Friday, December 17, 2010

Hijrah..

Banyak yg perlu ditukar...1: Beras tukar kepada beras perang... tak sedap, telan je..2: Gula tukar kepada gula perang + pemanis bukan gula + madu asli .3 : Minyak kelapa sawit tukar minyak bunga matahari 4 : Garam tukar garam bukit + garam laut . Mahal???Insyaallah rezeki pasti ada.
Menu pagi ketika perut kosong: jus nenas + b17 nitriliosides+golden omega flaxseed + bromelein. Rasanya??? memang tak sedap.. tapi telan je. Tengahari pun sama, petang pun sama, malam pun sama..Rutin joging masih diteruskan utk memastikan oksigen dibekalkan keseluruh badan. Nak pastikan keadaan dalam bdn beralkali, makan fossillized coral.  Nak cuba makan jus asparagus..diberitahu katanya ia bagus. Tak tahulah tertelan ke tidak.

Nampak gayanya semua org terlibat sama, suami dan anak2. Semua orang kena makan apa mama makan, cuma susahnya bila keluar, terpaksalah bawa bekal kot.Tak cuba lagi. Mula2 je susah, pastu ok kot. Terfikir jugak kdg2 mcmmana boleh kena penyakit ini, risiko memamg takde, tp apa yg nak pening kepala, itu semua takdirNya. Allah tidak akan beri ujian tersebut sekiranya hambaNYa tak mampu menanggungnya. Mampu ke aku? Insyaallah...andai itu yg ditakdirkan . Allah menurunkan suatu penyakit bersama penawarnya...Kepada Dr Anuar yg membekalkan bekalan b17, terima kasih atas segala nasihat..Sehingga panjang umur bertemu lagi di catatan ini..

1 comment:

  1. Salam Cikgu Liza, tabah dan kuatnya cikgu dlm menempuh dugaan Allah ni...mak sy yg. kini berusia 58 pun antara yg terpilih menerima dugaan yg sama dgn cikgu..dlm mggu lps, mak sy disahkan ada breast cancer tahap 4...dah merebak ke tulang blkg...sy sedih melihat keadaan mak saya yg terbaring atas katil..bila kita pegang, mak saya akan rasa sakit...nk jln xboleh, nk duduk xboleh..ada apa2 tips yg boleh dikongsi untuk bg mak saya kuat ckit x? thanks cikgu...sy doakan cikgu dan mak saya diberikan kekuatan dan kesihatan yg baik.. ameen

    ReplyDelete