Monday, October 29, 2012

Cinta dan Kasih Sayang

Bismillahhirahmannirrahim...Catatan ini disambung lagi. Pada ketika orang lain sibuk dgn urusan dunia masing2, saya duduk dirumah sambil menunggu akif pulang ke rumah dari sekolah. Sesungguhnya apabila kita berada dalam kesusahan dan kesakitan kita dapat menilai hati budi dan kasih sayang seseorang terhadap diri kita.
Ketika saya jatuh sakit saya dapat merasakan rasa cinta dan kasih sayang suami, anak2, mak dan bapak, mak mertua, adik-beradik, ipar duai, kawan-kawan, anak-anak murid dan jiran tetangga. Jika sebelum ini, mungkin rasa cinta dan kasih sayang itu ada namun kurang dapat dirasakan di dalam hati.
Suami yang tercinta, sayangku padamu kerana Allah..Orang yang tak pernah jemu dan sabar dgn kerenah saya. Sentiasa penuh dgn kata-kata nasihat dan semangat walau kadangkala ia seperti mencurah air di daun keladi ( keladi tu sayalah...)Menguruskan rumah dan anak2 ketika saya sakit. Tidak pernah berputus asa dengan rahmat Allah dan yakin ada keajaiban utk saya daripada Allah. Subhanaaalah.. Kau pertemukan aku dengan insan ini, aku yakin setiap yang berlaku ada hikmahnya.
3A - Akif, aqil dan akid; 3 budak lelaki yang menjadi kekuatan saya utk terus berjuang. Ketiga-tiga mereka ini cukup memahami keadaan saya ketika sakit. Sentiasa mendoakan mama mereka dgn cara mereka tersendiri dan bahasa mereka sendiri yang saya sentiasa perhatikan akan mengangkat tangan utk berdoa selepas solat dan tidak pernah menyatakan isi doa mereka. Semuga kamu semua akan menjadi insan yang bertaqwa dan beramal soleh.
Emak dan bapak yang cukup sedih apabila saya jatuh sakit. Emak yang banyak membantu dan menemankan diri saya ketika saya sakit, yang mengurut badan saya apabila saya mengaduh sakit. Tidak terbalas saya budi dan kasih sayang mak. Segala-galanya tidak terucap oleh kata-kata kerana tidak ada kata2 yang mampu menceritakan cinta dan kasih sayang mak. Hanya hadiah alfatihah dan doa yang mampu saya berikan kepada mu. Ya Allah masukan ku kedalam syurga bersama mak dan bapak ku tanpa hisab. itulah antara doa yang sering diucapkan. Bapak seorang yang tegas ketika muda dan anak2 semua takut  dan banyak mengadu hal dengan mak ketika kecil. Namun ketika saya sakit , saya dapat merasakan sebenar-benar kasihnya. Setiap hari akan ada panggilan telefon darinya utk memastikan keadaan saya. Betapa dia menitiskan air mata kerana saya ketika meminta pertolongan dan doa seorang imam kampung saya yang akan pergi menunaikan haji supaya saya diberi kesembuhan dan kesihatan. Betapa dia mengizinkan mak utk tinggal bersama saya ketika saya sakit sedangkan keadaan dirinya juga kurang sihat yang memerlukan jagaan. Allah..Allah. Kau ampunkan dosa-dosa kedua-dua ibu bapaku. Aku merayu....
Mak mertua yang sangat yakin dan tak putus-putus berdoa dan sentiasa mendoakan kesembuhan dan kesihatan. Begitu juga dgn adik-beradik, ipar duai, kawan-kawan dan anak2 murid yang sentiasa berdoa utk kesembuhan saya. Ada yang menitiskan air mata meminta pertolongan daripada Allah. Keadaan itu saya ketahui dan saya merasakan cukup terharu kerana saya membayangkan ada antara orang-orang ini hanya 'kenalan2' biasa tetapi mereka tidak lokek berdoa utk saya. Tidak terbalas saya segala pertolongan yang diberikan hanya doa...doa..yang saya mampu berikan...Semuga Allah menempatkan kalian di Jannah.
Nampaknya catatan ini akan berhenti di sini seketika. Panjang umur kita berjumpa lagi. Insyaallah..Doakan yang terbaik utk saya..

Sunday, October 28, 2012

Perginya Rakan2 Seperjuangan..

Bismillahirrahmannirrahim..Saya mulakan catatan ini dgn rasa keinsafan di dalam hati. Kebelakangan ini mendapat tahu beberapa kenalan yang merupakan rakan2 seperjuangan yang telah pulang kembali ke tempat menemui Yang Maha Agung. Kita semua juga akan pergi menemuiNya. Bersediakah aku? Allahuakbar...Sesungguhnya Kekuasaan adalah milik Mu. Ya Rabb..
Selama ini mengikuti penulisan seorang pejuang yang menghidap kanser buah pinggang. Doktor meramalkan yang beliau mampu hidup utk 6 bulan sahaja, namun Allah lebih berkuasa. Beliau hidup untuk 2 tahun lagi selepas dari ramalan doktor. Selama ini mengikut tulisan beliau dan beliau pergi pada   pertengahan september yang lalu, namun kematiannya hanya saya ketahui setelah beberapa minggu beliau meninggal.
Pada hari raya aidilfitri ketika saya sedang sakit saya dikunjungi saudara sepupu. Beliau memberitahu ibu mertuanya juga menghidap kanser payudara tahap 4. Menerima rawatan di hospital dan sudah menjalani beberapa pembedahan . Pada masa yang sama juga menjalani rawatan secara alternatif dan dikhabarkan ibu mertuanya sudah sihat dan boleh menjalankan rutin harian seperti biasa. Terdetik ketika itu sedikit perasaan irihati mendengar perkhabaran itu kerana membandingkan diri yang masih sakit. Astaghfirullah... memujuk hati dan terus memujuk hati..Namun beberapa minggu yang lepas mak membawa perkhabaran yang ibu mertua saudara tersebut telah meninggal dunia. Terkedu seketika ... Innnalillah..Dari Mu kami datang kepada Mu jua kami kembali...
Ketika ini masih meneruskan perjuangan sambil 'menikmati' cuti. Beberapa hari yang lepas, seorang sahabat baik ketika sama-sama belajar bertelefon bertanya khabar. Dalam bergembira bertukar cerita, beliau mengkhabarkan seorang kenalan kami ketika sama-sama belajar meninggal dunia sebelum aidilfitri yang lalu kerana kanser usus. Innalillah...Seorang perempuan yang baik hati dan cantik ,mempunyai seorang anak lelaki . Saya telah ketahui arwah menghidap penyakit beberapa tahun yang lalu. Arwah juga menulis blog menceritakan perjalanan hidupnya. Arwah juga sudah menerima pelbagai rawatan dan kelihatannya telah pulih namun penyakitnya itu datang kembali dan telah menyerang nodus limfa dan kelenjar. Allahuakbar.. Kau lebih berkuasa. Perkhabaran itu sangat mengusik hati ini. Masih terbayang-bayang wajah arwah..Erra semuga kau ditempatkan di kalangan orang yang beriman dan bertakwa. Aku juga akan kembali dan menyusul. Semua manusia akan kembali.!!!!
Apabila difikirkan yang kita semua kembali akan ke sana dengan hanya sehelai kain kafan , hati ini merasa cukup insaf. Kita akan meninggalkan segala-galanya di dunia dan pergi bersama-sama amalan kita semasa hidup. Masyaallah.. takutnya. Allah ampunkan dosa hambamu yang hina ini. Terimalah amalan ku yang sedikit ini . Catatan ini berhenti di sini dahulu. Andai diizinkanNya akan ada sambungannya lagi ..Doakan yang terbaik untuk ssaya

Disapa Malaikat Izrail (II)

My heroes.......
Bismillahirrahmannirrahim...Catatan ini dimulakan. Lelaki2 di atas menjadi kekuatan saya utk terus menjadi pejuang. Sehingga bila? Sehingga saya dipanggil utk pulang ke tempat asal saya. Ketika saya jatuh sakit lelaki2 ini tidak putus berdoa dan saya tahu bukan lelaki2 ini sahaja malah ramai lagi. Ibu bapa, mak mertua, adik beradik, saudara mara, kawan-kawan, kenalan, murid-murid, jiran-jiran dan individu2 saudara seislam yang hanya mengenali saya dari nama sahaja. Tidak terbalas saya segala pertolongan yang diberikan hanya doa sahaja yang mampu saya berikan. Kalian semua dalam doa saya pada ketika dan waktu saya berbicara dengan Pencipta Yang Maha Agung.
Sesungguhnya ketika jatuh sakit tempoh hari saya tidak terbayang langsung yang saya akan menaip utk menulis catatan ini lagi. Tapi Allah Maha Agung. Dia mempunyai rancanganNya yang tersendiri. Apa dia? Tiada siapa yang tahu. Ketika sakit tiada apa yang difikirkan hanya memikirkan utk mencari bekalan utk di bawa pulang. Sesiapa yang berada di situasi saya pasti akan berbuat perkara yang sama. Siapa yang tidak takut akan kematian? Saya tak pasti sekiranya ada diluar sana yang mengatakan dia bersedia dan berani utk pulang. Mungkin ada ...siapa tahu. Bagi 'orang biasa' seperti saya sudah pasti merasa takut utk pulang kerana bekalan yang 'ala kadar'. Allah...Allah... ampunkan dosa2 ku. Kesakitan ini memberi saya peluang dan ruang utk muhasabah diri. Mengenang kembali perjalanan hidup dan membetulkan kembali matlamat dan tujuan saya hidup di muka bumi ini. Allahuakbar ....satu hikmah yang saya perolehi. Bila memikirkan apabila mati tiada apa yang dibawa kecuali amalan kadangkala seperti tidak mahu berbuat apa2 kecuali duduk beribadat. Dengan cabaran hidup pada masa kini yang sangat mencabar yang pastinya insan yang tidak mempunyai kekuatan iman dan takwa pastinya akan sentiasa berbuat dosa sama ada kecil atau besar. Namun bukan itu yang dikehendaki oleh Allah. Bekerjalah seperti kita akan hidup seperti 1000 tahun lagi dan beramalah seperti kita akan mati keesokkan hari. Ya  itulah yang harus dilakukan. Jadikan dunia ini ladang utk kita bercucuk tanam dan hasilnya kita tuai di 'sana' nanti. Peringatan ini utk diri sendiri sebenarnya.
Subhanaallah...  bantulah hambaMu yang hina ini utk mencari keredhaanMu.
Sesungguhnya byk perkara ingin dicatat buat peringatan diri sendiri namun ketika ini keadaan tidak mengizinkan. Mungkin akan disambung lagi  sekiranya diizinkan olehNya. Doakan yang terbaik untuk saya...

Saturday, October 27, 2012

Disapa Malaikat Izrail ( I )

Sumber inspirasi!!!!
Bismillahirrahmannirrahim...Catatan ini dimulakan dengan kalimah suci ini. Sudah beberapa bulan catatan ini berhenti. Kali terakhir pada April yg lalu. Sesungguhnya saya tak sangka catatan ini akan bersambung lagi. Mengapa?? Bagaimana saya ingin menghuraikannya masih tak terbayang dan terfikir. Biarlah tangan ini sahaja yang meneruskannya.
Subhanaallah...tak tergambar apa yg berlaku kebelakangan ini di dalam fikiran sebelum ini. Jatuh sakit!!!!!Saya sakit. Kritikal? Saya pun tak tahu. Tapi saya dah terbayang kematian di depan mata. Kesakitan ini sebenarnya bermula pada bulan Mac yg lalu. Bermula dengan sakit tekak dan batuk. Batuk dan batuk dan batuk... Batuk yg tak mau hilang sehingga akhirnya pada Julai yang lalu saya memberanikan diri utk pergi ke KPJ Tawakkal utk membuat CT Scan. Keputusan? Seperti yang dijangkakan sel kanser telah merebak ke organ yang lain seperti peparu, hati, tulang belakang, tulang rusuk dan di merata tempat yg lain. Kali terakhir pemeriksaan Xray dibuat pada Nov 2011, ketika itu tiada kesan sel kanser pada paru-paru dan tumor marker yang dibuat pada Feb 2012 keadaan sel kanser dalam darah masih dalam keadaan terkawal dan rendah. Namun bermula Mei 2012 bacaan tumor marker semakin meningkat dan meningkat. Allahuakbar..Semua yang berlaku adalah dengan keizinanNya. Adakah aku bodoh kerana membiarkannya. Tidak sama sekali. Pada ketika itu saya giat meneruskan usaha secara alternatif utk merawat sakit ini. Namun Allah ada perancanganNya yang tersendiri. Tidak diizinkanNya utk saya sembuh lagi ketika itu malah semakin bertambah teruk. Adakah aku menyesal?. Sukar utk digambarkan perasaan pada ketika itu. Selepas keputusan CT Scan diperolehi, doktor di KPJ Tawakkal menolak utk melakukan pembedahan. Alasannya keadaan diri saya yang membimbangkan dan mgkn beliau tidak mahu mengambil risiko kerana keadaan tumor dan paru-paru. Pernafasan yang semakin pendek dan tersekat-sekat. Batuk yang tidak berhenti-henti. Jadi apa pilihan yang saya ada.? Bertanya doktor adakah kemoterapi boleh dilakukan utk sebagai pilihan rawatan. Beliau menyatakan kemoterapi jg tiada guna utk dilakukan kerana sel  kanser sudah merebak keseluruh bahagian abdomen. Jika dilakukan juga mgkn memerlukan dos yg tinggi dan bimbang badan semakin terus lemah.
Masyaallah.. selepas itu saya terus hilang semangat dalam diri dan keyakinan. Apabila semangat dan keyakinan hilang, badan terus semakin sakit. Doktor di KPJ Tawakal memberikan cuti sakit 3 bulan. Rawatan tidak diberi tapi cuti diberi, pelik? Utk apa? Mahu saya berehat di rumah dan menunggu malaikat Izrail dtg ke? Hati pada ketika itu rasa sangat kecewa dengan doktor berkenaan. Tetapi Allah ada perancanganNya tersendiri. Suami ketika itu menjadi tulang belakang utk saya terus berdiri. Dia tidak diam sahaja. Dia membawa diri ini dimerata tempat utk berubat. Sebutlah kemana sahaja selagi cara perubatannya tidak melanggar hukum Islam akan di'usung'lah diri ini. Saya terus sakit dan sakit. Batuk semakin teruk kerana sudah mengeluarkan titisan-titisan darah dan lendir kekuningan kelihatan seperti nanah. Dimana tempat2 berubat mgkn akan dicatat di entri yg lain. Sehinggalah pada bulan Ramadan yang lalu ( tak pasti tanggal berapa ) saya sesak nafas dan terpaksa ke bahagian kecemasan PPUM utk diberi rawatan. Disitulah bermulanya episod baru utk saya. Doktor dibahagian kecemasan meminta saya merujukkan diri di bahagian surgeri. Saya dipertemukan dengan seorang doktor bedah payudara yang sangat baik hati dan lemah lembut. Beliau memujuk saya utk membuat rawatan di hospital. Cadangan beliau supaya membuat rawatan kemoterapi utk cuba mengawal perkembangan sel kanser dari terus  merebak. Pembedahan pada ketika itu bukanlah pilihan yg terbaik kerana sel kanser telah merebak. Mula2 saya menolak, namun beliau meminta utk fikirkannya dirumah. Akhirnya saya bersetuju dan kes saya dirujukkan ke bahagian onkologi. Di bahagian Onkologi berjumpa pula dengan seorang oncologist yang juga sangat prihatin dan baik hati. Beliau mencadangkan saya membuat rawatan kemoterapi mingguan dengan dos yang 'mild'.  Jadi selepas Aidilfiti yang lalu saya memulakan rawatan kemoterapi yang menjadi igauan ngeri pesakit2 kanser. Adakah ia menjd mimpi ngeri utk saya? akan dicatatkan pengalaman itu di entri yang lain.Kini sudah selesai 2 cycle. Minggu depan cycle 3 akan bermula. Hampir setiap minggu akan ke PPUM. 2 kali seminggu. Setiap Selasa dan Rabu. Apa perkembangan terkini. Dari pengamatan mata kasar, semua tumor sudah hilang dan kecut. Batuk yang tak berhenti-henti sudah tiada. Keadaan seperti tiada apa yg berlaku. Bagaimanapun sel kanser adakah masih ada tidak dapat dipastikan. CT Scan akan dilakukan lagi pada 3 Disember akan datang selepas cycle 3 selesai. Berapa cycle akan dijalani. Pada awalnya doktor tidak dapat memastikannya melihat pada keadaan diri pada ketika itu. Bagaimanapun ketika cycle 2 dijalani doktor melihat perkembangan diri dan menyatakan mgkn perlu menjalani 6 cycle ataupun 18 kali sahaja. Itupun bergantung kepada CT Scan....
Nampaknya catatan ini berhenti seketika disini. Doakan yang terbaik utk saya!!!