Friday, February 22, 2013

ALLAH PERANCANG TERBAIK!!!!!!!!

Bismillahirrahmanirrahim...catatan ini bersambung lagi. Kehidupan ini satu perjalanan yg tidak boleh dijangka. Manusia boleh merancang tetapi Allah juga yg menentukan. Kenapa saya berkata begitu? Mungkin saya boleh share sedikit  apa yg berlaku pada diri saya dan keluarga. Dulu saya selalu berkata dengan mak ingin berkahwin apabila saya sudah bekerja dan mempunyai kerja yg stabil. Tak mahu kahwin muda. Tapi siapa saya nak menolak ketentuan Allah. Belum pun umur 22 tahun dan tak habis belajar lagi saya telah dilamar org dan berkahwin . Walaupun masih belajar(semester akhir), saya dapat menghabiskan dengan jayanya. Selepas tamat saya dpt mengajar di Pulau Pinang. Hampir sahaja membeli rumah disana krn ingin menetap di sana, tiba2 suami mendapat kerja di Ampang dan saya juga terpaksa berpindah ke Selangor. Tak lama kemudian suami berhenti kerja dan bekerja sendiri. Kemudian kami berpindah ke Serendah ( tak pernah dengar pun sebelum ini) , dan akhirnya kami menetap disini dan membeli rumah. Suami pula dulunya belajar dlm pendidikan dan bekerja sebgi guru, namun menyambung sarjana dlm bidang entomologi. Selepas itu sempat bekerja makan gaji dgn org dan akhirnya  membuat keputusan utk bekerja sendiri yg memang takde kena mengena dgn apa yg dipelajari. Kami juga dahulunya merancang dan membayangkan utk menetap di Hulu Klang sehubungan itu kami telah membeli rumh disitu, tp Allah tahu apa yg terbaik. Dalam sekelip mata segalanya berubah apabila suami mengambil keputusan utk berhenti kerja dan bekerja sendiri.

Sememangnya Allah tahu apa yg terbaik utk hambaNya. Dahulu rasa sedikit susah apabila cik suami mula2 berniaga. Namun hidup harus diteruskan juga. Apabila Allah memberi rezeki sakit pada saya, barulah nampak hikmah apa yg berlaku dlm hidup kami. Ketika saya sakit suami terpaksa meluangkan masanya utk saya. Oleh kerana dia bekerja sendiri jadi takde masalah utk ia melakukan semua ini. Menghantar saya ke hospital 2kali seminggu dan duduk di hospital menunggu saya sehingga segala urusan selesai. Mengurus anak2 dan keluarga tanpa ada masalah tentang kerja. Sekiranya dia bekerja dgn org mgkn ini akan ada sedikit masalah. Allahurabbi...Kaulah sebaik2 perancang. Tak pernah terfikir pun saya yg saya akan cuti dan jd 'surirumah tangga',pd ketika ini Tak pernah pun terfikir utk menceburi dlm bidang perniagaan. Ish...banyak sgt perkara luar jangka  yg berlaku.

Kadangkala pada awalnya saya merasakan apa yg berlaku bukanlah sesuatu yg menyenangkan, namun setelah lama kelamaan baru tahu dan dpt merasakan hikmah sesuatu yg berlaku. Jujurnya sgt susah saya utk menerima apa yg telah ditakdirkan  apabila diuji kesakitan, namun lama kelamaan saya dpt menerima dgn hati yg redha. Bukan satu perkara yg mudah krn saya hanyalah hambanya yg hina dan mempunyai iman yg sgt nipis. Saya merayu dgn yg Esa agar diberi ketenangan dan kekuatan hati. Sebenarnya hingga ke saat ini juga saya sering merayu agar diberi kekuatan.

Maaflah sekiranya catatan ini sesuatu yg tidak bermanfaat utk dibaca. Pada saat ini hati saya gundah. Entah berapa kali catatan ini berhenti dan bersambung kembali.Teringat rakan seMRSM yg baru meninggal dunia, terkenang bapak yg kurang sihat, memikirkan hal dunia yg tak berkesudahan  dan pelbagai lg. In sha Alllah sekiranya ada keizinanNya , catatan ini akan bersambung kembali. Saya ingin mengundur diri, doakan yg terbaik utk saya.   






.

7 comments:

  1. Salam liza,
    saya ni silent reader blog liza sejak awal lagi. Kakak saya juga diuji Allah dengan BC bermula Oktober 2011 dan sekarang sedang kimo. Saya kagum dengan ketabahan liza menghadapi ujian yang sangat besar ini.. Sesungguhnya ujian ini sebenarnya satu cara untuk Allah menyedarkan hambaNya agar terus dan terus lagi berusaha mendekatkan diri denganNya dan meletakkan pergantungan hanya kepada Allah Yang Maha Besar. Besarnya ujian, tetapi pada masa yang sama, besarnya pertolongan dan kasih sayang Allah pada hamba yang terpilih..Saya ingin memetik sedikit lirik dari lagu Muhasabah Cinta sebagai penyuntik semangat buat liza: "Wahai pemilik nyawaku, betapa lemah diriku ini. Berat ujian dariMu, kupasrahkan semua padaMu..Kini kuharapkan cintaMu. Sakit yg kurasa biar jadi penawar dosaku..Ampuni khilaf dan salah ya Ilahi..

    ReplyDelete
  2. salam zeera, syukur ya Rabbi, pencipta alam ini dan segala kekuasaan adalah milikNya. Jujurnya saya sgt susah utk melaluinya dahulu, syukur kini saya dapat menerima dengan hati yg cukup tenang. Ketika ini saya melalui apa juga yg telah ditentukan. Alhamdulillah, saya dapat melihat segala hikmahnya. Saya dapat melalui kimo dengan hati yg cukup tenang. Allah permudahkan segalanya. saya tidak merasai kesan kimo yg teruk. Kekadg saya rasa seperti masuk air sahaja( subahanallah) saya tak tahu apa yg berlaku. Tapi Allah bantu saya, tapi semua itu ada asbabnya, semenjak saya mengamalkan satu supplement yg mengandungi double stemcell, b17 dan ozon , semuanya berjalan dgn lancar. Syukur tak tahu apa nak dikata. mgkn kita boleh sharing lebih detail, sampaikan salam pada kakak zeera. boleh hubungi 019-4707696. in sha Allah..

    ReplyDelete
  3. Assalamu'alaikum liza,
    Alhamdulillah, segala pujian hanya layak kepadaNya. Allah yang telah memberi ketenangan dan rasa redha , yang telah memudahkan situasi yang sukar.. Hanya kepadaNya kita berserah, dan kepadanya kita mohon pertolongan. Liza, teruskanlah mengambil apa jua supplement yang diyakini dapat membantu. Usaha, berdoa dan bertawakkal.. Sahabat baik kak zeera juga mengambil supplement yang mungkin sama dengan liza. Dia diuji dengan thyroid cancer dan dah 2 kali menjalani rawatan iodine radioactive(tujuan treatment tu macam kimo juga). Semoga dengan izin Allah supplement itu dapat membawa kebaikan pada liza dan sahabat kak zeera itu..
    Ps-Kakak kak zira ambil supplement lain.

    Semoga Liza dilindungi Allah sentiasa. Amin..
    Wassalam.

    ReplyDelete
  4. Salam Liza.
    Saya faham apa yg liza lalui. Pd usia 28thn dan masih bujang, sy diduga oleh Allah dgn dugaan ni. Tp alhamdulillah, itu 12 tahun dulu. sy percaya, dgn ketabahan & semangat yg kuat insyaallah Allah permudahkan pada kite.

    ReplyDelete
  5. Assalamualikum w.w Liza
    Awal pagi ni saya membaca catatn Liza tentang perjalanan hidup seorang pesakit kanser. Sayu hati ini...dalam usia 30an Liza diuji sebegini. Saya dalam usia hampir 50 ini tak pernah lagi diuji sehebat Liza namun Allah memberi saya kesihatan ala kadar...sejak dilahirkan, penyakit demam sejuk, demam panas, tonsil dan yang sebegitu sering bertandang hingga menurut ibu, saya diinjek sebulan sekali masa kecil dulu utk 'sihat'...Kasihan juga kan? Namun hidup ala kadar dengan kesihatan turun naik ini membuat saya sentiasa mencari suplemen terbaik utk diri dan terkini saya pengguna produk Datuk Sarimah untuk stabilkan darah saya. Insyallah...moga kita diberi kekuatan oleh Yang Maha Pengasih.
    Catatan Liza setrusnya? Saya ingin membacanya.

    ReplyDelete
  6. assalammualaikum follower blog liza. sy sahabat zaman sekolah liza. dgn ini sy nak maklumkan bahawa liza telah kembali kerahmatullah pd ptg td. semoga arwah ditempatkan bersama2 org2 beriman dn dicucuri rahmat Ilahi. Al-fatihah.

    ReplyDelete
  7. Terjumpa blog ini.. semoga Allah tempatkan beliau di kalangan orang yang solehah

    ReplyDelete