Monday, December 20, 2010

Jus pegaga..

Tercari-cari apa sayuran hijau yg blh dimakan dgn byk (dptkan khasiat yg byk dgn cpt) dan pada masa yg sama tekak blh terima, akhirnya teringat jus pegaga, bermula hari ini memaksa diri minum jus pegaga, tak pernah minum walaupun dah byk kali tgk mak mertua buat, baru hari ini berani minum, itu pun setelah dikisar simpan dulu dalam fridge, agak2 dah rasa berani minum, baru minum... ha. takdelah teruk sgt rasanya, biasa je. Diberitahu  byk khasiatnya, nak story kat sini rasanya byk kot, dari dulu sudah diperkata orang, sebelum ini hanya makan utk buat ulam, tapi byk manalah blh dimakan, tp bila blend dgn akar2nya sekali telan, tp taklah telan dgn serdak, tapis dulu. Nanti nak cuba jus lain pulak. Apa pulak ya, lobak + timun?? sedap agaknya...


Sekarang ini antara menu wajib ialah ulam2am, paling senang ulam raja..Alhamdullillah, suami rajin menanam bercucuk tanam, byk ulam2an yg blh dipetik segera, cuma pegaga kena tanam semula, baru ini kena racun sebab dah semak sgt. Ulam pokok gajus, ulam pucuk betik, ulam jantung pisang..opps lupa pulak, kena pantang makan pisang, tak tahulah ada yg melarang jd tak payahlah makan. Sekarang ni pun rajin makan taugeh mentah tp bkn mkan taugeh saja, biasanya buat kerabu, campurlah dgn mangga muda ke timun ke, campurlah dgn bunga kantan, mmg sedap...Nampaknya diri ini mula dah biasa dgn semua menu td. Skrg ni pun tak boleh nak cicah2 dgn sambal belacan atau cencaluk atau budu, semua tu dah keluar dari senarai menu. Semalam pun buat air asam tanpa belacan, sedap jgk..bila dah tak boleh makan pandai je "improvise" nak bagi sedap. Nampak gayanya bila sekolah buka esok kena bawa bekal pegi sekolah ( jimat belanja...) ya ke jimat??? Nak maintain ubat pun makan ribu2..takpe suami kata pasti ada rezekinya nanti..yakin pasti Allah akan bantu, Insyaallah..selagi kita berusaha pasti ada ganjarannya..catatan terhenti setakat ini, bertemu lagi di catatan yg lain...doakan yg terbaik utk saya

No comments:

Post a Comment