Sumber inspirasi!!!! |
Subhanaallah...tak tergambar apa yg berlaku kebelakangan ini di dalam fikiran sebelum ini. Jatuh sakit!!!!!Saya sakit. Kritikal? Saya pun tak tahu. Tapi saya dah terbayang kematian di depan mata. Kesakitan ini sebenarnya bermula pada bulan Mac yg lalu. Bermula dengan sakit tekak dan batuk. Batuk dan batuk dan batuk... Batuk yg tak mau hilang sehingga akhirnya pada Julai yang lalu saya memberanikan diri utk pergi ke KPJ Tawakkal utk membuat CT Scan. Keputusan? Seperti yang dijangkakan sel kanser telah merebak ke organ yang lain seperti peparu, hati, tulang belakang, tulang rusuk dan di merata tempat yg lain. Kali terakhir pemeriksaan Xray dibuat pada Nov 2011, ketika itu tiada kesan sel kanser pada paru-paru dan tumor marker yang dibuat pada Feb 2012 keadaan sel kanser dalam darah masih dalam keadaan terkawal dan rendah. Namun bermula Mei 2012 bacaan tumor marker semakin meningkat dan meningkat. Allahuakbar..Semua yang berlaku adalah dengan keizinanNya. Adakah aku bodoh kerana membiarkannya. Tidak sama sekali. Pada ketika itu saya giat meneruskan usaha secara alternatif utk merawat sakit ini. Namun Allah ada perancanganNya yang tersendiri. Tidak diizinkanNya utk saya sembuh lagi ketika itu malah semakin bertambah teruk. Adakah aku menyesal?. Sukar utk digambarkan perasaan pada ketika itu. Selepas keputusan CT Scan diperolehi, doktor di KPJ Tawakkal menolak utk melakukan pembedahan. Alasannya keadaan diri saya yang membimbangkan dan mgkn beliau tidak mahu mengambil risiko kerana keadaan tumor dan paru-paru. Pernafasan yang semakin pendek dan tersekat-sekat. Batuk yang tidak berhenti-henti. Jadi apa pilihan yang saya ada.? Bertanya doktor adakah kemoterapi boleh dilakukan utk sebagai pilihan rawatan. Beliau menyatakan kemoterapi jg tiada guna utk dilakukan kerana sel kanser sudah merebak keseluruh bahagian abdomen. Jika dilakukan juga mgkn memerlukan dos yg tinggi dan bimbang badan semakin terus lemah.
Masyaallah.. selepas itu saya terus hilang semangat dalam diri dan keyakinan. Apabila semangat dan keyakinan hilang, badan terus semakin sakit. Doktor di KPJ Tawakal memberikan cuti sakit 3 bulan. Rawatan tidak diberi tapi cuti diberi, pelik? Utk apa? Mahu saya berehat di rumah dan menunggu malaikat Izrail dtg ke? Hati pada ketika itu rasa sangat kecewa dengan doktor berkenaan. Tetapi Allah ada perancanganNya tersendiri. Suami ketika itu menjadi tulang belakang utk saya terus berdiri. Dia tidak diam sahaja. Dia membawa diri ini dimerata tempat utk berubat. Sebutlah kemana sahaja selagi cara perubatannya tidak melanggar hukum Islam akan di'usung'lah diri ini. Saya terus sakit dan sakit. Batuk semakin teruk kerana sudah mengeluarkan titisan-titisan darah dan lendir kekuningan kelihatan seperti nanah. Dimana tempat2 berubat mgkn akan dicatat di entri yg lain. Sehinggalah pada bulan Ramadan yang lalu ( tak pasti tanggal berapa ) saya sesak nafas dan terpaksa ke bahagian kecemasan PPUM utk diberi rawatan. Disitulah bermulanya episod baru utk saya. Doktor dibahagian kecemasan meminta saya merujukkan diri di bahagian surgeri. Saya dipertemukan dengan seorang doktor bedah payudara yang sangat baik hati dan lemah lembut. Beliau memujuk saya utk membuat rawatan di hospital. Cadangan beliau supaya membuat rawatan kemoterapi utk cuba mengawal perkembangan sel kanser dari terus merebak. Pembedahan pada ketika itu bukanlah pilihan yg terbaik kerana sel kanser telah merebak. Mula2 saya menolak, namun beliau meminta utk fikirkannya dirumah. Akhirnya saya bersetuju dan kes saya dirujukkan ke bahagian onkologi. Di bahagian Onkologi berjumpa pula dengan seorang oncologist yang juga sangat prihatin dan baik hati. Beliau mencadangkan saya membuat rawatan kemoterapi mingguan dengan dos yang 'mild'. Jadi selepas Aidilfiti yang lalu saya memulakan rawatan kemoterapi yang menjadi igauan ngeri pesakit2 kanser. Adakah ia menjd mimpi ngeri utk saya? akan dicatatkan pengalaman itu di entri yang lain.Kini sudah selesai 2 cycle. Minggu depan cycle 3 akan bermula. Hampir setiap minggu akan ke PPUM. 2 kali seminggu. Setiap Selasa dan Rabu. Apa perkembangan terkini. Dari pengamatan mata kasar, semua tumor sudah hilang dan kecut. Batuk yang tak berhenti-henti sudah tiada. Keadaan seperti tiada apa yg berlaku. Bagaimanapun sel kanser adakah masih ada tidak dapat dipastikan. CT Scan akan dilakukan lagi pada 3 Disember akan datang selepas cycle 3 selesai. Berapa cycle akan dijalani. Pada awalnya doktor tidak dapat memastikannya melihat pada keadaan diri pada ketika itu. Bagaimanapun ketika cycle 2 dijalani doktor melihat perkembangan diri dan menyatakan mgkn perlu menjalani 6 cycle ataupun 18 kali sahaja. Itupun bergantung kepada CT Scan....
Nampaknya catatan ini berhenti seketika disini. Doakan yang terbaik utk saya!!!
No comments:
Post a Comment