Wednesday, December 22, 2010

Hidup mesti diteruskan..

Setelah beberapa hari berlalu selepas menerima berita tentang penyakit 'ini' dari segi aktiviti seharian tak byk berubah. Mgkn dari segi fizikal nampak sama tapi dalaman tu yang tak pasti, tp Alhamduliilah kebelakangan ni byk muhasabah diri, mencari kekuatan dgn al-Quran, yelah...mcm org yg dijatuhkan hukuman mati tapi tak tahu bila, wlpn yg pasti kematian pasti akan menjemput takkan lewat wlpn sesaat, perasaan takut mmg ada, bohong kalau kata takde..Cubalah tanya org lain yg senasib, aadakah mereka takut mati??? Pastinya jawabnya ya..Seseorang pernah berkata jika seseorng takutkan mati pastinya dia akan takut melakukan kejahatan dan kemaksiatan.. Mengharapkan diri ini tergolong dlm golongan yg sedemikian. ..

Cuma ketika ini dalam dilema, adakah perlu diteruskan operation ini??? Keluarga bimbang terlewat buat operation akan memburukkan keadaan. Mcmana ya..Mampukah nak melalui proses kemotrapi yg menyakitkan?? Takpe msh ada masa utk temujanji yg seterusnya.Akan ku lawan penyakit ini hingga ke nafas yg terakhir. Teringat kata2 suami semlm bahawa seseorang yg diuji dgn kesakitan ketika hidupnya akan terlepas dari dihisab, betul ke ??? Wallahuallamm...

Suami cukup positif tentang hal ini, pastinya akan berjumpa penawar utk penyakit, walaupun byk ubat dan teknologi terkini dlm melawan penyakit, namun semua akan sembuh dgn izinNya, jd kena berusaha jgn putus asa, Kepositifan suami sgt mempengaruhi perasaan ini, sehingga kadangkala terlupa keadaan diri, harapnya org lain jg bersikap positif dan mendoakan yg terbaik utk saya...Sampai disini dahulu catatan ini, sehingga panjang umur bertemu lagi di catatan yg lain...

No comments:

Post a Comment