3 Muharram yang lalu, dikejutkan satu berita yg telah dijangkakan (diduga sebenarnya), doctor mengesahkan aku mengidap penyakit kanser payudara. Syukur, aku menjadi orang yg terpilih. Selepas mendengar berita ini, orang pertama yg ku khabarkan ialah suamiku. Ya, Allah..perkataan yg pertama kudengar. Orang ke2 yg kuhubungi ialah pengetuaku. Ayat pertama yg ku dengar, "Istighfar byk2... It's not end of the world. Saya masih ada disini..."Mengapa beliau berkata begitu? Sebab beliau jugak pengidap kanser. Banyak nasihat dan kata2 semangat diberikan. Terima kasih Pn. Mazmin. Dari Hospital Selayang ke Serendah, aku menangis..Sampai di Serendah kering dah air mata, orang pertama yg ku temui Pn. Mazmin. Banyak pengalaman diceritakan, semangat diberikan, dan memberitahu apa yg harus ku buat.
Hari ke 2 selepas itu, perasaan kembali normal dan tenang, berfikir2 apa harus dibuat, ya..hidup mesti diteruskan, perjuangan baru bermula..aku mesti lawan!!!!Mencari maklumat2 penting tentang penyakit ini..Ya, memilih utk mencuba secara alternatif sebelum menyerahkan diri ke ke meja bedah. Walaupun temujanji telah dibuat utk surgeri, tapi lebih berminat utk mencuba secara alternatif. Banyak kajian terkini dalam melawan penyakit ini. Satu perkara penting iaitu mengubah cara pemakanan. No more meat, milk, white sugar, seafood etc. Consume a lot2 of fruits and vegetables. dalam erti kata lain, jadilah vegetarian.. tak suka? Membayangkan anak2 yg kecik tu, telan jelah, ..Sampai disini dahulu..
Assalamualaikum!
ReplyDeleteSaya baru membaca catatan liza di blog ini. Saya juga pesakit kanser payudara tetapi masih Tahap 1. Setelah menjalani pembedahan, pakar onkologi mencadangkan untuk membuat rawatan kemoterapi. Pada awalnya saya setuju, tetapi memandangkan keadaan saya yang tidak mengizinkan saya menangguhkannya. Saya seorang ibu tunggal dan mempunyai seorang anak berusia 13 tahun. Saya faham semasa menjalani rawatan kemoterapi perlu ada jagaan rapi daripada keluarga setiap masa. Dan saya tidak ada kekuatan untuk menghadapi seorang diri. Oleh itu saya mengambil keputusan menangguhkan dahulu dan buat masa ini saya mengamalkan pengubatan Islam Darussyifa bawah Dato Dr Harun Din dan juga amalan suplemen Primadona Sari Agegard. Saya amat berharap Allah swt akan memudahkan semua proses rawatan saya ini sekaligus menyembuhkannya.
Aslkm Cikgu Fatin.. Bersyukur kita menjadi orng yang terpilih. Alhamdulillah walaupun besar ujian Alllah ini, Dia tetap memberikan jalan utk hambanya. In Sha Allah, saya telah menjalani kemoterapi sebanyak 16 kali. Setakat ini saya masih boleh bertahan , kemoterapi yang saya jalani ttidak memberi kesan negatif yang keterlaluan. Saya masih boleh menjalani kehidupan secara normal. Takpe, buatlah pilihan yang terbaik, kemoterapi bukanlah hanya satu-satu cara untuk rawatan, semuanya dengan izin Allah, minta dan rayulah padaNYa, Dia MAHA mendengar. Boleh hubungi saya utk berkongsi apa jua cerita 012-3940840.
ReplyDeleteterima kasih kerana sudi berkongsi dengan saya. :-)
Delete