Sunday, October 28, 2012

Perginya Rakan2 Seperjuangan..

Bismillahirrahmannirrahim..Saya mulakan catatan ini dgn rasa keinsafan di dalam hati. Kebelakangan ini mendapat tahu beberapa kenalan yang merupakan rakan2 seperjuangan yang telah pulang kembali ke tempat menemui Yang Maha Agung. Kita semua juga akan pergi menemuiNya. Bersediakah aku? Allahuakbar...Sesungguhnya Kekuasaan adalah milik Mu. Ya Rabb..
Selama ini mengikuti penulisan seorang pejuang yang menghidap kanser buah pinggang. Doktor meramalkan yang beliau mampu hidup utk 6 bulan sahaja, namun Allah lebih berkuasa. Beliau hidup untuk 2 tahun lagi selepas dari ramalan doktor. Selama ini mengikut tulisan beliau dan beliau pergi pada   pertengahan september yang lalu, namun kematiannya hanya saya ketahui setelah beberapa minggu beliau meninggal.
Pada hari raya aidilfitri ketika saya sedang sakit saya dikunjungi saudara sepupu. Beliau memberitahu ibu mertuanya juga menghidap kanser payudara tahap 4. Menerima rawatan di hospital dan sudah menjalani beberapa pembedahan . Pada masa yang sama juga menjalani rawatan secara alternatif dan dikhabarkan ibu mertuanya sudah sihat dan boleh menjalankan rutin harian seperti biasa. Terdetik ketika itu sedikit perasaan irihati mendengar perkhabaran itu kerana membandingkan diri yang masih sakit. Astaghfirullah... memujuk hati dan terus memujuk hati..Namun beberapa minggu yang lepas mak membawa perkhabaran yang ibu mertua saudara tersebut telah meninggal dunia. Terkedu seketika ... Innnalillah..Dari Mu kami datang kepada Mu jua kami kembali...
Ketika ini masih meneruskan perjuangan sambil 'menikmati' cuti. Beberapa hari yang lepas, seorang sahabat baik ketika sama-sama belajar bertelefon bertanya khabar. Dalam bergembira bertukar cerita, beliau mengkhabarkan seorang kenalan kami ketika sama-sama belajar meninggal dunia sebelum aidilfitri yang lalu kerana kanser usus. Innalillah...Seorang perempuan yang baik hati dan cantik ,mempunyai seorang anak lelaki . Saya telah ketahui arwah menghidap penyakit beberapa tahun yang lalu. Arwah juga menulis blog menceritakan perjalanan hidupnya. Arwah juga sudah menerima pelbagai rawatan dan kelihatannya telah pulih namun penyakitnya itu datang kembali dan telah menyerang nodus limfa dan kelenjar. Allahuakbar.. Kau lebih berkuasa. Perkhabaran itu sangat mengusik hati ini. Masih terbayang-bayang wajah arwah..Erra semuga kau ditempatkan di kalangan orang yang beriman dan bertakwa. Aku juga akan kembali dan menyusul. Semua manusia akan kembali.!!!!
Apabila difikirkan yang kita semua kembali akan ke sana dengan hanya sehelai kain kafan , hati ini merasa cukup insaf. Kita akan meninggalkan segala-galanya di dunia dan pergi bersama-sama amalan kita semasa hidup. Masyaallah.. takutnya. Allah ampunkan dosa hambamu yang hina ini. Terimalah amalan ku yang sedikit ini . Catatan ini berhenti di sini dahulu. Andai diizinkanNya akan ada sambungannya lagi ..Doakan yang terbaik untuk ssaya

2 comments:

  1. Innalillah....Ira guru yang berasal daripada KB itu ke? Saya pernah berjumpa dengannya, tetapi akhir sekali dia sms hampir setahun yang lalu. Saya doakan Che Gu Liza kuat semangat dan terus berusaha.

    ReplyDelete
    Replies
    1. ya dr. aruah ira tu kwn sama2 belajar dan housemate masa sama2 praktikal. masa dpt tahu kematiannya saya tergamam . Allah yg lebih tahu segalanya. semuga beliau ditempatkan dikalangan org yg bertakwa

      Delete