Bismillahhirahmannirrahim...Catatan ini disambung lagi. Pada ketika orang lain sibuk dgn urusan dunia masing2, saya duduk dirumah sambil menunggu akif pulang ke rumah dari sekolah. Sesungguhnya apabila kita berada dalam kesusahan dan kesakitan kita dapat menilai hati budi dan kasih sayang seseorang terhadap diri kita.
Ketika saya jatuh sakit saya dapat merasakan rasa cinta dan kasih sayang suami, anak2, mak dan bapak, mak mertua, adik-beradik, ipar duai, kawan-kawan, anak-anak murid dan jiran tetangga. Jika sebelum ini, mungkin rasa cinta dan kasih sayang itu ada namun kurang dapat dirasakan di dalam hati.
Suami yang tercinta, sayangku padamu kerana Allah..Orang yang tak pernah jemu dan sabar dgn kerenah saya. Sentiasa penuh dgn kata-kata nasihat dan semangat walau kadangkala ia seperti mencurah air di daun keladi ( keladi tu sayalah...)Menguruskan rumah dan anak2 ketika saya sakit. Tidak pernah berputus asa dengan rahmat Allah dan yakin ada keajaiban utk saya daripada Allah. Subhanaaalah.. Kau pertemukan aku dengan insan ini, aku yakin setiap yang berlaku ada hikmahnya.
3A - Akif, aqil dan akid; 3 budak lelaki yang menjadi kekuatan saya utk terus berjuang. Ketiga-tiga mereka ini cukup memahami keadaan saya ketika sakit. Sentiasa mendoakan mama mereka dgn cara mereka tersendiri dan bahasa mereka sendiri yang saya sentiasa perhatikan akan mengangkat tangan utk berdoa selepas solat dan tidak pernah menyatakan isi doa mereka. Semuga kamu semua akan menjadi insan yang bertaqwa dan beramal soleh.
Emak dan bapak yang cukup sedih apabila saya jatuh sakit. Emak yang banyak membantu dan menemankan diri saya ketika saya sakit, yang mengurut badan saya apabila saya mengaduh sakit. Tidak terbalas saya budi dan kasih sayang mak. Segala-galanya tidak terucap oleh kata-kata kerana tidak ada kata2 yang mampu menceritakan cinta dan kasih sayang mak. Hanya hadiah alfatihah dan doa yang mampu saya berikan kepada mu. Ya Allah masukan ku kedalam syurga bersama mak dan bapak ku tanpa hisab. itulah antara doa yang sering diucapkan. Bapak seorang yang tegas ketika muda dan anak2 semua takut dan banyak mengadu hal dengan mak ketika kecil. Namun ketika saya sakit , saya dapat merasakan sebenar-benar kasihnya. Setiap hari akan ada panggilan telefon darinya utk memastikan keadaan saya. Betapa dia menitiskan air mata kerana saya ketika meminta pertolongan dan doa seorang imam kampung saya yang akan pergi menunaikan haji supaya saya diberi kesembuhan dan kesihatan. Betapa dia mengizinkan mak utk tinggal bersama saya ketika saya sakit sedangkan keadaan dirinya juga kurang sihat yang memerlukan jagaan. Allah..Allah. Kau ampunkan dosa-dosa kedua-dua ibu bapaku. Aku merayu....
Mak mertua yang sangat yakin dan tak putus-putus berdoa dan sentiasa mendoakan kesembuhan dan kesihatan. Begitu juga dgn adik-beradik, ipar duai, kawan-kawan dan anak2 murid yang sentiasa berdoa utk kesembuhan saya. Ada yang menitiskan air mata meminta pertolongan daripada Allah. Keadaan itu saya ketahui dan saya merasakan cukup terharu kerana saya membayangkan ada antara orang-orang ini hanya 'kenalan2' biasa tetapi mereka tidak lokek berdoa utk saya. Tidak terbalas saya segala pertolongan yang diberikan hanya doa...doa..yang saya mampu berikan...Semuga Allah menempatkan kalian di Jannah.
Nampaknya catatan ini akan berhenti di sini seketika. Panjang umur kita berjumpa lagi. Insyaallah..Doakan yang terbaik utk saya..
Alhamdullilah Che Gu...cuma perlu ingat, walaupun kanser sudah tidak nampak di scan, Che Gu kena teruskan pemakanan dan gaya hidup sihat ya...sebab saya amat arif dengan mereka yang kanser berulang...ada yang sudah 10 tahun, ada yang 15 tahun bebas, tapi dia timbul semula...yang satu-dua tahun itu ramai...Che Gu kuat semangat...jadikan keinginan untuk berkongsi diblog ini sebagai satu keperluan..dan Che Gu mesti terus kuat untuk melakukannya...saya akan datang baca dan doakan dari jauh.
ReplyDeletedr. hasnah..tak sangka dr ada jg membc catatan saya. saya sbnrnya antara yg mengikuti tulisan blog dr. terima kasih atas doa dr. sesamalah kita berdoa yg terbaik utk kita semua
ReplyDeleteCasinos Near Casinos Near Casinos Near Casinos - Mapyro
ReplyDeleteFind Casinos Near Casinos and 부산광역 출장안마 Hotels 창원 출장샵 in Las 안성 출장안마 Vegas, NV. Find the closest casinos to your 동해 출장마사지 city. 태백 출장샵