Sunday, October 28, 2012

Disapa Malaikat Izrail (II)

My heroes.......
Bismillahirrahmannirrahim...Catatan ini dimulakan. Lelaki2 di atas menjadi kekuatan saya utk terus menjadi pejuang. Sehingga bila? Sehingga saya dipanggil utk pulang ke tempat asal saya. Ketika saya jatuh sakit lelaki2 ini tidak putus berdoa dan saya tahu bukan lelaki2 ini sahaja malah ramai lagi. Ibu bapa, mak mertua, adik beradik, saudara mara, kawan-kawan, kenalan, murid-murid, jiran-jiran dan individu2 saudara seislam yang hanya mengenali saya dari nama sahaja. Tidak terbalas saya segala pertolongan yang diberikan hanya doa sahaja yang mampu saya berikan. Kalian semua dalam doa saya pada ketika dan waktu saya berbicara dengan Pencipta Yang Maha Agung.
Sesungguhnya ketika jatuh sakit tempoh hari saya tidak terbayang langsung yang saya akan menaip utk menulis catatan ini lagi. Tapi Allah Maha Agung. Dia mempunyai rancanganNya yang tersendiri. Apa dia? Tiada siapa yang tahu. Ketika sakit tiada apa yang difikirkan hanya memikirkan utk mencari bekalan utk di bawa pulang. Sesiapa yang berada di situasi saya pasti akan berbuat perkara yang sama. Siapa yang tidak takut akan kematian? Saya tak pasti sekiranya ada diluar sana yang mengatakan dia bersedia dan berani utk pulang. Mungkin ada ...siapa tahu. Bagi 'orang biasa' seperti saya sudah pasti merasa takut utk pulang kerana bekalan yang 'ala kadar'. Allah...Allah... ampunkan dosa2 ku. Kesakitan ini memberi saya peluang dan ruang utk muhasabah diri. Mengenang kembali perjalanan hidup dan membetulkan kembali matlamat dan tujuan saya hidup di muka bumi ini. Allahuakbar ....satu hikmah yang saya perolehi. Bila memikirkan apabila mati tiada apa yang dibawa kecuali amalan kadangkala seperti tidak mahu berbuat apa2 kecuali duduk beribadat. Dengan cabaran hidup pada masa kini yang sangat mencabar yang pastinya insan yang tidak mempunyai kekuatan iman dan takwa pastinya akan sentiasa berbuat dosa sama ada kecil atau besar. Namun bukan itu yang dikehendaki oleh Allah. Bekerjalah seperti kita akan hidup seperti 1000 tahun lagi dan beramalah seperti kita akan mati keesokkan hari. Ya  itulah yang harus dilakukan. Jadikan dunia ini ladang utk kita bercucuk tanam dan hasilnya kita tuai di 'sana' nanti. Peringatan ini utk diri sendiri sebenarnya.
Subhanaallah...  bantulah hambaMu yang hina ini utk mencari keredhaanMu.
Sesungguhnya byk perkara ingin dicatat buat peringatan diri sendiri namun ketika ini keadaan tidak mengizinkan. Mungkin akan disambung lagi  sekiranya diizinkan olehNya. Doakan yang terbaik untuk saya...

Saturday, October 27, 2012

Disapa Malaikat Izrail ( I )

Sumber inspirasi!!!!
Bismillahirrahmannirrahim...Catatan ini dimulakan dengan kalimah suci ini. Sudah beberapa bulan catatan ini berhenti. Kali terakhir pada April yg lalu. Sesungguhnya saya tak sangka catatan ini akan bersambung lagi. Mengapa?? Bagaimana saya ingin menghuraikannya masih tak terbayang dan terfikir. Biarlah tangan ini sahaja yang meneruskannya.
Subhanaallah...tak tergambar apa yg berlaku kebelakangan ini di dalam fikiran sebelum ini. Jatuh sakit!!!!!Saya sakit. Kritikal? Saya pun tak tahu. Tapi saya dah terbayang kematian di depan mata. Kesakitan ini sebenarnya bermula pada bulan Mac yg lalu. Bermula dengan sakit tekak dan batuk. Batuk dan batuk dan batuk... Batuk yg tak mau hilang sehingga akhirnya pada Julai yang lalu saya memberanikan diri utk pergi ke KPJ Tawakkal utk membuat CT Scan. Keputusan? Seperti yang dijangkakan sel kanser telah merebak ke organ yang lain seperti peparu, hati, tulang belakang, tulang rusuk dan di merata tempat yg lain. Kali terakhir pemeriksaan Xray dibuat pada Nov 2011, ketika itu tiada kesan sel kanser pada paru-paru dan tumor marker yang dibuat pada Feb 2012 keadaan sel kanser dalam darah masih dalam keadaan terkawal dan rendah. Namun bermula Mei 2012 bacaan tumor marker semakin meningkat dan meningkat. Allahuakbar..Semua yang berlaku adalah dengan keizinanNya. Adakah aku bodoh kerana membiarkannya. Tidak sama sekali. Pada ketika itu saya giat meneruskan usaha secara alternatif utk merawat sakit ini. Namun Allah ada perancanganNya yang tersendiri. Tidak diizinkanNya utk saya sembuh lagi ketika itu malah semakin bertambah teruk. Adakah aku menyesal?. Sukar utk digambarkan perasaan pada ketika itu. Selepas keputusan CT Scan diperolehi, doktor di KPJ Tawakkal menolak utk melakukan pembedahan. Alasannya keadaan diri saya yang membimbangkan dan mgkn beliau tidak mahu mengambil risiko kerana keadaan tumor dan paru-paru. Pernafasan yang semakin pendek dan tersekat-sekat. Batuk yang tidak berhenti-henti. Jadi apa pilihan yang saya ada.? Bertanya doktor adakah kemoterapi boleh dilakukan utk sebagai pilihan rawatan. Beliau menyatakan kemoterapi jg tiada guna utk dilakukan kerana sel  kanser sudah merebak keseluruh bahagian abdomen. Jika dilakukan juga mgkn memerlukan dos yg tinggi dan bimbang badan semakin terus lemah.
Masyaallah.. selepas itu saya terus hilang semangat dalam diri dan keyakinan. Apabila semangat dan keyakinan hilang, badan terus semakin sakit. Doktor di KPJ Tawakal memberikan cuti sakit 3 bulan. Rawatan tidak diberi tapi cuti diberi, pelik? Utk apa? Mahu saya berehat di rumah dan menunggu malaikat Izrail dtg ke? Hati pada ketika itu rasa sangat kecewa dengan doktor berkenaan. Tetapi Allah ada perancanganNya tersendiri. Suami ketika itu menjadi tulang belakang utk saya terus berdiri. Dia tidak diam sahaja. Dia membawa diri ini dimerata tempat utk berubat. Sebutlah kemana sahaja selagi cara perubatannya tidak melanggar hukum Islam akan di'usung'lah diri ini. Saya terus sakit dan sakit. Batuk semakin teruk kerana sudah mengeluarkan titisan-titisan darah dan lendir kekuningan kelihatan seperti nanah. Dimana tempat2 berubat mgkn akan dicatat di entri yg lain. Sehinggalah pada bulan Ramadan yang lalu ( tak pasti tanggal berapa ) saya sesak nafas dan terpaksa ke bahagian kecemasan PPUM utk diberi rawatan. Disitulah bermulanya episod baru utk saya. Doktor dibahagian kecemasan meminta saya merujukkan diri di bahagian surgeri. Saya dipertemukan dengan seorang doktor bedah payudara yang sangat baik hati dan lemah lembut. Beliau memujuk saya utk membuat rawatan di hospital. Cadangan beliau supaya membuat rawatan kemoterapi utk cuba mengawal perkembangan sel kanser dari terus  merebak. Pembedahan pada ketika itu bukanlah pilihan yg terbaik kerana sel kanser telah merebak. Mula2 saya menolak, namun beliau meminta utk fikirkannya dirumah. Akhirnya saya bersetuju dan kes saya dirujukkan ke bahagian onkologi. Di bahagian Onkologi berjumpa pula dengan seorang oncologist yang juga sangat prihatin dan baik hati. Beliau mencadangkan saya membuat rawatan kemoterapi mingguan dengan dos yang 'mild'.  Jadi selepas Aidilfiti yang lalu saya memulakan rawatan kemoterapi yang menjadi igauan ngeri pesakit2 kanser. Adakah ia menjd mimpi ngeri utk saya? akan dicatatkan pengalaman itu di entri yang lain.Kini sudah selesai 2 cycle. Minggu depan cycle 3 akan bermula. Hampir setiap minggu akan ke PPUM. 2 kali seminggu. Setiap Selasa dan Rabu. Apa perkembangan terkini. Dari pengamatan mata kasar, semua tumor sudah hilang dan kecut. Batuk yang tak berhenti-henti sudah tiada. Keadaan seperti tiada apa yg berlaku. Bagaimanapun sel kanser adakah masih ada tidak dapat dipastikan. CT Scan akan dilakukan lagi pada 3 Disember akan datang selepas cycle 3 selesai. Berapa cycle akan dijalani. Pada awalnya doktor tidak dapat memastikannya melihat pada keadaan diri pada ketika itu. Bagaimanapun ketika cycle 2 dijalani doktor melihat perkembangan diri dan menyatakan mgkn perlu menjalani 6 cycle ataupun 18 kali sahaja. Itupun bergantung kepada CT Scan....
Nampaknya catatan ini berhenti seketika disini. Doakan yang terbaik utk saya!!!
 

Saturday, April 7, 2012

Itulah kehidupan..

Terasa seperti ingin mencatat sesuatu, tetapi apa dia masih kabur lagi. Hujung minggu lepas dalam kesibukan bertugas aku masih sempat untuk pergi bercuti bersama kawan-kawan ke Sabah. Pergi petang Jumaat sampai kerumah semula pada malam Ahadnya. Penat juga. Terima kasih pada suami tersayang kerana mengizinkan dan sudi menjaga anak-anak. Untuk apa ke Sabah? sekadar berjalan-jalan mengubah suasana dan pandangan. Aku tidak pernah ke sana itu yg pertama kali. Dapat melihat gunung Kinabalu dari jarak yg dekat. Sungguh indah. Sempat naik jambatan Tamparulli. Juga sempat memanaskan kaki di Hot Spring, dan memenatkan kaki menaiki Canopy Walk yg menjadi mimpi ngeri seseorang yang bernama Juli, huahuahua...kelakar bila diingatkan kembali. . Banyak perkara yg berlaku kebelakangan ini. Minggu ini juga dapat tahu suami kepada sahabat lama meninggal dunia kerana kemalangan di R n R Rawang. Orangnya sihat dan masih muda. Itulah bila ketentuan sudah tiba, tidak ia akan lewat walau sesaat Al- Fatihah untuk arwah. Oooo.. sudah lebih dari 5 minggu juga salah seorang dari anak buah suami meninggal dunia. Seorang perempuan yg masih muda, belum berkahwin dan sihat walafiat. Namun itulah bila ajal sudah tiba siapalah kita untuk mengelakkannya. Sebab? asalnya arwah demam, sehingga satu ketika lemah tubuh badan dan akhirnya doktor sahkan arwah dijangkiti sejenis bakteria. Jangkitan itu merebak kejantung, paru-paru, buah pinggan dan ke otak. Akhirnya arwah koma, dan sampai satu tahap doktor terpaksa memotong salah satu kakinya kerana dijangkiti kuman. Masyaalah.. sedih mendengar keadaan arwah. Setelah 3 minggu arwah dirawat dihospital Ampang, akhirnya meninggal dunia. Walaupun aku tidak dapat melihat arwah ketika dia sakit tapi suami sentiasa pergi melawat. Aku hanya dapat mengiringi jenazah ke kubur. Namun tidaklah dapat aku melihat wajah terakhir arwah sebelum dikebumikan gara-gara anak tak mahu turun dari kereta. Tapi dari penceritaan suami, jenazah arwah sangat tenang. Ya Allah.. sayu hati mendengarnya. kelihatannya semua sangat baik. Dengan derita sakit yang dialami sebelum dia meninggal dunia mungkin Allah telah hapuskan segala dosanya. Ya Allah Kau ampunilah dosa-dosaku...Terlalu banyak dosa yg aku lakukan. Andainya ujian ini boleh menghapuskan dosa-dosaku, aku terima dan redha. Kau berilah apa pun aku terima Ya Allah andai apa yg Kau berikan itu adalah yang terbaik untuk ku. Sesungguhnya hanya Kau yg tahu apa yg terbaik untukku.
Macamana keadaan aku ini? Entahlah sukar utk kuceritakan, tp alhamdulliah masih diberi kekuatan utk bekerja dan menjalankan tugas didunia ini. Tidak pernah kulupakan walau sesaat apa yg aku ada. Kekadang rasa kagum dengan perancangan Allah. Dalam keadaan aku 'berperang' ini, tak sangka juga aku dpt menjalankan tugas sebagai guru dengan lebih baik. Buktinya sejarah keputusan SPM baru-baru ini melakar sejarah tersendiri utk aku, peratus kelulusan matematik tambahan yg ku ajar mendapat 95.5% naik 10% dari tahun sebelumnya. Huahuahua... tak sangka tp alhamdulillah, kegembiraan yg dikongsi dgn rakan sejawat Baiti, Beliau mengajar dua kelas dan aku dua kelas, aku terlebih gembira kerana murid yg kusangka gagal kebanyakan berjaya walaupun sekadar lulus. Kenapa?? hanya aku dan Allah mengetahui bagaimana keadaan murid ku ..huahuahua...hai murid-murid 5 waja 2011, kau semua dalam doa cikgu...semuga menjadi insan yang berjaya dan dibawah lindunganNYA.  Apa usaha ku kini, entah masih berusaha.. apa dia ??? Biarlah ia menjadi rahsia lagi. Prima series?? sudah sebulan aku berhenti mengambilnya. Mungkin kurang sesuai utk ku. Bukan ia tak bagus, tapi hatiku kurang gembira, knape??? Jgn ditanya... sukar utk dijawab. pelik??? Jgn hairan ye...tumor masih ada, alhamdulillah..ada pengurangan . bagaimana??? dah pasti Allah yg melakukanya. Catatan ini ingin berhenti disini. Doakan yg ter baik utk saya...

Sunday, October 23, 2011

Penawar Kanser????

Setelah sekian lama menyepi dari menulis dicatatan ini, akhirnya hari ini terasa seperti ingin mencatat sesuatu.Oktober ini cukup sudah setahun, dari kali pertama aku menemuinya. Untuk kesekian kalinya aku mengucapkan rasa syukur atas banyak perkara yg dianugerahkan olehNya. Syukur kerana diberikan anugerah ini , BC ini menjadi titik kesedaran buat diri sekeluarga, kerana dulu mungkin diri ini alpa dan leka. Terima kasih ya Allah kau berikan aku ingatan dan teguran.Aku terpilih sebagai insan yg didalam ingatan Mu. syukur...Terima kasih Kau berikan ku peluang utk memperbaiki diri dan perbanyakan amalan. Ampunilah segala dosa dan terimalah segala amalanku.Syukur..kerana beriku peluang untuk bernafas lagi hari ini..Syukur diatas kesihatan dan kekuatan yg masih Kau berikan.
Banyak perkara yg berlaku kebelakangan ini, rutin harian masih diteruskan seperti biasa.Sejak jun yg lalu tumor seperti bermain tarik tali , sekejap mengecut, sekejap kembang. Sehingga aku mengambil keputusan untuk menjalani pembedahan selepas hari raya aidlafitri yg lalu. Setelah temujanji dibuat dan pemeriksaan dijalankan, doktor menetapkan tarikh untuk aku menjalani pembedahan.Namun, empat hari sebelum pembedahan, aku berjumpa dengan seseorang untuk mencuba satu produk yg dinamakan primaseries. 3 hari memcubaa terasa sedikit kelainan yg susah digambarkan, mungkin yg boleh dikatakan hilang rasa mencucuk-cucuk dibelakang badan dan terasa badan lebih menyihatkan. Akhirnya nekad untuk menangguhkan pembedahan hingga ke tarikh yg belum pasti.
Ramai yg bertanya tak mengapa ke tak pergi buat rawatan dihospital? Satu soalan yg susah nak dijawab, kerana apa yg pasti selepas penetapan tarikh pembedahan aku menangis dua hari dua malam mengenangkan aku bakal kehilangan satu B. Jadi belum buat pembedahan tapi semangat dah hilang bayangkan kalau dah memang hilang B. Pasti semangat dah hilang. Mungkin orang lain akan berkata takpe hilang satu asalkan masih bernyawa. Akhirnya keputusan dibuat, itupun setelah kulakukan istikharah sebanyak yg mungkin,meminta petunjuk dariNya. Mati hidup ketentuan Allah. Bukan aku tak berusaha, aku berusaha mengikut cara yg aku pilih. Sebagai orang yg mengalami, aku berhak memilih cara rawatan. Sejak keputusan penangguhan, hidup dirasakan lebih gembira dan bermakna. Seandainya Allah menarik nyawa ini, sebagai seorang Muslim aku menerimanya sebagai satu ketetapan, bagaimana mati itu hanya penyebabnya.Aku tak menoleh kebelakang lagi,  banyak perkara yang ingin kulakukan sebelum nyawa dijemput Ilahi. Ya..kedengaran seperti aku menyerah kalah, tapi inilah waktu yg paling kuat pernah kurasakan berbanding sebelum ini. Aku takkan menyerah kalah...Seperti kata pengetua, kuatkan semangat dan yakin bahawa ubat yg kita makan adalah yg terbaik utk kita. Nak buat macamana kan, dah kanser itu nak hidup dengan kita, takpelah terima ajelah, asalkan dia tak ganggu perjalanan hidup kita. Betul juga katanya.
Mengenai ubat primaseries yg baru sebulan diambil itu, apa yg boleh dikatakan selepas dua minggu, rasa mencucuk-cucuk dan menghiris pada tumor. Syukur, sakitnya  tidaklah sehingga keterlaluan, kerana itulah simptom yg akan dirasakan pada pesakit kanser.Terdapat perubahan pada tumor, namun masih terlalu awal untuk diperkatakan. Bagaimanapun, sebenarnya yang paling penting sekiranya ia dapat mengawal dari merebak ke tempat lain.. Insyaallah...Apabila  ditanya berapa lama tumor boleh hilang, menurut En Yunus (pengedar) antara kes-kes kanser yg dibawah pemantauannya, breast cancer adalah yg paling lambat hilang tumor kerana sifat kanser dan tumornya  yg  melekat dan membentuk ketulan seperti daging. tapi untuk kanser lain seperti kanser pangkal rahim, prostat, usus dan lain-lain kesannya amat cepat apabila dos yg diambil tinggi. Tak kisahlah asalkan ia boleh hilang. Syarikat ini juga ada membuat kerjasama dengan salah satu hospital di Malaysia untuk menjalankan ujian klinikal untuk menguji keberkesanan ubat ini. Aku ada menghantar resume untuk mencuba nasib. Harapnya ada rezeki...Menurut beliau lagi setahun ubat ini dipasaran Malaysia, hampir kesemua pesakit yg mencuba menunjukkan respon yang positif, setidak-tidaknya antara kesan yg dirasai oleh pesakit ialah kesakitan yg dirasai disebabkan oleh kanser atau pun rawatan kanser akan hilang.Antara tujuan utama ujian klinikal ini ialah untuk menghilangkan kesakitan yang dialami oleh pesakit. Ya Allah semuga ubat ini menjadi penawar kepada penyakit kanser ini. Pada awalnya, rasa bimbang untuk bercerita disini tentang ubat ini kerana belum pun sembuh, namun akhirnya mengambil keputusan untuk share dengan orang lain, kerana seandainya tiada rezeki sembuh untuk diri sendiri tapi mungkin rezeki untuk orang lain. Bulan depan(November) En Yunus  akan ke Korea untuk membawa produk ubat ini kesana. Seandainya ubat ini yang asalnya dari Malaysia (pengasasnya orang Malaysia) cuba membawa ubat ini keluar, mungkin sesemangnya ia salah satu penawar kanser. Kita tunggu dan lihat...
Nampaknya kali ini entry yg agak panjang berbanding sebelum ini. Catatan kali ini berhenti disini. Doakan yg terbaik untuk saya.

Saturday, June 11, 2011

Diet...

Hari ini seperti ingin menulis sesuatu di catatan ini, cuti sekolah akan berakhir, dunia kerja akan bermula kembali, walaupun cuti ini bukanlah cuti sebenar cuti, minggu lepas ada kelas tambahan 2 hari, dan sibuk menanda kertas peperiksaan pertengahan tahun. Sempat jugak membawa bebudak tu ke Cameron Highlands, saja bertukar angin, biasanya kalau cuti mesti nak berjalan tempat yang memenatkan, seperti taman tema. Tak larat rasanya. Kali ini pergi ke tempat yang lebih sejuk dari kebiasaan. Sebulan yang lepas memulakan diet yang sangat ketat, dan 3 minggu yang lepas jugak memulakan pengambilan ginseng dan cordyseps sinensis. Hasilnya memang ketara. Perubahan pada lump memang dapat dirasakan. Namun...kerana pergi bercuti, menyebabkan tak banyak pilihan makanan, dan akibatnya balik dari bercuti lump dirasakan membesar semula. Perasaan bimbang dan menyesal. Tapi bak kata pepatah, sesal dulu pendapatn... tak mengapalah, bermula kembali ke garisan asal. Tapi satu perkara yang dapat dipelajari, berhati2 dalam diet ...pengalaman memang adalah guru yg terbaik...selepas ini kenalah sangat berhati2...
Kebelakangan ini banyak mencari maklumat tentang penawar yg boleh dibuat dan dimakan. Antaranya ialah tentang Sabah Snake Grass, bagaimanapun tak tahulah mana nak mendapatkan nya, cuba juga menghubungi orang tertentu, namun hasilnya tidaklah memberangsangkan. Kemudian terbaca tentang khasiat curcumin iaitu bahan kuning yang ada dalam kunyit. Dikeliling rumah ni memanglah tak byk kunyit, tapi rasanya mudah nak mendapatkannya, tetiba terpandang pokok temulawak yg tumbuh melata ditepi rumah. Dahulunya cukup banyak sehingga perlu dibuang, cuba mencari maklumat tentang temulawak, dan.. rupa2nya ada perusahaan yang menghasilkan kapsul temulawak untuk kesihatan dan lagi kandungan curcumin dalam temulawak lebih kurang berbanding dengan kunyit namun kandungan minyak atsirinya yang untuk melawan kanser terutamanya BC lebih tinggi berbanding kunyit. Jika dahulu temulawak ini dipandang sepi, namun kini ia menjadi salah satu ramuan dalam minuman jus harian. JUs harian epal+lobak+nenas+temulawak+cendawan susu harimau. Rasanya taklah sedap sangat. Tapi tekak ini dah biasa bolehlah nak telan. Jus pegaga juga tidak ketinggalan. Begitu juga air rebusan daun betik+daun sireh+daun durian belanda. Banyak??? Memanglah banyak..tapi terpaksa diagihkan waktu meminumnya, dari pagi hinggalah nak tidur, hasilnya memanglah kerap ke bilik air. Takpe buang toksin...

Semenjak pengambilan ginseng dan cordysep sinensis, memanglah rasa berdenyut di kawasan lump dan sekitarnya, harapnya dalam tempoh beberapa bulan ada kesan yg positif. Tak berani nak berkata lebih-lebih...Setiap kali rasa ada perubahan pastinya tak lama kemudian kembali kepada keadaan asal. Jadi tunggu dan lihat sajalah. Pastinya Allah ada agenda sendiri untuk hambaNYa. Dalam beberapa bulan ini, rasanya lebih memahami keadaan BC ini. Bunyinya macam memahami hati seseoranglah pulak...Rasanya tahu apa yg boleh dan apa yg tak boleh...Nampaknya catatan ini terpaksa berhenti disini dahulu, doakan yg terbaik utk saya..

Sunday, May 1, 2011

Terapi ozon..

Dua hari lepas, pergi menjalani terapi ozon di klinik MediAl-Hilmi di Kepong, itupun setelah mencari-cari di internet maklumat, klinik yang menyediakan terapi ini, namun akhirnya teringat Dr Jamaludin ada memberitahu klinik yang pernah beliau kunjungi untuk membuat terapi ini. Prosesnya tidaklah menyakitkan tetapi pada peringkat awal ketika proses mencari salur (vena) yang sesuai itu yang menyakitkan. Susah payah Dr Hasbullah mencari yang salur darah, akhirnya satu salur di celah siku dan satu lagi terpaksa dilakukan di atas permukaan tangan berhampiran jari kelingking dan jari manis. Itu yang sakit.... Proses ini memerlukan darah disedut keluar dan 'dicuci', diozonkan kemudian dimasukkan semula ke salur darah. Satu yang mengagumkan darah yang keluar dan darah yang telah diozonkan sangat berbeza warna. Berapa banyak darah yang dicuci kurang pasti tapi proses memakan masa 70 minit. Doktor Hasbullah terpaksa memegang salur darah yang keluar sepanjang proses kerana, ada sedikit masalah  dengan salur darah yang kecil menyebabkan darah yang keluar terlalu perlahan. Berapa kali perlu dilakukan tiada paksaan, namun Dr ada menyatakan sebaiknya dilakukan 4 kali pada peringkat awal ini. Banyak kebaikan sebenarnya melakukan proses ini, bukan sahaja utk pesakit kronik malah mereka yang ingin menjaga kesihatan juga. Kesan sampingan dari proses ini, ialah kulit menjadi cantik. menurut kata Dr. Huahuahuahua..Kalau kulit menjadi cantik itu sudah menjadi bonus..
Sebenarnya ada banyak perkara yang ingin dicatat disini, namun masa tidak mengizinkan, nanti kita bertemu lagi, doakan yang terbaik untuk saya, mungkin ada sedikit berita gembira yang boleh dikongsikan? Insyaallah, perjuangan harus diteruskan..

Friday, April 29, 2011

Setelah sekelian lama tak mengadap pc baru hari ini berpeluang utk mengadap lebih lama dari biasa. Kalau ikutkan badan memang penat, mata ni macam nak tidur, tp tak tahulah mana dtgnya kekuatan utk duduk lama di sini. Kebelakangan ramai bertanyakan perkembangan terbaru, gara2 lama menyepikan diri, ramai menelefon, sms dan email bertanyakan khabar. Ya Allah, terima kasihlah krn sudi bertanyakan khabar wahai, teman2 dan keluarga...Perjuangan masih diteruskan, perkembangan terbaru tak byk perubahan yg berlaku, lump masih ada. Kekadng terlupa jgk ada "bendasing" melekat dkt bdn, rasa mcm dah sebati dlm diri.
Sekarang ni dalam proses mencari penapis air yg boleh mengoksigenkan air, belum berjumpa lagi, yg ada ozonator adalah, hari ini dah buat appoinment untuk buat ozon terapi, kosnya lumayan jugak, hubby pun nak tumpang sekaki buat terapi ozon. Tentang duit, entahlah rezeki Allah beri yg tak tahu dari mana2 datangnya. Alhamduliilah, tak pernah lagi rasa kesempitan sejak tahu ada BC ni. Walaupun kalau dikira2 dah beribu2 dah dibelanjakan. Takdelah kaya sgt tp Allah sentiasa permudahkan caranya. Berhenti lagi catatan ini disini. Semuga bertemu dan diberi kekuatan lagi untuk bertemu lagi dicatatanku. Doakan yg terbaik untuk saya.