Saturday, January 19, 2013

MENCARI KESEMBUHAN...

Setelah lama berhenti dari menulis di blog ini, akhirnya catatan ini bersambung semula. Banyak yang ingin dicatatkan  tapi semuanya bercampur2. Tunggu dan lihat apa yang akan tersirat sahaja. Pada 3 Dis 2012 yang lalu, satu CT Scan telah dijalani. Resultnya?? Ya..terdapat pengurangan pada sel kanser di bahagian tertentu. Contohnya pada paru-paru kanser masih ada cuma bil dan saiz lesion terdapat pengurangan, begitu juga di hati. Pendek kata kanser masih ada dalam tubuh ini. Alhamdulillah,,seribu kesyukuran tetap ku panjatkan pada yang Esa. Aku masih diberi peluang untuk bernafas di alam fana ini utk melunaskan beberapa perkara sebelum aku pulang menemui Ya Rabb. Apabila terkenang kata2 doktor tempohari adakalanya hati ini tersentak2, tapi aku kuatkan semangat dan hati dan sentiasa istighfar dan mengingatkan diri ini yang terbaik utk diri aku yang telah ditentukan olehNya. Kesembuhan itu milik Allah, usaha itu milik manusia. Selagi nyawa dikandung badan, aku akan mencari kesembuhan itu. Menurut doktor pada tahap ini tiada istilah sembuh dan rawatan yang diberi hanya utk mengurangkan kesakitan. Allahuakbar...Kau yang lebih berkuasa..aku hamba yang lemah lagi hina...Ampunkan dosa ku.

Doktor masih menyambung cuti kerana rawatan yang dijalani memerlukan komitmen sepenuhnya. Hampir setiap minggu aku masih menyelusuri jalan dan highway Rawang-Subang. PPUM sudah menjadi tempat 'singgahan' tetap. En Hubby yang setia menemani dan menghantar aku ke PPUM...terima kasih sayang. Rutin harian yang dijalani sekarang ini sangat menenangkan dan mendamaikan. Hanya keluarga dan anak2.

Untuk tahun 2013 ini tiada perancangan khusus, aku hanya melalui setiap detik dan masa mengikut 'flow' yang ada. Aku ingin melalui kehidupan yang ringkas tapi signifikan!!! Pernah dengar kata2 ini? OO oo.. ini tajuk blog Prof Mohd Kamil yang saya ikuti..sesapa yang suka membaca blog boleh cr blog ini. sangat menarik ( pada pandangan saya).

Teringat perbincangan dengan onkologist minggu lepas, Dr Lim ada mencadangkan saya meneruskan rawatan sehingga cycle ke 8, ini bermaksud rawatan akan berterusan sehingga bulan April. Beliau juga ada mencadangkan aku meneruskan rawatan sehingga badan aku tak boleh menerima regime itu lagi. hemmmm.. yang itu belum aku fikirkan lagi. OOOoo doktor juga ada menambah regime dalam rawatan yang aku jalani iaitu Zometa, berfungsi utk mengelakkan tulang daripada rapuh.  Abg nizam ada mencadangkan supaya aku membuat rawatan sel stem untuk menggantikan sel-sel yang rosak. Daripada sedikit pembacaan, rawatan ini ketika ini dijalankan di luar negara. Tak pasti di Malaysia ada atau tidak rawatan ini.Jika sesiapa yang mengetahui tentang rawatan ini bolehlah beri sedikit maklumat dan info. Baru-baru ini mendapat tahu ada satu produk makanan tambahan keluaran Primadona Worldwide yang dinamakan SARI AGE GARD . Bahan aktifnya ialah PhytoCellTec Malus Domestica, ekstrak sel induk Greengage dan ekstrak biji aprikot dan bahan-bahan lain. Bunyinya agak menarik. Tak salah mencubakan. Manalah tahu dengan izinNYa..Produk yang agak baru dipasaran. Aku masih meneruskan dengan supplement yang lain.Tetapkan dalam hati bahawa ini adalah usaha, yang menyembuhkan adalah ALLAH. Sekadar mengingatkan diri sendiri bahawa bukan ubat atau doktor atau kaedah yang menyembuhkan tapi ALLAH.

Catatan ini berhenti setakat ini dahulu, in sha Allah panjang umur kita bertemu lagi di catatan yang lain. Doakan yang terbaik untuk saya..
 


10 comments:

  1. salam kak,

    salam ukhuwah...
    sykur dan alhamdulilah..mudahan liza cepat sembuh dan temui penawarnya..sabar dan ain mendoakan kesembuhannya jua..

    ReplyDelete
    Replies
    1. salam ainhany..salam ukhuwah...terima kasih atas doa ain..semuga ain berada di bawah rahmatNya

      Delete
  2. Semoga cepat sembuh, jgnlh kita takut dgn dugaan dariNya krna Dia lebih mngetahui ape yg tbaek utk hmbaNya.. Kina doakn liza n kluarga tabah mharungi dugaan ini, pasti ada hikmah yg tsembunyi.. Berat mata yg memandang, sedih hati yg merasa berat lg bahu yg memikul.. Get well soon sis, ameen

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aslkm Kina, terima kasih doa kina, hanya doa yg dapat saya berikan pada kina sekeluarga. Semuga Allah membalas syurga utk Kina sekeluarga..

      Delete
  3. salam,saya juga sedang diuji allah dgn kanser payudara tahap 4.berubat secara alternatif dgn B17 sejak dari awal.Apapun ubat yg kita ambil,hati tetap berniat moga moga dgn asbab ubat yg kita telan, allah menyediakan rezeki kesembuhan .Dia yg Maha menyembuhkan .tak mustahil dalam doktor mengatakan tiada harapan lagi,namun jika allah mengatakan sembuh,akan sembuh jua...mengenang penderitaan nabi allah ayub selama 8 tahun menguatkan semangat ini...

    ReplyDelete
    Replies
    1. aslkm kak engku.. bersyukur menjadi org yg terpilih.. walaupun berat harus dilalui juga..semoga ia menjadi jalan utk kita ketempat yg lebih baik nanti in sha Allah..semuga kita menjadi org yg sentiasa redha dan sabar. anything kita share story ye...

      Delete
  4. Salam sekadar berkongsi yer..sepupu saya cervic cancer n fe stage 3 US resident, very positive travel sorang2 18hrs flight balik Singapore..I asked her what she took after surgery and chemo becoz my husband kena heart attack n nak make him sihat semula... this is her answer..' Alhamdulillah just have to think positive and tell myself to be strong. I take vitamins D3, b and c vitamins and multi vitamins. You have to give him moral support. If you can make him beets root, kale, ginger, turnips juice is good for every morning. If you can find wheatgrass thats good too. More salad and not too much White Rice. Brown Rice and wild Rice are good. Try all that. Pernah baca blog onebreastbouncing.blogspot.com? Banyak petua2 yg Arwah Dalilah tinggalkan...and one more thing cuba baca Gerson theraphy treatment..13x fuits juice sehari n supplement...Moga Allah bagi kesembuhan buat mu dik.

    ReplyDelete
  5. my pray wl always goes to you Liza... Thanks Allah , mempertemukan aku dengan seorang insan yang cekal tabah and fun to be with..love always frm me.. kak eyza...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hai kak eyza dear, my pray also wll goes to you, u make my day become bright n shining...nice to know u!. Tak tahu kak eyza ni dtg dari planet mana yg tercampak dalam dunia saya..moga team kita success selalu....

      Delete
  6. innalillah semoga roh akak liza ramlan dicucuri rahmat dan tenang di sana...

    ReplyDelete