My heroes....... |
Sesungguhnya ketika jatuh sakit tempoh hari saya tidak terbayang langsung yang saya akan menaip utk menulis catatan ini lagi. Tapi Allah Maha Agung. Dia mempunyai rancanganNya yang tersendiri. Apa dia? Tiada siapa yang tahu. Ketika sakit tiada apa yang difikirkan hanya memikirkan utk mencari bekalan utk di bawa pulang. Sesiapa yang berada di situasi saya pasti akan berbuat perkara yang sama. Siapa yang tidak takut akan kematian? Saya tak pasti sekiranya ada diluar sana yang mengatakan dia bersedia dan berani utk pulang. Mungkin ada ...siapa tahu. Bagi 'orang biasa' seperti saya sudah pasti merasa takut utk pulang kerana bekalan yang 'ala kadar'. Allah...Allah... ampunkan dosa2 ku. Kesakitan ini memberi saya peluang dan ruang utk muhasabah diri. Mengenang kembali perjalanan hidup dan membetulkan kembali matlamat dan tujuan saya hidup di muka bumi ini. Allahuakbar ....satu hikmah yang saya perolehi. Bila memikirkan apabila mati tiada apa yang dibawa kecuali amalan kadangkala seperti tidak mahu berbuat apa2 kecuali duduk beribadat. Dengan cabaran hidup pada masa kini yang sangat mencabar yang pastinya insan yang tidak mempunyai kekuatan iman dan takwa pastinya akan sentiasa berbuat dosa sama ada kecil atau besar. Namun bukan itu yang dikehendaki oleh Allah. Bekerjalah seperti kita akan hidup seperti 1000 tahun lagi dan beramalah seperti kita akan mati keesokkan hari. Ya itulah yang harus dilakukan. Jadikan dunia ini ladang utk kita bercucuk tanam dan hasilnya kita tuai di 'sana' nanti. Peringatan ini utk diri sendiri sebenarnya.
Subhanaallah... bantulah hambaMu yang hina ini utk mencari keredhaanMu.
Sesungguhnya byk perkara ingin dicatat buat peringatan diri sendiri namun ketika ini keadaan tidak mengizinkan. Mungkin akan disambung lagi sekiranya diizinkan olehNya. Doakan yang terbaik untuk saya...
No comments:
Post a Comment