjadi orang yang sentiasa redha dan sabar.

Kebelakangan ini banyak bertemu dengan mereka yang diberi ujian yang sama. Macam2 cerita dan pengalaman yang dikongsi bersama. Allahuakbar...semuga kita tergolong dalam kalangan org yg beriman. Walau sedih dan susah mcmana sekalipun hidup ini harus diteruskan. Saya pun tak tahu sehingga bila saya akan bertahan, maka akan saya gunakan peluang yang ada ini utk mencari bekalan sebanyak mungkin. Ada yang bertanya tidak sedihkah bila mengenangkan anak-anak yang masih kecil? siapa yang tidak sedih tapi siapa saya utk menidakkan ketentuan Allah.. biarlah Allah lebih tahu apa yang terbaik..anak-anak adalah amanah Allah, mereka bukanlah hak kita, kita hanya lah memegang amanahNya. Semuga anak-anak ini, Akif, Aqil dan Akid menjadi orang yang beriman dan bertakwa. Anak-anakku, kau menjadi kekuatan mama utk terus bertahan..

Catatan ini akan berhenti lagi..in sha Allah panjang umur bertemu lagi dicatatan yang lain . doakan yang terbaik utk saya..

2 comments:

  1. Assalammualaikum.. Yes, hidup kita perlu diteruskan..
    Walaupun kita melangkah perlahan tak seperti org lain, walaupun kita berlari tak sekuat org lain yg memandang, walaupun kita menangis tanpa air mata dah.. hidup kita kena kuat, perlu diteruskan. Saya kagum melihat perjuangan akak. Harap satu hari nanty kita dapat kongsikan pengalaman kita =)

    ReplyDelete
    Replies
    1. wlkslm fariza, thanks sudi bekongsi cerita, thanks sbb sudi mmbc catatan yg ntah apa2, sekadar perkongsian dgn org lain , secebis pengalaman yg diberi Allah, mgkn kita boleh share pengalaman, sata buat rawatan di Pusat Perubatan Universiti Malaya. ni hp saya 0123940840. nak call ke sms pun boleh semuga kita sentiasa dibawah rahmatNya.

      Delete