Tuesday, February 5, 2013

CUTI KU DIPANJANGKAN LAGI

Bismillahirahmanirrahim...catatan ini disambung lagi. Semalam adalah perjumpaan dengan onkologi untuk temujanji kemoterapi kali ke 17. Mengikut perancangan asal kemoterapi yang harus dijalani 18 kali, namun memandangkan respond yang badan yang 'ok' doctor mencadangkan supaya kemoterapi ditambah kepada 24 kali. Dalam perjumpaan semalam juga doctor mencadangkan pertemuan dengan pakar bedah selepas tamat cycle ke 6. Rasional doctor utk menambah bil kemo kerana semakin byk kemo dijalankan semakin byk sel kanser yg dpt di'bunuh'.(in sha Allah).Doktor mengatakan walaupun sel kanser telah merebak ke tpt lain, namun pembedahan perlu juga dijalankan supaya tisu yg telah 'rosak' dpt dibuang supaya dapat mengawal perkembangan sel kanser berkenaan. Keputusannya masih belum ku ketahui, nanti bila tiba masänya akan ku tanya pada yg Esa. Selesai kemoteräpi yg ke 8, doktor ada mencadangkan supaya aku menjalani radioterapi. Berapa kali juga belum ku ketahui. Letih mendengarnya. Namun ku tahu Allah takkan memberi sesuatu diluar kemampuan hambanya. Mampukah aku...kita tunggu dan lihat..

Dr Lim menambah bilangan cuti lagi 3 bulan..seronok? Mari kita tukar tempat...sakit + cuti, sihat+kerja... mana satu pilihan anda? Health is wealth...saya tahu ramai yg akan memilih utk sihat+kerja...nama je cuti tp sibuk juga. ( sayalah tu) sibuk tak bertempat.Semalam berbual dengn seorang pesakit kanser payudara tahap 4. Beliau merupakan surirumah tangga berumur 51 tahun. Mempunyai anak 3. Ini adalah kali ke 2 . beliau menjalani kemoterapi.. beliau bertahan dengan kemoterapi, berulang alik dengan menaiki teksi. Sentiasa tersenyum. Beliau kini sudah menjalani 13kali. Beliau kini menghadäpi simptom tangan dan kaki kebas. Ini yang kuketahui merupakan salah satu simpton untuk pesakit yang menggunakan regime yg sama paxlitaxel. Alhamdulillah walaupun susah kali ke 17, aku belum merasai simpton itu. Aku harap tidak akan melalui pengalaman itu.

Kebelakangan ini ramai menegur mengatakan aku kelihatan lebih segar dan sihat. Ya ke? Alhamdulillah..semoga kata2 teguran itu merupakan satu doa. Kebelakangan ini apabila di onkologi ramai yang kerap menegur dan bertanya menemankan siapa yg sakit di onkologi. Selalunya saya akan senyum dan mengatakan säyälah yg sakit. Selalunya mereka akan bertanya...saya ada makan ubat sampingan tak disamping buat kemo. Ya....saya mengamalkan habbatussauda, air zamzam, vit C vit D+kalsium, dan kini SARI AGEGARD keluaran syarikat Dato'. Dr Sarimah..Setakat ini Alhamdulillah...saya rasa lebih segar dan sihat. Mcmana keadaan  kanser saya pun tak tahu. Nantilah bila ct scan selesai  saya akan update..( kalau saya ada keberanian. Ramai bertanya mcmana SariAgegard bertindak? Baik dlm SARIAGEGARD terdapat double stemcell yang berfungsi utk membaiki dan menggantikan sel2 yg rosak dan bermasalah. Kedua, ia mengandungi B17 yg dikatakan boleh membunuh sel2 yg rosak dan bemasalah seperti sel kanser. Ketiga ia diperkuat oleh ozon yang membantu penyerapan nutrient oleh sel badan secara maksimum. Diberitatahu  salah satu masalah ialah penyerapan nutrient oleh sel badan. Kadang2sel badan hanya mampu menyerap sekitar 40%-60%sahaja nutrient yg masuk kedalam sistem badan.. Jadi diharap dngan adanya ozon, sel badn dapat menyerap lebih byk nutrient.Saya tidak menolak tentang supplement lain yg ada dlm pasaran. Bagi saya semua ubat bagus, segalanya akan jd penawar kalau ada IzinNya. In sha Allah..

Nampaknya catatan ini berhenti  disini. Doakan yg terbaik uk säya...hanya  Allah yg mampu membalasnya.

Friday, February 1, 2013

Hidup mesti diteruskan..

Bismillahirrahmanirahim..Catatan ini bersambung lagi. Baru-baru ini berjumpa dengan seseorang yang saya hormati dan kagumi. Dato' Dr Sarimah Ahmad. Rasanya ramai mengenali beliau seorang pelakon yang terkenal pada zaman P Ramlee. Sempat meluangkan masa utk berbual dengan beliau. Mgkn ada diantara kalangan kita yang tidak mengetahui bahawa beliau pernah menghidap kanser hidung dan merebak ke otak. Ketika disahkan oleh doktor tentang penyakitnya, beliau dikatakan hanya mempunyai jangka hayat 3 bulan. Allahuakbar.. Apa perasaan anda jika ada seorang doktor mengatakan yang anda hanya boleh hidup utk 3 bulan lagi? Sedih, kecewa, marah atau apa? Ketika keputusan ct scan yang pertama diperolehi, doktor tidak mengatakan  tempoh waktu untuk saya, tapi doktor ada mengatakan tiada kaedah perubatan yang boleh merawat saya memandangkan keadaan saya pada ketika itu. Sedih???? bohonglah saya jika saya mengatakan yang saya tidak kecewa dan sedih. Sudah terbayang bagaimana keadaan saya mati, anak2 yang ditinggalkan, jenazah yang diusung, soal-jawab dikubur dsbnya. Namun kini alhamdulillah..perasaan sudah agak stabil. Saya merayu-rayu dan meminta pada yg Maha Esa supaya menjadikan hati saya sentiasa tenang dan kuat untuk menerima dan menghadapi ujian ini. Semoga saya menjadi orang yang sentiasa redha dan sabar.

Kebelakangan ini banyak bertemu dengan mereka yang diberi ujian yang sama. Macam2 cerita dan pengalaman yang dikongsi bersama. Allahuakbar...semuga kita tergolong dalam kalangan org yg beriman. Walau sedih dan susah mcmana sekalipun hidup ini harus diteruskan. Saya pun tak tahu sehingga bila saya akan bertahan, maka akan saya gunakan peluang yang ada ini utk mencari bekalan sebanyak mungkin. Ada yang bertanya tidak sedihkah bila mengenangkan anak-anak yang masih kecil? siapa yang tidak sedih tapi siapa saya utk menidakkan ketentuan Allah.. biarlah Allah lebih tahu apa yang terbaik..anak-anak adalah amanah Allah, mereka bukanlah hak kita, kita hanya lah memegang amanahNya. Semuga anak-anak ini, Akif, Aqil dan Akid menjadi orang yang beriman dan bertakwa. Anak-anakku, kau menjadi kekuatan mama utk terus bertahan..

Catatan ini akan berhenti lagi..in sha Allah panjang umur bertemu lagi dicatatan yang lain . doakan yang terbaik utk saya..

Friday, January 25, 2013

Minggu Yang Sibuk...

Bismillahirrahmanirrahim...catatan ini bersambung lagi. Entri kali ini "Minggu Yang Sibuk...". Sibuk ke? (Angkat dua tangan letak dibahu...sambil buat muka toya - afdlin shauki punya trademark) Allahuakbar. Ini gara2 video yg Pn Mas upload di fp nya(  http://www.facebook.com/SarimahSignatureSeriesKekalSihatMenawan?fref=ts). Aku menjadi sedikit sibuk berbanding hari-hari sebelum ini.Banyak panggilan tel dan pertanyaan di fb ( http://www.facebook.com/norlizah.ramlan?ref=tn_tnmn) bertanya tentang mcm2 perkara. Ada yg ingin share cerita, ada yg bertanya tentang Sari AgeGard, ada yg menyatakan sokongan dan doa. Allahuakbar... Tak tahu apa yg nak dikatakan. Untuk sesiapa yang di luar sana terima kasih atas doa dan sokongan anda. Hanya doa yang saya mampu berikan. In sha Allah kalian semua dalam doa saya... Semuga kita semua mendapat balasan syurga. ( apa lagi ganjaran yang paling hebat?)
Minggu ini banyak 'pergerakan' yang dibuat. Terbaru ke Kuala Kangsar atas urusan cik Hubby. Kadang2 rasa kagum dengan perjalanan yang telah ditetapkan oleh Ya Rabb..Aturan yang sangat sempurna. Sukar utk saya huraikan disini. Mungkin saya akan ceritakan di entri yang lain. Tak pernah saya terfikir utk berkenalan dengan Pn Mastura dan suami En Wan. Pasangan suami yang sangat sepadan. Semuga Allah merahmati kalian sekeluarga. ( sesiapa yang nak bertanya tentang produk Sarimah Signature Series  boleh bertanya pada saya atau En Wan dan Pn Mas - cewah boleh lagi promote...aptb!!!!- apa pun tak boleh )

Kesihatan? alhamdulillah saya terasa makin sihat. Saya boleh menjalankan aktiviti harian yang lama saya tinggalkan bila saya sakit.. mengayuh basikal. Ketika saya sakit basikal ini terkunci  dengan lamanya.Dengan rasminya basikal itu telah berfungsi semula sebulan satu minggu yang lepas.. Saya boleh mengayuh tanpa rasa penat dan tercungap-cungap. Alhamdulillah..besarnya kuasaMU Allah. Adakah paru-paru saya telah 'clear'  dari sel kanser. Wallauahlam. Ketika ini saya pun tak pasti. Tak mahu terlalu memikirkannya. Biarlah itu urusan Allah. urusan saya ialah terus berusaha, berdoa dan tawakal. ..Minggu depan saya akan meneruskan rawatan di PPUM. Minggu depan bermula cycle yang ke 6. Semuga semuanya berjalan dengan lancar.

Ramai yang bertanya kalau dah makan SariAgeGard ini, rawatan dihospital macamana? Allahuakbar saya bukan doktor. tapi apa yang saya boleh kata pilihan ditangan sendiri tapi secara peribadi sekiranya masih menjalani rawatan di hospital teruskanlah. Supplement yang kita makan utk membantu badan kita melawan penyakit secara alami. Bagi yang beragama Islam yang percaya pada kuasa Allah, mintalah berdoalah rayulah padaNya ( ingatan utk diri sendiri). Sentiasa bersangka baik dengan Allah... Seandainya apa yang kita perolehi tidak sama dengan apa yang diminta, bersabarlah. kerana Allah tahu yang terbaik utk kita. Saya bukanlah orang yang baik tapi saya berusaha utk menjadi yang baik. Semuga Allah menetapkan dan melorongkan hati saya  ke arah kebaikan. Ketika ini saya hanya melalui apa yang Allah tentukan . Nampaknya catatan ini berhenti setakat ini. Panjang umur kita berjumpa lagi.. Doakan yang terbaik utk saya..

Saturday, January 19, 2013

MENCARI KESEMBUHAN...

Setelah lama berhenti dari menulis di blog ini, akhirnya catatan ini bersambung semula. Banyak yang ingin dicatatkan  tapi semuanya bercampur2. Tunggu dan lihat apa yang akan tersirat sahaja. Pada 3 Dis 2012 yang lalu, satu CT Scan telah dijalani. Resultnya?? Ya..terdapat pengurangan pada sel kanser di bahagian tertentu. Contohnya pada paru-paru kanser masih ada cuma bil dan saiz lesion terdapat pengurangan, begitu juga di hati. Pendek kata kanser masih ada dalam tubuh ini. Alhamdulillah,,seribu kesyukuran tetap ku panjatkan pada yang Esa. Aku masih diberi peluang untuk bernafas di alam fana ini utk melunaskan beberapa perkara sebelum aku pulang menemui Ya Rabb. Apabila terkenang kata2 doktor tempohari adakalanya hati ini tersentak2, tapi aku kuatkan semangat dan hati dan sentiasa istighfar dan mengingatkan diri ini yang terbaik utk diri aku yang telah ditentukan olehNya. Kesembuhan itu milik Allah, usaha itu milik manusia. Selagi nyawa dikandung badan, aku akan mencari kesembuhan itu. Menurut doktor pada tahap ini tiada istilah sembuh dan rawatan yang diberi hanya utk mengurangkan kesakitan. Allahuakbar...Kau yang lebih berkuasa..aku hamba yang lemah lagi hina...Ampunkan dosa ku.

Doktor masih menyambung cuti kerana rawatan yang dijalani memerlukan komitmen sepenuhnya. Hampir setiap minggu aku masih menyelusuri jalan dan highway Rawang-Subang. PPUM sudah menjadi tempat 'singgahan' tetap. En Hubby yang setia menemani dan menghantar aku ke PPUM...terima kasih sayang. Rutin harian yang dijalani sekarang ini sangat menenangkan dan mendamaikan. Hanya keluarga dan anak2.

Untuk tahun 2013 ini tiada perancangan khusus, aku hanya melalui setiap detik dan masa mengikut 'flow' yang ada. Aku ingin melalui kehidupan yang ringkas tapi signifikan!!! Pernah dengar kata2 ini? OO oo.. ini tajuk blog Prof Mohd Kamil yang saya ikuti..sesapa yang suka membaca blog boleh cr blog ini. sangat menarik ( pada pandangan saya).

Teringat perbincangan dengan onkologist minggu lepas, Dr Lim ada mencadangkan saya meneruskan rawatan sehingga cycle ke 8, ini bermaksud rawatan akan berterusan sehingga bulan April. Beliau juga ada mencadangkan aku meneruskan rawatan sehingga badan aku tak boleh menerima regime itu lagi. hemmmm.. yang itu belum aku fikirkan lagi. OOOoo doktor juga ada menambah regime dalam rawatan yang aku jalani iaitu Zometa, berfungsi utk mengelakkan tulang daripada rapuh.  Abg nizam ada mencadangkan supaya aku membuat rawatan sel stem untuk menggantikan sel-sel yang rosak. Daripada sedikit pembacaan, rawatan ini ketika ini dijalankan di luar negara. Tak pasti di Malaysia ada atau tidak rawatan ini.Jika sesiapa yang mengetahui tentang rawatan ini bolehlah beri sedikit maklumat dan info. Baru-baru ini mendapat tahu ada satu produk makanan tambahan keluaran Primadona Worldwide yang dinamakan SARI AGE GARD . Bahan aktifnya ialah PhytoCellTec Malus Domestica, ekstrak sel induk Greengage dan ekstrak biji aprikot dan bahan-bahan lain. Bunyinya agak menarik. Tak salah mencubakan. Manalah tahu dengan izinNYa..Produk yang agak baru dipasaran. Aku masih meneruskan dengan supplement yang lain.Tetapkan dalam hati bahawa ini adalah usaha, yang menyembuhkan adalah ALLAH. Sekadar mengingatkan diri sendiri bahawa bukan ubat atau doktor atau kaedah yang menyembuhkan tapi ALLAH.

Catatan ini berhenti setakat ini dahulu, in sha Allah panjang umur kita bertemu lagi di catatan yang lain. Doakan yang terbaik untuk saya..
 


Wednesday, December 5, 2012

Time's up!!!

Apa yg time's up?? ok timbang berat yg terbaru sudah capai berat yang dinginkan 46 kg. So masa utk berhenti dari makan sesuka hati. harap2 badan ni mendengar cakap tuannya!!!. tapi masalahnya nampak segala benda sedap..minggu lepas sempat pg jejalan bawak2 3A. sempat singgah di pulau pinang. ( luv this place!!! singgah je..) sebab dkt sana byk tmpt makan best2. diet? minta maaf ya. buat2 lupa sekejap. tak tahu knape suka ke sana, anak2 pun heran. cik hubby layan je. lps ni sepatutnya ada perancnagan nak pg jejalan lg, tp postponed atas sbb tertentu esp healthy issue. Sapa ? tuan punya blog nilah..Sorry ye tanti (my sis) lain kali ye jln2 dgn  ko!! In sya Allah. umur panjang kita jejalan sesama. tak pun pg jelah dgn mak n bapak n zamri tu. entry kali ni pendek je sbb mata ni layu tggu je utk lelap sbb siang td pg chemo..saya berhenti disini, doakan yg terbaik utk saya.. 


Saturday, November 17, 2012

CUTI 2 MINGGU...

bismillahirrahmannirrahim.....Cuti sekolah telah bermula. Saya???Saya bercuti sejak Julai yg lalu dan kemungkinan saya akan mula bekerja Jan 2013 sekiranya tiada apa-apa masalah. Baru sahaja selesai menjalani proses kemoterapi cycle 3. Alhamdulillah setakat hari ini semua berjalan dengan baik. Satu perkara yang agak menggembirakan saya telah diberi cuti rehat selama 2 minggu. Rawatan akan disambung semula pada selepas 3 Dis. Saya akan menjalani ct scan untuk melihat perkembangan dan keadaan BC saya. Semuga semua berjalan dgn lancar. Mengharapkan yang terbaik dan pastilah yang berlaku itu yg terbaik. Walaupun mengikut perancangan asal rawatan cycle 4 diteruskan selepas rehat 1 minggu. Namun atas perbincangan dgn oncologist pada minggu lepas, rawatan akan disambung sejurus keputusan ct scan diperolehi. Masih tercari-cari destinasi utk pergi bercuti. Mengambil  peluang utk membawa budak2 (3A-akif,aqil,akid) pergi bercuti. Dengan mengambil kira keadaan cuaca yang sentiasa hujan, maka tidak pasti lg ke mana harus dituju. Yang pasti destinasinya di dalam Malaysia.
Cuti sekolah kali ini, aktiviti 3A agak longgar walaupun ada pada awalnya ada perancangan utk menghantar akif dan aqil ke kelas tahfiz utk kelas Al-quran, namun atas sebab2 tertentu ia terpaksa dibatalkan. Tiada aktiviti khusus untuk mereka, sekadar menetapkan sasaran utk akif khatam mengaji Al-quran. Manakala utk aqil memastikan bacaan mengaji bertambah lancar. dan siapa tuk gurunya??? Pastilah mamanya yg garang...Dinding!!!!!!Aktiviti rutin berjalan seperti biasa, cuma yang pasti terasa sedikit 'meriah' dengan 3A yang sedang bercuti..Suara mama yang sentiasa bergema memenuhi ruang rumah...bak kata cik suami mama alami sindrom menopause..huahuahua.. mmg pun itu sindrom yang akan dialami spt yg diberitahu oleh dr. Ketika entri ini ditulis saya baru sahaja selesai meredah kebun (kebun ke??? tak tahu nak panggil apa) bersama 3A . Insyaallah jika diizinkan akan ada sambungan bagi catatan ini. Doakan yang terbaik utk saya.



Wednesday, November 7, 2012

Kemoterapi-Mimpi Ngeri?






Bismillahhirrahmannirrahim...Selepas Aidilfitri yang lalu saya telah memulakan rawatan kemoterapi. Mengikut keputusan biopsi yang lalu kanser saya adalah jenis HER2. Dalam keadaan kesihatan yang tidak begitu mengizinkan pada ketika itu, doktor mencadangkan saya menjalani proses kemoterapi dengan dos yg 'mild' iaitu proses yg dilakukan  secara mingguan setiap minggu dan untuk satu cycle ia mengambil masa 3 minggu. Sebelum proses kemoterapi saya perlu menjalani pemeriksaan darah. Bermakna setiap selasa dan rabu saya perlu ke hospital. Pada permulaan saya ke hospital, suami perlu menolak saya di kerusi roda. Saya mempunyai masalah pernafasan yang agak teruk. Dengan berat badan yang semakin menurun tidaklah menjadi kesukaran untuk suami menolak saya ke hulu dan ke hilir. Pada peringkat awal saya perlu menjalani pelbagai pemeriksaan seperti scan tulang, pemeriksaan jantung, pemeriksaan darah dan pelbagai lagi. Yang mana memerlukan saya untuk bergerak dari satu tempat ke satu tempat. Terasa seperti insan 'istimewa' apabila saya perlu diusung dengan kerusi roda yang mana sentiasa mendapat keutamaan dan keistimewaan di tempat awam. Dapat menaiki lif pesakit, mendapat nombor giliran istimewa yang lebih cepat daripada orang biasa dan pelbagai lagi. Ketika entri ini ditulis saya dalam proses kemoterapi cycle 3 minggu 2. Regimen yang digunakan untuk proses kemoterapi saya ialah paxlitaxel. Terdapat pelbagai regimen yang digunakan dalam proses kemoterapi ini bergantung kepada jenis kanser seseorang.
Kebiasaannya sebelum kemoterapi dijalankan pemeriksaan darah perlu dijalani untuk memastikan sel darah merah dan darah putih dalam keadaan normal dan baik. Begitu juga dengan keadaan hati dan buah pinggang , jadi setiap kali ujian darah pihak nurse akan mengambil dua tiub darah. Satu perkara yang kurang digemari untuk proses ini ialah apabila di'cucuk' dengan jarum . Saya pasti kebanyakan orang juga tidak menggemari bahagian ini. Bagaimanapun saya tetap bersyukur kerana setakat ini pihak nurse tidak menghadapi masalah untuk mencari salur darah yang 'baik'. Apa yg saya perhatikan kadangkala ada pesakit yg perlu dicucuk beberapa kali kerana masalah utk mencari salur darah yg sesuai utk membolehkan darah diambil. Masalah yg berlaku biasanya salur darah sudah 'rosak' aatau 'mengeras' atau 'terbakar'. Selepas proses pengambilan darah, pesakit perlu berjumpa dengan doktor untuk pemeriksaan atau perbincangan lanjut. Satu yg saya perhatikan di PPUM sistem maklumatnya secara online maka prosesnya lebih mudah dan pantas. Saya tak pasti dihospital lain. Walau di bahagian mana pun urusannya, pihak berkaitan tiada masalah untuk mengakses maklumat berkaitan. Setakat perjumpaan saya dengan oncologist di PPUM , semuanya 'baik2' belaka dan prihatin dan sabar!!!. Mungkin sebab kebanyakan pesakit di oncologi itu sangat 'fragile' ( mcm sayalah..). Hari berikutnya biasanya adalah hari kemoterapi sekiranya ujian darah tiada masalah. Alhamdulillah dalam keadaan saya sakit bermula minggu 1. tidak pernah lagi proses kemoterapi saya tertangguh kerana masalah kesihatan. Kadangkala ada pesakit terpaksa menangguhkan proses kemoterapi kerana keadaannya tidak mengizinkan. Kemoterapi hanya akan dijalankan sekiranya keadaan pesakit baik dan 'sihat'. Sebelum proses kemoterapi biasanya pesakit termasuk saya akan diberikan beberapa preskripsi ubat seperti ubat alahan, tahan muntah dan gastrik( kalau tak silap saya...) Satu proses yg kurang digemari juga semasa ubat di'infuse' ke tube ialah saya akan rasa sedikit ketakselesaan seperti mata berpinar2, tangan rasa gatal2, dan ketakselesaan dibahagian ari-ari. Tetapi ketika paxlitaxel di'infuse' tiada apa kesan sampingan dirasakan. Regimen ini memerlukan tube khas berbanding regimen lain menyebabkan proses ini mengambil masa lebih kurang 3 jam malah kadangkala lebih. Kali pertama ia mengambil masa 5 jam setengah kerana 'flow' yang dialirkan agak perlahan memandangkan ia kali pertama. Apa kesan sampingan yg saya rasa? Untuk minggu pertama, selepas saya pulang ke rumah, selepas waktu Isyak saya merasa ketakselesaan yang melampau di bahagian belakang disebelah kiri sehingga saya perlu ke bahagian kecemasan pada pukul 2 pagi kerana rasa itu tidak hilang walau saya telah makan beberapa biji ubat tahan sakit. Setelah diberi suntikan ubat tahan sakit, akhirnya rasa 'itu' hilang dan saya pun dibenarkan pulang ke rumah. Keesokan harinya saya merasakan sakit dibahagian abdomen dan merasa sesak nafas. Saya tak pasti sakit itu disebabkan kesan sampingan kemoterapi atau sakit disebabkan kanser itu sendiri.. Setelah 3 hari keadaan itu hilang. Bagaimanapun alhamdulillah kerana saya tidak menghadapi masalah lain seperti muntah atau gastrik atau hilang selera makan. Pada minggu kedua saya berjumpa dengan doktor dan menceritakan masalah yang dihadapi, dan doktor mengatakan kesan sampingan itu mungkin disebabkan steroid atau ubat yang diberi sebelum atau selepas kemoterapi. Pelik juga kesan sampingan itu disebabkan ubat atau steroid yang perlu diambil utk mengelakkan kesan sampingan regimen kemoterapi itu sendiri. Maka pada minggu ke 2 saya tidak lagi mengambil steroid yang dibekalkan untuk selepas kemoterapi. Walau di hati rasa bimbang juga tapi saya perlu mencuba untuk melihat respon tubuh untuk kemoterapi ini. Alhamdulilah pada keesokan hari selepas proses kemoterapi minggu 2 saya merasakan seperti keajaiban yang diberi oleh Allah. Rasa sakit sebelum ini telah  ditarik oleh Allah. Saya tidak lagi rasa sesak nafas, saya rasa lebih sihat seolah2 diberi tubuh baru
( Subhanaallah..).Saya boleh bangun dari tidur dan berjalan ke bilik air tanpa rasa penat dan saya boleh bersolat secara berdiri( sebelum itu saya terpaksa bersolat duduk).  Saya tak pasti bagaimana keadaan itu berlaku. Semuanya kuasa Allah. Penyebabnya mungkin air zamzam yang saya minum sepenuhnya menggantikan air kosong biasa atau supplement2 ( akan diceritakan di entri lain) atau kemoterapi . Tak siapa tahu. Mungkin kombinasi kesemuanya termasuk doa2 orang disekeliling saya yg tak putus2. Bak kata kawan baik saya , kadangkala bidang kerja guru ini ada kelebihannya kerana kita dikenali oleh ramai anak2 , jadi kita ini sentiasa murah rezeki dengan doa dan dalam banyak2 murid itu pastinya ada doanya yang diangkat oleh Allah. Malah bukan anak murid itu sahaja malah ibubapanya juga. Yang pasti semenjak saya sakit, ketika rutin bacaan Yasin setiap minggu disekolah pastinya ada terselit doa untuk saya. Ada perkhabaran yg saya terima ada diantara rakan2 dan murid2 membuat solat  hajat untuk kesihatan saya pada bulan Ramadan yang lalu. Masyaallah..tidaklah dapat saya membalas pertolongan orang2 ini. Hanya doa yg dpt saya berikan.
Seterusnya untuk minggu2 berikutnya proses kemoterapi seperti satu proses rutin yang 'menyeronokkan' kerana saya tidak mengalami kesan sampingan yang teruk2. Tapi satu kesan yg saya alami ialah rambut gugur. Mula2 perasaan itu sedih juga tapi apabila masuk minggu ke3 dah tiada apa2 perasaan. Apatah lagi suami juga membotakkan kepalanya. Jadi adalah kawan untuk 'berbotak'. Apa yang boleh saya katakan untuk saya proses kemoterapi ini tidaklah menjadi mimpi ngeri utk saya walaupun sebelum ini saya mendengar pelbagai cerita tentang kemoterapi ini. Yang pastinya selera makan saya bertambah dari hari ke hari. Sepanjang proses kemoterapi di PPUM suami akan membelikan apa sahaja makanan yang saya kehendaki dan saya akan makan hampir sepanjang masa. Doktor berkata saya perlu makan dengan baik untuk menambah berat badan yang hilang. Berat badan saya menurun dari 54 kg ke 38 kg sepanjang saya sakit.
Apa yang boleh saya katakan saya tidaklah mengalami kesan sampingan yang teruk semasa proses kemoterapi . Berdasarkan respon tubuh saya setakat ini, doktor mencadangkan saya perlu menjalani 6 cycle atau 18 kali. Ini bermaksud saya perlu di'cucuk' sebanyak 36 kali tidak termasuk proses 'cucukan' yang gagal. Namun setakat catatan ini dicatat saya sudah boleh menjalani rutin harian seperti biasa. Batuk yang tidak pernah saya bayangkan akan berhenti telah tiada. Nafas yang pendek dan tersekat-sekat juga sudah kembali seperti normal. Syukur Alhamdulillah... saya tak pasti keadaan kanser saya setakat ini. Bagi saya ketika ini dapat bangun berjalan dan menjalankan rutin harian seperti biasa sudah menjadi seribu rahmat.  Bagaimanapun saya akan terus berjuang utk melawan 'musuh' ini sehingga ke akhirnya. Mungkin sebelum ini saya hampir tewas, namun sekarang saya cuba utk bangkit semula. Segalanya saya serahkan kepada Yang Maha Berkuasa. Saya pasti setiap yang berlaku adalah dengan izinNya. Tapi sebagai manusia usaha itu adalah diwajibkan dan bak kata cik suami saya, kita buat kerja kita jangan ganggu kerja Allah, maksudnya kita hendaklah buat apa sebagai yang patut dibuat berusaha, berdoa dan bertawakal. Selebihnya kita serahkan kepada Allah kerana Allah yang lebih mengetahui. Catatan ini akan berhenti disini. Doakan yang terbaik untuk saya. Insyaallah jika dizinkan kita akan bertemu di catatan yang lain