Bismillahirrahmanirrahim...catatan ini bersambung lagi. Entri kali ini "Minggu Yang Sibuk...". Sibuk ke? (Angkat dua tangan letak dibahu...sambil buat muka toya - afdlin shauki punya trademark) Allahuakbar. Ini gara2 video yg Pn Mas upload di fp nya( http://www.facebook.com/SarimahSignatureSeriesKekalSihatMenawan?fref=ts). Aku menjadi sedikit sibuk berbanding hari-hari sebelum ini.Banyak panggilan tel dan pertanyaan di fb ( http://www.facebook.com/norlizah.ramlan?ref=tn_tnmn) bertanya tentang mcm2 perkara. Ada yg ingin share cerita, ada yg bertanya tentang Sari AgeGard, ada yg menyatakan sokongan dan doa. Allahuakbar... Tak tahu apa yg nak dikatakan. Untuk sesiapa yang di luar sana terima kasih atas doa dan sokongan anda. Hanya doa yang saya mampu berikan. In sha Allah kalian semua dalam doa saya... Semuga kita semua mendapat balasan syurga. ( apa lagi ganjaran yang paling hebat?)
Minggu ini banyak 'pergerakan' yang dibuat. Terbaru ke Kuala Kangsar atas urusan cik Hubby. Kadang2 rasa kagum dengan perjalanan yang telah ditetapkan oleh Ya Rabb..Aturan yang sangat sempurna. Sukar utk saya huraikan disini. Mungkin saya akan ceritakan di entri yang lain. Tak pernah saya terfikir utk berkenalan dengan Pn Mastura dan suami En Wan. Pasangan suami yang sangat sepadan. Semuga Allah merahmati kalian sekeluarga. ( sesiapa yang nak bertanya tentang produk Sarimah Signature Series boleh bertanya pada saya atau En Wan dan Pn Mas - cewah boleh lagi promote...aptb!!!!- apa pun tak boleh )
Kesihatan? alhamdulillah saya terasa makin sihat. Saya boleh menjalankan aktiviti harian yang lama saya tinggalkan bila saya sakit.. mengayuh basikal. Ketika saya sakit basikal ini terkunci dengan lamanya.Dengan rasminya basikal itu telah berfungsi semula sebulan satu minggu yang lepas.. Saya boleh mengayuh tanpa rasa penat dan tercungap-cungap. Alhamdulillah..besarnya kuasaMU Allah. Adakah paru-paru saya telah 'clear' dari sel kanser. Wallauahlam. Ketika ini saya pun tak pasti. Tak mahu terlalu memikirkannya. Biarlah itu urusan Allah. urusan saya ialah terus berusaha, berdoa dan tawakal. ..Minggu depan saya akan meneruskan rawatan di PPUM. Minggu depan bermula cycle yang ke 6. Semuga semuanya berjalan dengan lancar.
Ramai yang bertanya kalau dah makan SariAgeGard ini, rawatan dihospital macamana? Allahuakbar saya bukan doktor. tapi apa yang saya boleh kata pilihan ditangan sendiri tapi secara peribadi sekiranya masih menjalani rawatan di hospital teruskanlah. Supplement yang kita makan utk membantu badan kita melawan penyakit secara alami. Bagi yang beragama Islam yang percaya pada kuasa Allah, mintalah berdoalah rayulah padaNya ( ingatan utk diri sendiri). Sentiasa bersangka baik dengan Allah... Seandainya apa yang kita perolehi tidak sama dengan apa yang diminta, bersabarlah. kerana Allah tahu yang terbaik utk kita. Saya bukanlah orang yang baik tapi saya berusaha utk menjadi yang baik. Semuga Allah menetapkan dan melorongkan hati saya ke arah kebaikan. Ketika ini saya hanya melalui apa yang Allah tentukan . Nampaknya catatan ini berhenti setakat ini. Panjang umur kita berjumpa lagi.. Doakan yang terbaik utk saya..
Friday, January 25, 2013
Saturday, January 19, 2013
MENCARI KESEMBUHAN...
Setelah lama berhenti dari menulis di blog ini, akhirnya catatan ini bersambung semula. Banyak yang ingin dicatatkan tapi semuanya bercampur2. Tunggu dan lihat apa yang akan tersirat sahaja. Pada 3 Dis 2012 yang lalu, satu CT Scan telah dijalani. Resultnya?? Ya..terdapat pengurangan pada sel kanser di bahagian tertentu. Contohnya pada paru-paru kanser masih ada cuma bil dan saiz lesion terdapat pengurangan, begitu juga di hati. Pendek kata kanser masih ada dalam tubuh ini. Alhamdulillah,,seribu kesyukuran tetap ku panjatkan pada yang Esa. Aku masih diberi peluang untuk bernafas di alam fana ini utk melunaskan beberapa perkara sebelum aku pulang menemui Ya Rabb. Apabila terkenang kata2 doktor tempohari adakalanya hati ini tersentak2, tapi aku kuatkan semangat dan hati dan sentiasa istighfar dan mengingatkan diri ini yang terbaik utk diri aku yang telah ditentukan olehNya. Kesembuhan itu milik Allah, usaha itu milik manusia. Selagi nyawa dikandung badan, aku akan mencari kesembuhan itu. Menurut doktor pada tahap ini tiada istilah sembuh dan rawatan yang diberi hanya utk mengurangkan kesakitan. Allahuakbar...Kau yang lebih berkuasa..aku hamba yang lemah lagi hina...Ampunkan dosa ku.
Doktor masih menyambung cuti kerana rawatan yang dijalani memerlukan komitmen sepenuhnya. Hampir setiap minggu aku masih menyelusuri jalan dan highway Rawang-Subang. PPUM sudah menjadi tempat 'singgahan' tetap. En Hubby yang setia menemani dan menghantar aku ke PPUM...terima kasih sayang. Rutin harian yang dijalani sekarang ini sangat menenangkan dan mendamaikan. Hanya keluarga dan anak2.
Untuk tahun 2013 ini tiada perancangan khusus, aku hanya melalui setiap detik dan masa mengikut 'flow' yang ada. Aku ingin melalui kehidupan yang ringkas tapi signifikan!!! Pernah dengar kata2 ini? OO oo.. ini tajuk blog Prof Mohd Kamil yang saya ikuti..sesapa yang suka membaca blog boleh cr blog ini. sangat menarik ( pada pandangan saya).
Teringat perbincangan dengan onkologist minggu lepas, Dr Lim ada mencadangkan saya meneruskan rawatan sehingga cycle ke 8, ini bermaksud rawatan akan berterusan sehingga bulan April. Beliau juga ada mencadangkan aku meneruskan rawatan sehingga badan aku tak boleh menerima regime itu lagi. hemmmm.. yang itu belum aku fikirkan lagi. OOOoo doktor juga ada menambah regime dalam rawatan yang aku jalani iaitu Zometa, berfungsi utk mengelakkan tulang daripada rapuh. Abg nizam ada mencadangkan supaya aku membuat rawatan sel stem untuk menggantikan sel-sel yang rosak. Daripada sedikit pembacaan, rawatan ini ketika ini dijalankan di luar negara. Tak pasti di Malaysia ada atau tidak rawatan ini.Jika sesiapa yang mengetahui tentang rawatan ini bolehlah beri sedikit maklumat dan info. Baru-baru ini mendapat tahu ada satu produk makanan tambahan keluaran Primadona Worldwide yang dinamakan SARI AGE GARD . Bahan aktifnya ialah PhytoCellTec Malus Domestica, ekstrak sel induk Greengage dan ekstrak biji aprikot dan bahan-bahan lain. Bunyinya agak menarik. Tak salah mencubakan. Manalah tahu dengan izinNYa..Produk yang agak baru dipasaran. Aku masih meneruskan dengan supplement yang lain.Tetapkan dalam hati bahawa ini adalah usaha, yang menyembuhkan adalah ALLAH. Sekadar mengingatkan diri sendiri bahawa bukan ubat atau doktor atau kaedah yang menyembuhkan tapi ALLAH.
Catatan ini berhenti setakat ini dahulu, in sha Allah panjang umur kita bertemu lagi di catatan yang lain. Doakan yang terbaik untuk saya..

Wednesday, December 5, 2012
Time's up!!!
Apa yg time's up?? ok timbang berat yg terbaru sudah capai berat yang dinginkan 46 kg. So masa utk berhenti dari makan sesuka hati. harap2 badan ni mendengar cakap tuannya!!!. tapi masalahnya nampak segala benda sedap..minggu lepas sempat pg jejalan bawak2 3A. sempat singgah di pulau pinang. ( luv this place!!! singgah je..) sebab dkt sana byk tmpt makan best2. diet? minta maaf ya. buat2 lupa sekejap. tak tahu knape suka ke sana, anak2 pun heran. cik hubby layan je. lps ni sepatutnya ada perancnagan nak pg jejalan lg, tp postponed atas sbb tertentu esp healthy issue. Sapa ? tuan punya blog nilah..Sorry ye tanti (my sis) lain kali ye jln2 dgn ko!! In sya Allah. umur panjang kita jejalan sesama. tak pun pg jelah dgn mak n bapak n zamri tu. entry kali ni pendek je sbb mata ni layu tggu je utk lelap sbb siang td pg chemo..saya berhenti disini, doakan yg terbaik utk saya..
Saturday, November 17, 2012
CUTI 2 MINGGU...
bismillahirrahmannirrahim.....Cuti sekolah telah bermula. Saya???Saya bercuti sejak Julai yg lalu dan kemungkinan saya akan mula bekerja Jan 2013 sekiranya tiada apa-apa masalah. Baru sahaja selesai menjalani proses kemoterapi cycle 3. Alhamdulillah setakat hari ini semua berjalan dengan baik. Satu perkara yang agak menggembirakan saya telah diberi cuti rehat selama 2 minggu. Rawatan akan disambung semula pada selepas 3 Dis. Saya akan menjalani ct scan untuk melihat perkembangan dan keadaan BC saya. Semuga semua berjalan dgn lancar. Mengharapkan yang terbaik dan pastilah yang berlaku itu yg terbaik. Walaupun mengikut perancangan asal rawatan cycle 4 diteruskan selepas rehat 1 minggu. Namun atas perbincangan dgn oncologist pada minggu lepas, rawatan akan disambung sejurus keputusan ct scan diperolehi. Masih tercari-cari destinasi utk pergi bercuti. Mengambil peluang utk membawa budak2 (3A-akif,aqil,akid) pergi bercuti. Dengan mengambil kira keadaan cuaca yang sentiasa hujan, maka tidak pasti lg ke mana harus dituju. Yang pasti destinasinya di dalam Malaysia.
Cuti sekolah kali ini, aktiviti 3A agak longgar walaupun ada pada awalnya ada perancangan utk menghantar akif dan aqil ke kelas tahfiz utk kelas Al-quran, namun atas sebab2 tertentu ia terpaksa dibatalkan. Tiada aktiviti khusus untuk mereka, sekadar menetapkan sasaran utk akif khatam mengaji Al-quran. Manakala utk aqil memastikan bacaan mengaji bertambah lancar. dan siapa tuk gurunya??? Pastilah mamanya yg garang...Dinding!!!!!!Aktiviti rutin berjalan seperti biasa, cuma yang pasti terasa sedikit 'meriah' dengan 3A yang sedang bercuti..Suara mama yang sentiasa bergema memenuhi ruang rumah...bak kata cik suami mama alami sindrom menopause..huahuahua.. mmg pun itu sindrom yang akan dialami spt yg diberitahu oleh dr. Ketika entri ini ditulis saya baru sahaja selesai meredah kebun (kebun ke??? tak tahu nak panggil apa) bersama 3A . Insyaallah jika diizinkan akan ada sambungan bagi catatan ini. Doakan yang terbaik utk saya.

Wednesday, November 7, 2012
Kemoterapi-Mimpi Ngeri?
Bismillahhirrahmannirrahim...Selepas Aidilfitri yang lalu saya telah memulakan rawatan kemoterapi. Mengikut keputusan biopsi yang lalu kanser saya adalah jenis HER2. Dalam keadaan kesihatan yang tidak begitu mengizinkan pada ketika itu, doktor mencadangkan saya menjalani proses kemoterapi dengan dos yg 'mild' iaitu proses yg dilakukan secara mingguan setiap minggu dan untuk satu cycle ia mengambil masa 3 minggu. Sebelum proses kemoterapi saya perlu menjalani pemeriksaan darah. Bermakna setiap selasa dan rabu saya perlu ke hospital. Pada permulaan saya ke hospital, suami perlu menolak saya di kerusi roda. Saya mempunyai masalah pernafasan yang agak teruk. Dengan berat badan yang semakin menurun tidaklah menjadi kesukaran untuk suami menolak saya ke hulu dan ke hilir. Pada peringkat awal saya perlu menjalani pelbagai pemeriksaan seperti scan tulang, pemeriksaan jantung, pemeriksaan darah dan pelbagai lagi. Yang mana memerlukan saya untuk bergerak dari satu tempat ke satu tempat. Terasa seperti insan 'istimewa' apabila saya perlu diusung dengan kerusi roda yang mana sentiasa mendapat keutamaan dan keistimewaan di tempat awam. Dapat menaiki lif pesakit, mendapat nombor giliran istimewa yang lebih cepat daripada orang biasa dan pelbagai lagi. Ketika entri ini ditulis saya dalam proses kemoterapi cycle 3 minggu 2. Regimen yang digunakan untuk proses kemoterapi saya ialah paxlitaxel. Terdapat pelbagai regimen yang digunakan dalam proses kemoterapi ini bergantung kepada jenis kanser seseorang.
Kebiasaannya sebelum kemoterapi dijalankan pemeriksaan darah perlu dijalani untuk memastikan sel darah merah dan darah putih dalam keadaan normal dan baik. Begitu juga dengan keadaan hati dan buah pinggang , jadi setiap kali ujian darah pihak nurse akan mengambil dua tiub darah. Satu perkara yang kurang digemari untuk proses ini ialah apabila di'cucuk' dengan jarum . Saya pasti kebanyakan orang juga tidak menggemari bahagian ini. Bagaimanapun saya tetap bersyukur kerana setakat ini pihak nurse tidak menghadapi masalah untuk mencari salur darah yang 'baik'. Apa yg saya perhatikan kadangkala ada pesakit yg perlu dicucuk beberapa kali kerana masalah utk mencari salur darah yg sesuai utk membolehkan darah diambil. Masalah yg berlaku biasanya salur darah sudah 'rosak' aatau 'mengeras' atau 'terbakar'. Selepas proses pengambilan darah, pesakit perlu berjumpa dengan doktor untuk pemeriksaan atau perbincangan lanjut. Satu yg saya perhatikan di PPUM sistem maklumatnya secara online maka prosesnya lebih mudah dan pantas. Saya tak pasti dihospital lain. Walau di bahagian mana pun urusannya, pihak berkaitan tiada masalah untuk mengakses maklumat berkaitan. Setakat perjumpaan saya dengan oncologist di PPUM , semuanya 'baik2' belaka dan prihatin dan sabar!!!. Mungkin sebab kebanyakan pesakit di oncologi itu sangat 'fragile' ( mcm sayalah..). Hari berikutnya biasanya adalah hari kemoterapi sekiranya ujian darah tiada masalah. Alhamdulillah dalam keadaan saya sakit bermula minggu 1. tidak pernah lagi proses kemoterapi saya tertangguh kerana masalah kesihatan. Kadangkala ada pesakit terpaksa menangguhkan proses kemoterapi kerana keadaannya tidak mengizinkan. Kemoterapi hanya akan dijalankan sekiranya keadaan pesakit baik dan 'sihat'. Sebelum proses kemoterapi biasanya pesakit termasuk saya akan diberikan beberapa preskripsi ubat seperti ubat alahan, tahan muntah dan gastrik( kalau tak silap saya...) Satu proses yg kurang digemari juga semasa ubat di'infuse' ke tube ialah saya akan rasa sedikit ketakselesaan seperti mata berpinar2, tangan rasa gatal2, dan ketakselesaan dibahagian ari-ari. Tetapi ketika paxlitaxel di'infuse' tiada apa kesan sampingan dirasakan. Regimen ini memerlukan tube khas berbanding regimen lain menyebabkan proses ini mengambil masa lebih kurang 3 jam malah kadangkala lebih. Kali pertama ia mengambil masa 5 jam setengah kerana 'flow' yang dialirkan agak perlahan memandangkan ia kali pertama. Apa kesan sampingan yg saya rasa? Untuk minggu pertama, selepas saya pulang ke rumah, selepas waktu Isyak saya merasa ketakselesaan yang melampau di bahagian belakang disebelah kiri sehingga saya perlu ke bahagian kecemasan pada pukul 2 pagi kerana rasa itu tidak hilang walau saya telah makan beberapa biji ubat tahan sakit. Setelah diberi suntikan ubat tahan sakit, akhirnya rasa 'itu' hilang dan saya pun dibenarkan pulang ke rumah. Keesokan harinya saya merasakan sakit dibahagian abdomen dan merasa sesak nafas. Saya tak pasti sakit itu disebabkan kesan sampingan kemoterapi atau sakit disebabkan kanser itu sendiri.. Setelah 3 hari keadaan itu hilang. Bagaimanapun alhamdulillah kerana saya tidak menghadapi masalah lain seperti muntah atau gastrik atau hilang selera makan. Pada minggu kedua saya berjumpa dengan doktor dan menceritakan masalah yang dihadapi, dan doktor mengatakan kesan sampingan itu mungkin disebabkan steroid atau ubat yang diberi sebelum atau selepas kemoterapi. Pelik juga kesan sampingan itu disebabkan ubat atau steroid yang perlu diambil utk mengelakkan kesan sampingan regimen kemoterapi itu sendiri. Maka pada minggu ke 2 saya tidak lagi mengambil steroid yang dibekalkan untuk selepas kemoterapi. Walau di hati rasa bimbang juga tapi saya perlu mencuba untuk melihat respon tubuh untuk kemoterapi ini. Alhamdulilah pada keesokan hari selepas proses kemoterapi minggu 2 saya merasakan seperti keajaiban yang diberi oleh Allah. Rasa sakit sebelum ini telah ditarik oleh Allah. Saya tidak lagi rasa sesak nafas, saya rasa lebih sihat seolah2 diberi tubuh baru
( Subhanaallah..).Saya boleh bangun dari tidur dan berjalan ke bilik air tanpa rasa penat dan saya boleh bersolat secara berdiri( sebelum itu saya terpaksa bersolat duduk). Saya tak pasti bagaimana keadaan itu berlaku. Semuanya kuasa Allah. Penyebabnya mungkin air zamzam yang saya minum sepenuhnya menggantikan air kosong biasa atau supplement2 ( akan diceritakan di entri lain) atau kemoterapi . Tak siapa tahu. Mungkin kombinasi kesemuanya termasuk doa2 orang disekeliling saya yg tak putus2. Bak kata kawan baik saya , kadangkala bidang kerja guru ini ada kelebihannya kerana kita dikenali oleh ramai anak2 , jadi kita ini sentiasa murah rezeki dengan doa dan dalam banyak2 murid itu pastinya ada doanya yang diangkat oleh Allah. Malah bukan anak murid itu sahaja malah ibubapanya juga. Yang pasti semenjak saya sakit, ketika rutin bacaan Yasin setiap minggu disekolah pastinya ada terselit doa untuk saya. Ada perkhabaran yg saya terima ada diantara rakan2 dan murid2 membuat solat hajat untuk kesihatan saya pada bulan Ramadan yang lalu. Masyaallah..tidaklah dapat saya membalas pertolongan orang2 ini. Hanya doa yg dpt saya berikan.
Seterusnya untuk minggu2 berikutnya proses kemoterapi seperti satu proses rutin yang 'menyeronokkan' kerana saya tidak mengalami kesan sampingan yang teruk2. Tapi satu kesan yg saya alami ialah rambut gugur. Mula2 perasaan itu sedih juga tapi apabila masuk minggu ke3 dah tiada apa2 perasaan. Apatah lagi suami juga membotakkan kepalanya. Jadi adalah kawan untuk 'berbotak'. Apa yang boleh saya katakan untuk saya proses kemoterapi ini tidaklah menjadi mimpi ngeri utk saya walaupun sebelum ini saya mendengar pelbagai cerita tentang kemoterapi ini. Yang pastinya selera makan saya bertambah dari hari ke hari. Sepanjang proses kemoterapi di PPUM suami akan membelikan apa sahaja makanan yang saya kehendaki dan saya akan makan hampir sepanjang masa. Doktor berkata saya perlu makan dengan baik untuk menambah berat badan yang hilang. Berat badan saya menurun dari 54 kg ke 38 kg sepanjang saya sakit.
Apa yang boleh saya katakan saya tidaklah mengalami kesan sampingan yang teruk semasa proses kemoterapi . Berdasarkan respon tubuh saya setakat ini, doktor mencadangkan saya perlu menjalani 6 cycle atau 18 kali. Ini bermaksud saya perlu di'cucuk' sebanyak 36 kali tidak termasuk proses 'cucukan' yang gagal. Namun setakat catatan ini dicatat saya sudah boleh menjalani rutin harian seperti biasa. Batuk yang tidak pernah saya bayangkan akan berhenti telah tiada. Nafas yang pendek dan tersekat-sekat juga sudah kembali seperti normal. Syukur Alhamdulillah... saya tak pasti keadaan kanser saya setakat ini. Bagi saya ketika ini dapat bangun berjalan dan menjalankan rutin harian seperti biasa sudah menjadi seribu rahmat. Bagaimanapun saya akan terus berjuang utk melawan 'musuh' ini sehingga ke akhirnya. Mungkin sebelum ini saya hampir tewas, namun sekarang saya cuba utk bangkit semula. Segalanya saya serahkan kepada Yang Maha Berkuasa. Saya pasti setiap yang berlaku adalah dengan izinNya. Tapi sebagai manusia usaha itu adalah diwajibkan dan bak kata cik suami saya, kita buat kerja kita jangan ganggu kerja Allah, maksudnya kita hendaklah buat apa sebagai yang patut dibuat berusaha, berdoa dan bertawakal. Selebihnya kita serahkan kepada Allah kerana Allah yang lebih mengetahui. Catatan ini akan berhenti disini. Doakan yang terbaik untuk saya. Insyaallah jika dizinkan kita akan bertemu di catatan yang lain
Monday, October 29, 2012
Cinta dan Kasih Sayang
Bismillahhirahmannirrahim...Catatan ini disambung lagi. Pada ketika orang lain sibuk dgn urusan dunia masing2, saya duduk dirumah sambil menunggu akif pulang ke rumah dari sekolah. Sesungguhnya apabila kita berada dalam kesusahan dan kesakitan kita dapat menilai hati budi dan kasih sayang seseorang terhadap diri kita.
Ketika saya jatuh sakit saya dapat merasakan rasa cinta dan kasih sayang suami, anak2, mak dan bapak, mak mertua, adik-beradik, ipar duai, kawan-kawan, anak-anak murid dan jiran tetangga. Jika sebelum ini, mungkin rasa cinta dan kasih sayang itu ada namun kurang dapat dirasakan di dalam hati.
Suami yang tercinta, sayangku padamu kerana Allah..Orang yang tak pernah jemu dan sabar dgn kerenah saya. Sentiasa penuh dgn kata-kata nasihat dan semangat walau kadangkala ia seperti mencurah air di daun keladi ( keladi tu sayalah...)Menguruskan rumah dan anak2 ketika saya sakit. Tidak pernah berputus asa dengan rahmat Allah dan yakin ada keajaiban utk saya daripada Allah. Subhanaaalah.. Kau pertemukan aku dengan insan ini, aku yakin setiap yang berlaku ada hikmahnya.
3A - Akif, aqil dan akid; 3 budak lelaki yang menjadi kekuatan saya utk terus berjuang. Ketiga-tiga mereka ini cukup memahami keadaan saya ketika sakit. Sentiasa mendoakan mama mereka dgn cara mereka tersendiri dan bahasa mereka sendiri yang saya sentiasa perhatikan akan mengangkat tangan utk berdoa selepas solat dan tidak pernah menyatakan isi doa mereka. Semuga kamu semua akan menjadi insan yang bertaqwa dan beramal soleh.
Emak dan bapak yang cukup sedih apabila saya jatuh sakit. Emak yang banyak membantu dan menemankan diri saya ketika saya sakit, yang mengurut badan saya apabila saya mengaduh sakit. Tidak terbalas saya budi dan kasih sayang mak. Segala-galanya tidak terucap oleh kata-kata kerana tidak ada kata2 yang mampu menceritakan cinta dan kasih sayang mak. Hanya hadiah alfatihah dan doa yang mampu saya berikan kepada mu. Ya Allah masukan ku kedalam syurga bersama mak dan bapak ku tanpa hisab. itulah antara doa yang sering diucapkan. Bapak seorang yang tegas ketika muda dan anak2 semua takut dan banyak mengadu hal dengan mak ketika kecil. Namun ketika saya sakit , saya dapat merasakan sebenar-benar kasihnya. Setiap hari akan ada panggilan telefon darinya utk memastikan keadaan saya. Betapa dia menitiskan air mata kerana saya ketika meminta pertolongan dan doa seorang imam kampung saya yang akan pergi menunaikan haji supaya saya diberi kesembuhan dan kesihatan. Betapa dia mengizinkan mak utk tinggal bersama saya ketika saya sakit sedangkan keadaan dirinya juga kurang sihat yang memerlukan jagaan. Allah..Allah. Kau ampunkan dosa-dosa kedua-dua ibu bapaku. Aku merayu....
Mak mertua yang sangat yakin dan tak putus-putus berdoa dan sentiasa mendoakan kesembuhan dan kesihatan. Begitu juga dgn adik-beradik, ipar duai, kawan-kawan dan anak2 murid yang sentiasa berdoa utk kesembuhan saya. Ada yang menitiskan air mata meminta pertolongan daripada Allah. Keadaan itu saya ketahui dan saya merasakan cukup terharu kerana saya membayangkan ada antara orang-orang ini hanya 'kenalan2' biasa tetapi mereka tidak lokek berdoa utk saya. Tidak terbalas saya segala pertolongan yang diberikan hanya doa...doa..yang saya mampu berikan...Semuga Allah menempatkan kalian di Jannah.
Nampaknya catatan ini akan berhenti di sini seketika. Panjang umur kita berjumpa lagi. Insyaallah..Doakan yang terbaik utk saya..

Sunday, October 28, 2012
Perginya Rakan2 Seperjuangan..
Bismillahirrahmannirrahim..Saya mulakan catatan ini dgn rasa keinsafan di dalam hati. Kebelakangan ini mendapat tahu beberapa kenalan yang merupakan rakan2 seperjuangan yang telah pulang kembali ke tempat menemui Yang Maha Agung. Kita semua juga akan pergi menemuiNya. Bersediakah aku? Allahuakbar...Sesungguhnya Kekuasaan adalah milik Mu. Ya Rabb..
Selama ini mengikuti penulisan seorang pejuang yang menghidap kanser buah pinggang. Doktor meramalkan yang beliau mampu hidup utk 6 bulan sahaja, namun Allah lebih berkuasa. Beliau hidup untuk 2 tahun lagi selepas dari ramalan doktor. Selama ini mengikut tulisan beliau dan beliau pergi pada pertengahan september yang lalu, namun kematiannya hanya saya ketahui setelah beberapa minggu beliau meninggal.
Pada hari raya aidilfitri ketika saya sedang sakit saya dikunjungi saudara sepupu. Beliau memberitahu ibu mertuanya juga menghidap kanser payudara tahap 4. Menerima rawatan di hospital dan sudah menjalani beberapa pembedahan . Pada masa yang sama juga menjalani rawatan secara alternatif dan dikhabarkan ibu mertuanya sudah sihat dan boleh menjalankan rutin harian seperti biasa. Terdetik ketika itu sedikit perasaan irihati mendengar perkhabaran itu kerana membandingkan diri yang masih sakit. Astaghfirullah... memujuk hati dan terus memujuk hati..Namun beberapa minggu yang lepas mak membawa perkhabaran yang ibu mertua saudara tersebut telah meninggal dunia. Terkedu seketika ... Innnalillah..Dari Mu kami datang kepada Mu jua kami kembali...
Ketika ini masih meneruskan perjuangan sambil 'menikmati' cuti. Beberapa hari yang lepas, seorang sahabat baik ketika sama-sama belajar bertelefon bertanya khabar. Dalam bergembira bertukar cerita, beliau mengkhabarkan seorang kenalan kami ketika sama-sama belajar meninggal dunia sebelum aidilfitri yang lalu kerana kanser usus. Innalillah...Seorang perempuan yang baik hati dan cantik ,mempunyai seorang anak lelaki . Saya telah ketahui arwah menghidap penyakit beberapa tahun yang lalu. Arwah juga menulis blog menceritakan perjalanan hidupnya. Arwah juga sudah menerima pelbagai rawatan dan kelihatannya telah pulih namun penyakitnya itu datang kembali dan telah menyerang nodus limfa dan kelenjar. Allahuakbar.. Kau lebih berkuasa. Perkhabaran itu sangat mengusik hati ini. Masih terbayang-bayang wajah arwah..Erra semuga kau ditempatkan di kalangan orang yang beriman dan bertakwa. Aku juga akan kembali dan menyusul. Semua manusia akan kembali.!!!!
Apabila difikirkan yang kita semua kembali akan ke sana dengan hanya sehelai kain kafan , hati ini merasa cukup insaf. Kita akan meninggalkan segala-galanya di dunia dan pergi bersama-sama amalan kita semasa hidup. Masyaallah.. takutnya. Allah ampunkan dosa hambamu yang hina ini. Terimalah amalan ku yang sedikit ini . Catatan ini berhenti di sini dahulu. Andai diizinkanNya akan ada sambungannya lagi ..Doakan yang terbaik untuk ssaya

Subscribe to:
Posts (Atom)