Wednesday, November 7, 2012

Kemoterapi-Mimpi Ngeri?






Bismillahhirrahmannirrahim...Selepas Aidilfitri yang lalu saya telah memulakan rawatan kemoterapi. Mengikut keputusan biopsi yang lalu kanser saya adalah jenis HER2. Dalam keadaan kesihatan yang tidak begitu mengizinkan pada ketika itu, doktor mencadangkan saya menjalani proses kemoterapi dengan dos yg 'mild' iaitu proses yg dilakukan  secara mingguan setiap minggu dan untuk satu cycle ia mengambil masa 3 minggu. Sebelum proses kemoterapi saya perlu menjalani pemeriksaan darah. Bermakna setiap selasa dan rabu saya perlu ke hospital. Pada permulaan saya ke hospital, suami perlu menolak saya di kerusi roda. Saya mempunyai masalah pernafasan yang agak teruk. Dengan berat badan yang semakin menurun tidaklah menjadi kesukaran untuk suami menolak saya ke hulu dan ke hilir. Pada peringkat awal saya perlu menjalani pelbagai pemeriksaan seperti scan tulang, pemeriksaan jantung, pemeriksaan darah dan pelbagai lagi. Yang mana memerlukan saya untuk bergerak dari satu tempat ke satu tempat. Terasa seperti insan 'istimewa' apabila saya perlu diusung dengan kerusi roda yang mana sentiasa mendapat keutamaan dan keistimewaan di tempat awam. Dapat menaiki lif pesakit, mendapat nombor giliran istimewa yang lebih cepat daripada orang biasa dan pelbagai lagi. Ketika entri ini ditulis saya dalam proses kemoterapi cycle 3 minggu 2. Regimen yang digunakan untuk proses kemoterapi saya ialah paxlitaxel. Terdapat pelbagai regimen yang digunakan dalam proses kemoterapi ini bergantung kepada jenis kanser seseorang.
Kebiasaannya sebelum kemoterapi dijalankan pemeriksaan darah perlu dijalani untuk memastikan sel darah merah dan darah putih dalam keadaan normal dan baik. Begitu juga dengan keadaan hati dan buah pinggang , jadi setiap kali ujian darah pihak nurse akan mengambil dua tiub darah. Satu perkara yang kurang digemari untuk proses ini ialah apabila di'cucuk' dengan jarum . Saya pasti kebanyakan orang juga tidak menggemari bahagian ini. Bagaimanapun saya tetap bersyukur kerana setakat ini pihak nurse tidak menghadapi masalah untuk mencari salur darah yang 'baik'. Apa yg saya perhatikan kadangkala ada pesakit yg perlu dicucuk beberapa kali kerana masalah utk mencari salur darah yg sesuai utk membolehkan darah diambil. Masalah yg berlaku biasanya salur darah sudah 'rosak' aatau 'mengeras' atau 'terbakar'. Selepas proses pengambilan darah, pesakit perlu berjumpa dengan doktor untuk pemeriksaan atau perbincangan lanjut. Satu yg saya perhatikan di PPUM sistem maklumatnya secara online maka prosesnya lebih mudah dan pantas. Saya tak pasti dihospital lain. Walau di bahagian mana pun urusannya, pihak berkaitan tiada masalah untuk mengakses maklumat berkaitan. Setakat perjumpaan saya dengan oncologist di PPUM , semuanya 'baik2' belaka dan prihatin dan sabar!!!. Mungkin sebab kebanyakan pesakit di oncologi itu sangat 'fragile' ( mcm sayalah..). Hari berikutnya biasanya adalah hari kemoterapi sekiranya ujian darah tiada masalah. Alhamdulillah dalam keadaan saya sakit bermula minggu 1. tidak pernah lagi proses kemoterapi saya tertangguh kerana masalah kesihatan. Kadangkala ada pesakit terpaksa menangguhkan proses kemoterapi kerana keadaannya tidak mengizinkan. Kemoterapi hanya akan dijalankan sekiranya keadaan pesakit baik dan 'sihat'. Sebelum proses kemoterapi biasanya pesakit termasuk saya akan diberikan beberapa preskripsi ubat seperti ubat alahan, tahan muntah dan gastrik( kalau tak silap saya...) Satu proses yg kurang digemari juga semasa ubat di'infuse' ke tube ialah saya akan rasa sedikit ketakselesaan seperti mata berpinar2, tangan rasa gatal2, dan ketakselesaan dibahagian ari-ari. Tetapi ketika paxlitaxel di'infuse' tiada apa kesan sampingan dirasakan. Regimen ini memerlukan tube khas berbanding regimen lain menyebabkan proses ini mengambil masa lebih kurang 3 jam malah kadangkala lebih. Kali pertama ia mengambil masa 5 jam setengah kerana 'flow' yang dialirkan agak perlahan memandangkan ia kali pertama. Apa kesan sampingan yg saya rasa? Untuk minggu pertama, selepas saya pulang ke rumah, selepas waktu Isyak saya merasa ketakselesaan yang melampau di bahagian belakang disebelah kiri sehingga saya perlu ke bahagian kecemasan pada pukul 2 pagi kerana rasa itu tidak hilang walau saya telah makan beberapa biji ubat tahan sakit. Setelah diberi suntikan ubat tahan sakit, akhirnya rasa 'itu' hilang dan saya pun dibenarkan pulang ke rumah. Keesokan harinya saya merasakan sakit dibahagian abdomen dan merasa sesak nafas. Saya tak pasti sakit itu disebabkan kesan sampingan kemoterapi atau sakit disebabkan kanser itu sendiri.. Setelah 3 hari keadaan itu hilang. Bagaimanapun alhamdulillah kerana saya tidak menghadapi masalah lain seperti muntah atau gastrik atau hilang selera makan. Pada minggu kedua saya berjumpa dengan doktor dan menceritakan masalah yang dihadapi, dan doktor mengatakan kesan sampingan itu mungkin disebabkan steroid atau ubat yang diberi sebelum atau selepas kemoterapi. Pelik juga kesan sampingan itu disebabkan ubat atau steroid yang perlu diambil utk mengelakkan kesan sampingan regimen kemoterapi itu sendiri. Maka pada minggu ke 2 saya tidak lagi mengambil steroid yang dibekalkan untuk selepas kemoterapi. Walau di hati rasa bimbang juga tapi saya perlu mencuba untuk melihat respon tubuh untuk kemoterapi ini. Alhamdulilah pada keesokan hari selepas proses kemoterapi minggu 2 saya merasakan seperti keajaiban yang diberi oleh Allah. Rasa sakit sebelum ini telah  ditarik oleh Allah. Saya tidak lagi rasa sesak nafas, saya rasa lebih sihat seolah2 diberi tubuh baru
( Subhanaallah..).Saya boleh bangun dari tidur dan berjalan ke bilik air tanpa rasa penat dan saya boleh bersolat secara berdiri( sebelum itu saya terpaksa bersolat duduk).  Saya tak pasti bagaimana keadaan itu berlaku. Semuanya kuasa Allah. Penyebabnya mungkin air zamzam yang saya minum sepenuhnya menggantikan air kosong biasa atau supplement2 ( akan diceritakan di entri lain) atau kemoterapi . Tak siapa tahu. Mungkin kombinasi kesemuanya termasuk doa2 orang disekeliling saya yg tak putus2. Bak kata kawan baik saya , kadangkala bidang kerja guru ini ada kelebihannya kerana kita dikenali oleh ramai anak2 , jadi kita ini sentiasa murah rezeki dengan doa dan dalam banyak2 murid itu pastinya ada doanya yang diangkat oleh Allah. Malah bukan anak murid itu sahaja malah ibubapanya juga. Yang pasti semenjak saya sakit, ketika rutin bacaan Yasin setiap minggu disekolah pastinya ada terselit doa untuk saya. Ada perkhabaran yg saya terima ada diantara rakan2 dan murid2 membuat solat  hajat untuk kesihatan saya pada bulan Ramadan yang lalu. Masyaallah..tidaklah dapat saya membalas pertolongan orang2 ini. Hanya doa yg dpt saya berikan.
Seterusnya untuk minggu2 berikutnya proses kemoterapi seperti satu proses rutin yang 'menyeronokkan' kerana saya tidak mengalami kesan sampingan yang teruk2. Tapi satu kesan yg saya alami ialah rambut gugur. Mula2 perasaan itu sedih juga tapi apabila masuk minggu ke3 dah tiada apa2 perasaan. Apatah lagi suami juga membotakkan kepalanya. Jadi adalah kawan untuk 'berbotak'. Apa yang boleh saya katakan untuk saya proses kemoterapi ini tidaklah menjadi mimpi ngeri utk saya walaupun sebelum ini saya mendengar pelbagai cerita tentang kemoterapi ini. Yang pastinya selera makan saya bertambah dari hari ke hari. Sepanjang proses kemoterapi di PPUM suami akan membelikan apa sahaja makanan yang saya kehendaki dan saya akan makan hampir sepanjang masa. Doktor berkata saya perlu makan dengan baik untuk menambah berat badan yang hilang. Berat badan saya menurun dari 54 kg ke 38 kg sepanjang saya sakit.
Apa yang boleh saya katakan saya tidaklah mengalami kesan sampingan yang teruk semasa proses kemoterapi . Berdasarkan respon tubuh saya setakat ini, doktor mencadangkan saya perlu menjalani 6 cycle atau 18 kali. Ini bermaksud saya perlu di'cucuk' sebanyak 36 kali tidak termasuk proses 'cucukan' yang gagal. Namun setakat catatan ini dicatat saya sudah boleh menjalani rutin harian seperti biasa. Batuk yang tidak pernah saya bayangkan akan berhenti telah tiada. Nafas yang pendek dan tersekat-sekat juga sudah kembali seperti normal. Syukur Alhamdulillah... saya tak pasti keadaan kanser saya setakat ini. Bagi saya ketika ini dapat bangun berjalan dan menjalankan rutin harian seperti biasa sudah menjadi seribu rahmat.  Bagaimanapun saya akan terus berjuang utk melawan 'musuh' ini sehingga ke akhirnya. Mungkin sebelum ini saya hampir tewas, namun sekarang saya cuba utk bangkit semula. Segalanya saya serahkan kepada Yang Maha Berkuasa. Saya pasti setiap yang berlaku adalah dengan izinNya. Tapi sebagai manusia usaha itu adalah diwajibkan dan bak kata cik suami saya, kita buat kerja kita jangan ganggu kerja Allah, maksudnya kita hendaklah buat apa sebagai yang patut dibuat berusaha, berdoa dan bertawakal. Selebihnya kita serahkan kepada Allah kerana Allah yang lebih mengetahui. Catatan ini akan berhenti disini. Doakan yang terbaik untuk saya. Insyaallah jika dizinkan kita akan bertemu di catatan yang lain 


13 comments:

  1. salam liza..aku areT, kenal lg tak..dr Sc2, kita sama duduk kat ATT, aku rajin gak bc blog kau ni.Aku mendoakan kau dr kejauhan.Semoga di permudahkan.Be strong OK

    ReplyDelete
    Replies
    1. salam are t. ingat lg ko. rajin jg ko belek blog aku yg ntah apa2. thanks sbb sudii bersedekah doa utk aku. insyallah aku utk belajar utk kuat.

      Delete
    2. salam are t. ingat lg ko. rajin jg ko belek blog aku yg ntah apa2. thanks sbb sudii bersedekah doa utk aku. insyallah aku utk belajar utk kuat.

      Delete
  2. Salam, Sy baru je baca tentang blog nie.. semasa sy sedang sibuk google tentang penyakit kanser sy di internet.. Awk sangat kuat, moga Allah sentiasa membantu awak.. =) Menjadi pesakit kanser itu merupakan suatu pengalaman yg kita tak dapat lupakan dalam hidup, ia mengajar kita untuk melangkah dengan kuat pada hari esoknya. Jadi, awk perlu kuat utk mengatasi sakit awk.

    ReplyDelete
  3. semoga tuan punya blog ni akan sembuh...sy google pasal kanser n terjumpa blog awak ni...my mum happens to have cancer jgk so now she's in kemo proses la smpi bln 8....be strong ya!! w/pon xkenal awak..tp sy doakan awak tabah n kuat semangat...

    ReplyDelete
  4. Assalamualaykum,
    Alhamdulillah diatas ketabahan yg Allah kurniakan kepada adik...kakak sya juga mengalami kanser setelah pembedahan dan kemo hanya sekali akhirnya saya berjaya juga pujuk mereka suami isteri untuk mendengar nasihat sya tentang rawatan cara Islam yang ternyata membuahkan hasil dengan izin Allah SWT.Insyaa Allah

    sanusimj@doktorherba.com

    ReplyDelete
  5. Tahniah sbb sis begitu kuat..suami sy pn baru je menjalanai kimoterapi cycle yg pertama..kesan sampingan dia selepas ujian kimo yg pertama ni wat sy rs kesian dan sedih sgt...dia lemah..sy harap sgt slps ujian kimo slps ni dia akan jd sekuat sis utk melawan penyakit tu...kita doa sama2 mudah2an Allah sembuhkan sis, suami sy serta semua pesakit kanser...amin...

    ReplyDelete
  6. kimoterapi satu mimpi ngeri, saya hnya nak membantu bagi pengidap kanser yang nak iktiar dengan vivix, dapatkan beberapa testimoni daripada saya berkenaan kanser mengecut dan tidak dapat dikesan selepas consume vivix..0136240955

    ReplyDelete
  7. maknanya akak mengamalkan air zam zam saja ker

    ReplyDelete
  8. Assalamualaikum Sis...
    Sy baru terbaca cerita sis... Terkesan dihati sis seorang yg tabah dan kuat semangat. Smga sy juga sekuat dan secekal sis... T. Kasih atas perkongsian.

    ReplyDelete
  9. Salam..semoga kesihatan sis bertambah baik hendaknya.

    ReplyDelete
  10. JUTAWAN HERBS, ada penawar untuk anda sembuh daripada pelbagai penyakit kanser yang telah Terbukti berkesan dan turut dipercayai pesakit2 kanser di seluruh malaysia dan luar negara. Menjadi produk yang wajib dibawa ke mana sahaja, Produk keluaran JUTAWAN HERBS adalah pengeluar produk yang berpengalaman mengubati pelbagai penyakit kanser. Kami memiliki testimoni daripada pesakit2 kanser yang telah sembuh /bebas kanser yang disahkan oleh doktor sendiri. Adakah anda @ orang yang tersayang serta rakan2 anda sedang bertarung dengan dengan kanser ketika ini? Ya! Anda telah buat pilihan yang tepat kerana memilih JUTAWAN HERBS! Dapatkan segera produk kami Anda akan kami 'invite' ke WhatsApp Group kami yang terdiri daripada pesakit2 kanser. Ramai yang gerun dengan rawatan Kimoterapi, dengan Group WhatSApp kami,anda boleh mendengar sendiri perkongsian daripada ahli group yang tetap kuat, dan bertenaga menjalani kehidupan seharian dengan sokongan Jus keluaran JUTAWAN HERBS ini. Marilah bersama2 mengumpul semangat juang bersama pesakit kanser yg lain. Jangan terus buang masa, kita tak akan sembuh dengan hanya menunggu tanpa usaha dan keyakinan, kita yang perlu mencari penawar untuk sembuh, kita berhak memilih untuk sembuh! Kita berhak memilih hanya yang terbaik!! 017 468 7570 EN MOHD ZUHAIRI BIN NOORDIN PENGASAS DAN PEMILIK JUTAWAN HERBS WhatsApp sekarang...

    Layari laman web jusinfiniti.blogspot.my utk testimoni dan jika mahu lebih banyak lagi jadi lah ahli grup psakit2 saya anda akan bertemu lebih banyak pesakit2 yang telah sembuh dan juga pesakit2 yang masih sedang berjuang melawan kanser

    ReplyDelete
  11. Pesakit kanser wajib mendapatkan rawatan moden dr hospital. Sbb kanser adalah penyakit metabolik. Jgn sesekali dptkn rawatan alternatif krn sstgh rawatan alternatif menghalang penyerapan ubat kimo. Ini sgt bahaya krn setelah selesai kimo, kanser akan mula lbh agresif. Jika mahu mengambil suplimen kesihatan disamping rawatan kimo, ambil yg semulajadi spt jus buah, air kelapa, air rebusan serai dll. Bukan mengambil supplimen yg diproses olh pihak luar. Krn bnyk penipuan ...

    ReplyDelete