Sunday, December 19, 2010

Jemputan Kenduri..

Hari ini memenuhi satu jemputan kenduri sekitar rumah. Emak mertua tesayang kebetulan juga ada disini. Mula2 terasa berat hati utk pergi mengenangkan apa nak makan nanti. Akhirnya pergi juga satu keluarga..so hari ini tghari cuti memasak. Sampai di rumah pengantin, kelihatannya hanya satu menu yg blh dimakan iaitu acar jelatah dan ulam2an, takpelah syukur masih blh makan dan kenyang jgk..masih ada orang lain susah yg takde apa nak dimakan. Jd bila dikenang masih ada orang lain susah yg tak makan, jd seharusnya kita ini perlu bersyukur dgn apa yg dimiliki. Ya Alhamdulillah....Namun kekadang sebagai insan yg lemah ini, kealpaan sering menerjah ke dalam diri, sering leka dan terlupa jd kita seharusnya diingatkan. Seperti diri ini yg diberikan oleh peringatan olehNya, syukur...Alhamdulillah. Ingatan ini bukan  utk diri ini sahaja, malah suami , anak2 dan ahli keluarga yg lain jugak.Terima kasih ya Allah, aku menjadi insan yg terpilih, Kau lebih mengetahui segala2nya. Aku redha dan pasrah, pasti nanti ada hikmah yg menunggu..

Ptg td jgk menerima satu panggilan dari seorang sahabat yg cukup baik hati dan prihatin,,terima kasih Kak Tie. Beliau seorng kakak yg prihatin, maafkan saya bukan niat utk merahsiakan keadaan saya, cuma belum tercerita, dan rasanya kalau saya tak cerita pun pasti KakTie akan tahu juga akhirnya. Tolong doakan utk saya ya..Teringat kata2nya, mati itu telah ditetapkan olehNya, tak kan terlambat atau tercepat walaupun sesaat jd bagaimana caranya itu hanyalah jalan cerita yg telah ditentukan, jd tiada apa yg perlu ditakutkan..takutkah aku? jujurnya takut kerana belum banyak bekalan dan belum pasti bekalan yg ada itu akan diterima, Ya Allah ampunilah dosa2 ku ini...dan terimalah amalan yg ada walaupun sebesar hama...sampai disini sahaja sehingga bertemu di catatan yg lain..doakan yg terbaik utk saya.. 

No comments:

Post a Comment