Bismillahirrahmanirrahim...catatan ini bersambung lagi. Kehidupan ini satu perjalanan yg tidak boleh dijangka. Manusia boleh merancang tetapi Allah juga yg menentukan. Kenapa saya berkata begitu? Mungkin saya boleh share sedikit apa yg berlaku pada diri saya dan keluarga. Dulu saya selalu berkata dengan mak ingin berkahwin apabila saya sudah bekerja dan mempunyai kerja yg stabil. Tak mahu kahwin muda. Tapi siapa saya nak menolak ketentuan Allah. Belum pun umur 22 tahun dan tak habis belajar lagi saya telah dilamar org dan berkahwin . Walaupun masih belajar(semester akhir), saya dapat menghabiskan dengan jayanya. Selepas tamat saya dpt mengajar di Pulau Pinang. Hampir sahaja membeli rumah disana krn ingin menetap di sana, tiba2 suami mendapat kerja di Ampang dan saya juga terpaksa berpindah ke Selangor. Tak lama kemudian suami berhenti kerja dan bekerja sendiri. Kemudian kami berpindah ke Serendah ( tak pernah dengar pun sebelum ini) , dan akhirnya kami menetap disini dan membeli rumah. Suami pula dulunya belajar dlm pendidikan dan bekerja sebgi guru, namun menyambung sarjana dlm bidang entomologi. Selepas itu sempat bekerja makan gaji dgn org dan akhirnya membuat keputusan utk bekerja sendiri yg memang takde kena mengena dgn apa yg dipelajari. Kami juga dahulunya merancang dan membayangkan utk menetap di Hulu Klang sehubungan itu kami telah membeli rumh disitu, tp Allah tahu apa yg terbaik. Dalam sekelip mata segalanya berubah apabila suami mengambil keputusan utk berhenti kerja dan bekerja sendiri.
Sememangnya Allah tahu apa yg terbaik utk hambaNya. Dahulu rasa sedikit susah apabila cik suami mula2 berniaga. Namun hidup harus diteruskan juga. Apabila Allah memberi rezeki sakit pada saya, barulah nampak hikmah apa yg berlaku dlm hidup kami. Ketika saya sakit suami terpaksa meluangkan masanya utk saya. Oleh kerana dia bekerja sendiri jadi takde masalah utk ia melakukan semua ini. Menghantar saya ke hospital 2kali seminggu dan duduk di hospital menunggu saya sehingga segala urusan selesai. Mengurus anak2 dan keluarga tanpa ada masalah tentang kerja. Sekiranya dia bekerja dgn org mgkn ini akan ada sedikit masalah. Allahurabbi...Kaulah sebaik2 perancang. Tak pernah terfikir pun saya yg saya akan cuti dan jd 'surirumah tangga',pd ketika ini Tak pernah pun terfikir utk menceburi dlm bidang perniagaan. Ish...banyak sgt perkara luar jangka yg berlaku.
Kadangkala pada awalnya saya merasakan apa yg berlaku bukanlah sesuatu yg menyenangkan, namun setelah lama kelamaan baru tahu dan dpt merasakan hikmah sesuatu yg berlaku. Jujurnya sgt susah saya utk menerima apa yg telah ditakdirkan apabila diuji kesakitan, namun lama kelamaan saya dpt menerima dgn hati yg redha. Bukan satu perkara yg mudah krn saya hanyalah hambanya yg hina dan mempunyai iman yg sgt nipis. Saya merayu dgn yg Esa agar diberi ketenangan dan kekuatan hati. Sebenarnya hingga ke saat ini juga saya sering merayu agar diberi kekuatan.
Maaflah sekiranya catatan ini sesuatu yg tidak bermanfaat utk dibaca. Pada saat ini hati saya gundah. Entah berapa kali catatan ini berhenti dan bersambung kembali.Teringat rakan seMRSM yg baru meninggal dunia, terkenang bapak yg kurang sihat, memikirkan hal dunia yg tak berkesudahan dan pelbagai lg. In sha Alllah sekiranya ada keizinanNya , catatan ini akan bersambung kembali. Saya ingin mengundur diri, doakan yg terbaik utk saya.
.
Friday, February 22, 2013
Sunday, February 10, 2013
PENGALAMAN BARU...PHOTOSHOT
Bismillahirrahmanirrahim...catatan ini bersambung lagi...Hari ini dpt pengalaman baru yg tak pernah terfikir akan dilalui..Dapat panggilan dari kak eza suruh datang utk photoshot di Kota Damansara.. hai kak eza last minute punya call, kelam kabut hidup sbb tgh masak utk anak2.Alhamdulillah dah nak settle masak. Terus bersiap dan drive ke HQ. Smpi dkt sana kak eza tgh mekapkan En Wan. Bagus punya budget sbb tukang mekapnya kak eza, jimat belanja....
Hai ya Allah tak pernah pun terfikir akan berada dalam dunia seperti ini..Ya Allah tetapkanlah hati ku ke arah kebaikan...hanya Engkau yg tahu isi hati ku. Bila tiba giliran aku, ada satu masalah yg mmg aku tahu, aku ada masalah utk senyum!!!!!!!!!!!!!!ya...itulah masalah aku yg utama.puaslah kak eza buat lawak...akhirnya aku boleh senyum...tp last minute...kelakar...nanti bila gambar dah ready saya akan upload.mcm2gaya...kaku..tak pernah berposing suruh berposing, nasiblah kau zul (jurukamera.hari ini).
Kebelakangan Allah beri saya peluang utk buat kebaikan dengan menjadi motivator kepada rakan2 yg senasib. (walaupun saya sendiri juga perlu motivasi dari org lain). Dan yg pasti cik hubby menjadi motivator utama kepada diri saya..byk nasihat dan semangat dari sidia. Saya akan cuba sedaya upaya utk berkongsi pengalaman dan semangat. Kebanyakan seseorang yang mempunyai ahli keluarga yang sakit sering mengatakan pesakit itu tidak mempunyai semangat untk terus hidup. Apa yg boleh saya kata, sokongan keluarga sangat2 penting. Diri sendiri juga kena kuat semangat. Kekuatan itu harus dicari. Bagaimana saya mencari kekuatan.? Antara amalan saya yg sering saya amalkan ialah zikir, istighfar, sebanyak mungkin. Bukan itu sahaja sering mengaji...mengaji...mengaji.... banyakan amalan solat malam..lakukan sebaik mgkn. Saya cuba mencari kekuatan itu. Saya merayu, rayu, meminta, memohon kpd yg Esa agar saya diberi kekuatan dan ketenangan. Alhamdulillah keblkgn ini saya lebih tenang dan lebih kuat . Saya akan teruskan perjalann hidup ini, kerana hanya itulah yg boleh kita lakukan, selebihnya itu terserahlah pada yg Esa. Saya insan biasa yg tak punya apa2 yg tak tahu bila penghujungnya. Semuga pengakhiran saya dalam keadaan husnol khotimoh. Catatan ini berhenti disini dahulu. Panjang umur kita berjumpa lagi. Doakan yg terbaik utk saya.

Tuesday, February 5, 2013
CUTI KU DIPANJANGKAN LAGI
Bismillahirahmanirrahim...catatan ini disambung lagi. Semalam adalah perjumpaan dengan onkologi untuk temujanji kemoterapi kali ke 17. Mengikut perancangan asal kemoterapi yang harus dijalani 18 kali, namun memandangkan respond yang badan yang 'ok' doctor mencadangkan supaya kemoterapi ditambah kepada 24 kali. Dalam perjumpaan semalam juga doctor mencadangkan pertemuan dengan pakar bedah selepas tamat cycle ke 6. Rasional doctor utk menambah bil kemo kerana semakin byk kemo dijalankan semakin byk sel kanser yg dpt di'bunuh'.(in sha Allah).Doktor mengatakan walaupun sel kanser telah merebak ke tpt lain, namun pembedahan perlu juga dijalankan supaya tisu yg telah 'rosak' dpt dibuang supaya dapat mengawal perkembangan sel kanser berkenaan. Keputusannya masih belum ku ketahui, nanti bila tiba masänya akan ku tanya pada yg Esa. Selesai kemoteräpi yg ke 8, doktor ada mencadangkan supaya aku menjalani radioterapi. Berapa kali juga belum ku ketahui. Letih mendengarnya. Namun ku tahu Allah takkan memberi sesuatu diluar kemampuan hambanya. Mampukah aku...kita tunggu dan lihat..
Dr Lim menambah bilangan cuti lagi 3 bulan..seronok? Mari kita tukar tempat...sakit + cuti, sihat+kerja... mana satu pilihan anda? Health is wealth...saya tahu ramai yg akan memilih utk sihat+kerja...nama je cuti tp sibuk juga. ( sayalah tu) sibuk tak bertempat.Semalam berbual dengn seorang pesakit kanser payudara tahap 4. Beliau merupakan surirumah tangga berumur 51 tahun. Mempunyai anak 3. Ini adalah kali ke 2 . beliau menjalani kemoterapi.. beliau bertahan dengan kemoterapi, berulang alik dengan menaiki teksi. Sentiasa tersenyum. Beliau kini sudah menjalani 13kali. Beliau kini menghadäpi simptom tangan dan kaki kebas. Ini yang kuketahui merupakan salah satu simpton untuk pesakit yang menggunakan regime yg sama paxlitaxel. Alhamdulillah walaupun susah kali ke 17, aku belum merasai simpton itu. Aku harap tidak akan melalui pengalaman itu.
Kebelakangan ini ramai menegur mengatakan aku kelihatan lebih segar dan sihat. Ya ke? Alhamdulillah..semoga kata2 teguran itu merupakan satu doa. Kebelakangan ini apabila di onkologi ramai yang kerap menegur dan bertanya menemankan siapa yg sakit di onkologi. Selalunya saya akan senyum dan mengatakan säyälah yg sakit. Selalunya mereka akan bertanya...saya ada makan ubat sampingan tak disamping buat kemo. Ya....saya mengamalkan habbatussauda, air zamzam, vit C vit D+kalsium, dan kini SARI AGEGARD keluaran syarikat Dato'. Dr Sarimah..Setakat ini Alhamdulillah...saya rasa lebih segar dan sihat. Mcmana keadaan kanser saya pun tak tahu. Nantilah bila ct scan selesai saya akan update..( kalau saya ada keberanian. Ramai bertanya mcmana SariAgegard bertindak? Baik dlm SARIAGEGARD terdapat double stemcell yang berfungsi utk membaiki dan menggantikan sel2 yg rosak dan bermasalah. Kedua, ia mengandungi B17 yg dikatakan boleh membunuh sel2 yg rosak dan bemasalah seperti sel kanser. Ketiga ia diperkuat oleh ozon yang membantu penyerapan nutrient oleh sel badan secara maksimum. Diberitatahu salah satu masalah ialah penyerapan nutrient oleh sel badan. Kadang2sel badan hanya mampu menyerap sekitar 40%-60%sahaja nutrient yg masuk kedalam sistem badan.. Jadi diharap dngan adanya ozon, sel badn dapat menyerap lebih byk nutrient.Saya tidak menolak tentang supplement lain yg ada dlm pasaran. Bagi saya semua ubat bagus, segalanya akan jd penawar kalau ada IzinNya. In sha Allah..
Nampaknya catatan ini berhenti disini. Doakan yg terbaik uk säya...hanya Allah yg mampu membalasnya.

Friday, February 1, 2013
Hidup mesti diteruskan..
Bismillahirrahmanirahim..Catatan ini bersambung lagi. Baru-baru ini berjumpa dengan seseorang yang saya hormati dan kagumi. Dato' Dr Sarimah Ahmad. Rasanya ramai mengenali beliau seorang pelakon yang terkenal pada zaman P Ramlee. Sempat meluangkan masa utk berbual dengan beliau. Mgkn ada diantara kalangan kita yang tidak mengetahui bahawa beliau pernah menghidap kanser hidung dan merebak ke otak. Ketika disahkan oleh doktor tentang penyakitnya, beliau dikatakan hanya mempunyai jangka hayat 3 bulan. Allahuakbar.. Apa perasaan anda jika ada seorang doktor mengatakan yang anda hanya boleh hidup utk 3 bulan lagi? Sedih, kecewa, marah atau apa? Ketika keputusan ct scan yang pertama diperolehi, doktor tidak mengatakan tempoh waktu untuk saya, tapi doktor ada mengatakan tiada kaedah perubatan yang boleh merawat saya memandangkan keadaan saya pada ketika itu. Sedih???? bohonglah saya jika saya mengatakan yang saya tidak kecewa dan sedih. Sudah terbayang bagaimana keadaan saya mati, anak2 yang ditinggalkan, jenazah yang diusung, soal-jawab dikubur dsbnya. Namun kini alhamdulillah..perasaan sudah agak stabil. Saya merayu-rayu dan meminta pada yg Maha Esa supaya menjadikan hati saya sentiasa tenang dan kuat untuk menerima dan menghadapi ujian ini. Semoga saya menjadi orang yang sentiasa redha dan sabar.
Kebelakangan ini banyak bertemu dengan mereka yang diberi ujian yang sama. Macam2 cerita dan pengalaman yang dikongsi bersama. Allahuakbar...semuga kita tergolong dalam kalangan org yg beriman. Walau sedih dan susah mcmana sekalipun hidup ini harus diteruskan. Saya pun tak tahu sehingga bila saya akan bertahan, maka akan saya gunakan peluang yang ada ini utk mencari bekalan sebanyak mungkin. Ada yang bertanya tidak sedihkah bila mengenangkan anak-anak yang masih kecil? siapa yang tidak sedih tapi siapa saya utk menidakkan ketentuan Allah.. biarlah Allah lebih tahu apa yang terbaik..anak-anak adalah amanah Allah, mereka bukanlah hak kita, kita hanya lah memegang amanahNya. Semuga anak-anak ini, Akif, Aqil dan Akid menjadi orang yang beriman dan bertakwa. Anak-anakku, kau menjadi kekuatan mama utk terus bertahan..
Catatan ini akan berhenti lagi..in sha Allah panjang umur bertemu lagi dicatatan yang lain . doakan yang terbaik utk saya..

Friday, January 25, 2013
Minggu Yang Sibuk...
Bismillahirrahmanirrahim...catatan ini bersambung lagi. Entri kali ini "Minggu Yang Sibuk...". Sibuk ke? (Angkat dua tangan letak dibahu...sambil buat muka toya - afdlin shauki punya trademark) Allahuakbar. Ini gara2 video yg Pn Mas upload di fp nya( http://www.facebook.com/SarimahSignatureSeriesKekalSihatMenawan?fref=ts). Aku menjadi sedikit sibuk berbanding hari-hari sebelum ini.Banyak panggilan tel dan pertanyaan di fb ( http://www.facebook.com/norlizah.ramlan?ref=tn_tnmn) bertanya tentang mcm2 perkara. Ada yg ingin share cerita, ada yg bertanya tentang Sari AgeGard, ada yg menyatakan sokongan dan doa. Allahuakbar... Tak tahu apa yg nak dikatakan. Untuk sesiapa yang di luar sana terima kasih atas doa dan sokongan anda. Hanya doa yang saya mampu berikan. In sha Allah kalian semua dalam doa saya... Semuga kita semua mendapat balasan syurga. ( apa lagi ganjaran yang paling hebat?)
Minggu ini banyak 'pergerakan' yang dibuat. Terbaru ke Kuala Kangsar atas urusan cik Hubby. Kadang2 rasa kagum dengan perjalanan yang telah ditetapkan oleh Ya Rabb..Aturan yang sangat sempurna. Sukar utk saya huraikan disini. Mungkin saya akan ceritakan di entri yang lain. Tak pernah saya terfikir utk berkenalan dengan Pn Mastura dan suami En Wan. Pasangan suami yang sangat sepadan. Semuga Allah merahmati kalian sekeluarga. ( sesiapa yang nak bertanya tentang produk Sarimah Signature Series boleh bertanya pada saya atau En Wan dan Pn Mas - cewah boleh lagi promote...aptb!!!!- apa pun tak boleh )
Kesihatan? alhamdulillah saya terasa makin sihat. Saya boleh menjalankan aktiviti harian yang lama saya tinggalkan bila saya sakit.. mengayuh basikal. Ketika saya sakit basikal ini terkunci dengan lamanya.Dengan rasminya basikal itu telah berfungsi semula sebulan satu minggu yang lepas.. Saya boleh mengayuh tanpa rasa penat dan tercungap-cungap. Alhamdulillah..besarnya kuasaMU Allah. Adakah paru-paru saya telah 'clear' dari sel kanser. Wallauahlam. Ketika ini saya pun tak pasti. Tak mahu terlalu memikirkannya. Biarlah itu urusan Allah. urusan saya ialah terus berusaha, berdoa dan tawakal. ..Minggu depan saya akan meneruskan rawatan di PPUM. Minggu depan bermula cycle yang ke 6. Semuga semuanya berjalan dengan lancar.
Ramai yang bertanya kalau dah makan SariAgeGard ini, rawatan dihospital macamana? Allahuakbar saya bukan doktor. tapi apa yang saya boleh kata pilihan ditangan sendiri tapi secara peribadi sekiranya masih menjalani rawatan di hospital teruskanlah. Supplement yang kita makan utk membantu badan kita melawan penyakit secara alami. Bagi yang beragama Islam yang percaya pada kuasa Allah, mintalah berdoalah rayulah padaNya ( ingatan utk diri sendiri). Sentiasa bersangka baik dengan Allah... Seandainya apa yang kita perolehi tidak sama dengan apa yang diminta, bersabarlah. kerana Allah tahu yang terbaik utk kita. Saya bukanlah orang yang baik tapi saya berusaha utk menjadi yang baik. Semuga Allah menetapkan dan melorongkan hati saya ke arah kebaikan. Ketika ini saya hanya melalui apa yang Allah tentukan . Nampaknya catatan ini berhenti setakat ini. Panjang umur kita berjumpa lagi.. Doakan yang terbaik utk saya..

Saturday, January 19, 2013
MENCARI KESEMBUHAN...
Setelah lama berhenti dari menulis di blog ini, akhirnya catatan ini bersambung semula. Banyak yang ingin dicatatkan tapi semuanya bercampur2. Tunggu dan lihat apa yang akan tersirat sahaja. Pada 3 Dis 2012 yang lalu, satu CT Scan telah dijalani. Resultnya?? Ya..terdapat pengurangan pada sel kanser di bahagian tertentu. Contohnya pada paru-paru kanser masih ada cuma bil dan saiz lesion terdapat pengurangan, begitu juga di hati. Pendek kata kanser masih ada dalam tubuh ini. Alhamdulillah,,seribu kesyukuran tetap ku panjatkan pada yang Esa. Aku masih diberi peluang untuk bernafas di alam fana ini utk melunaskan beberapa perkara sebelum aku pulang menemui Ya Rabb. Apabila terkenang kata2 doktor tempohari adakalanya hati ini tersentak2, tapi aku kuatkan semangat dan hati dan sentiasa istighfar dan mengingatkan diri ini yang terbaik utk diri aku yang telah ditentukan olehNya. Kesembuhan itu milik Allah, usaha itu milik manusia. Selagi nyawa dikandung badan, aku akan mencari kesembuhan itu. Menurut doktor pada tahap ini tiada istilah sembuh dan rawatan yang diberi hanya utk mengurangkan kesakitan. Allahuakbar...Kau yang lebih berkuasa..aku hamba yang lemah lagi hina...Ampunkan dosa ku.
Doktor masih menyambung cuti kerana rawatan yang dijalani memerlukan komitmen sepenuhnya. Hampir setiap minggu aku masih menyelusuri jalan dan highway Rawang-Subang. PPUM sudah menjadi tempat 'singgahan' tetap. En Hubby yang setia menemani dan menghantar aku ke PPUM...terima kasih sayang. Rutin harian yang dijalani sekarang ini sangat menenangkan dan mendamaikan. Hanya keluarga dan anak2.
Untuk tahun 2013 ini tiada perancangan khusus, aku hanya melalui setiap detik dan masa mengikut 'flow' yang ada. Aku ingin melalui kehidupan yang ringkas tapi signifikan!!! Pernah dengar kata2 ini? OO oo.. ini tajuk blog Prof Mohd Kamil yang saya ikuti..sesapa yang suka membaca blog boleh cr blog ini. sangat menarik ( pada pandangan saya).
Teringat perbincangan dengan onkologist minggu lepas, Dr Lim ada mencadangkan saya meneruskan rawatan sehingga cycle ke 8, ini bermaksud rawatan akan berterusan sehingga bulan April. Beliau juga ada mencadangkan aku meneruskan rawatan sehingga badan aku tak boleh menerima regime itu lagi. hemmmm.. yang itu belum aku fikirkan lagi. OOOoo doktor juga ada menambah regime dalam rawatan yang aku jalani iaitu Zometa, berfungsi utk mengelakkan tulang daripada rapuh. Abg nizam ada mencadangkan supaya aku membuat rawatan sel stem untuk menggantikan sel-sel yang rosak. Daripada sedikit pembacaan, rawatan ini ketika ini dijalankan di luar negara. Tak pasti di Malaysia ada atau tidak rawatan ini.Jika sesiapa yang mengetahui tentang rawatan ini bolehlah beri sedikit maklumat dan info. Baru-baru ini mendapat tahu ada satu produk makanan tambahan keluaran Primadona Worldwide yang dinamakan SARI AGE GARD . Bahan aktifnya ialah PhytoCellTec Malus Domestica, ekstrak sel induk Greengage dan ekstrak biji aprikot dan bahan-bahan lain. Bunyinya agak menarik. Tak salah mencubakan. Manalah tahu dengan izinNYa..Produk yang agak baru dipasaran. Aku masih meneruskan dengan supplement yang lain.Tetapkan dalam hati bahawa ini adalah usaha, yang menyembuhkan adalah ALLAH. Sekadar mengingatkan diri sendiri bahawa bukan ubat atau doktor atau kaedah yang menyembuhkan tapi ALLAH.
Catatan ini berhenti setakat ini dahulu, in sha Allah panjang umur kita bertemu lagi di catatan yang lain. Doakan yang terbaik untuk saya..

Wednesday, December 5, 2012
Time's up!!!
Apa yg time's up?? ok timbang berat yg terbaru sudah capai berat yang dinginkan 46 kg. So masa utk berhenti dari makan sesuka hati. harap2 badan ni mendengar cakap tuannya!!!. tapi masalahnya nampak segala benda sedap..minggu lepas sempat pg jejalan bawak2 3A. sempat singgah di pulau pinang. ( luv this place!!! singgah je..) sebab dkt sana byk tmpt makan best2. diet? minta maaf ya. buat2 lupa sekejap. tak tahu knape suka ke sana, anak2 pun heran. cik hubby layan je. lps ni sepatutnya ada perancnagan nak pg jejalan lg, tp postponed atas sbb tertentu esp healthy issue. Sapa ? tuan punya blog nilah..Sorry ye tanti (my sis) lain kali ye jln2 dgn ko!! In sya Allah. umur panjang kita jejalan sesama. tak pun pg jelah dgn mak n bapak n zamri tu. entry kali ni pendek je sbb mata ni layu tggu je utk lelap sbb siang td pg chemo..saya berhenti disini, doakan yg terbaik utk saya..
Saturday, November 17, 2012
CUTI 2 MINGGU...
bismillahirrahmannirrahim.....Cuti sekolah telah bermula. Saya???Saya bercuti sejak Julai yg lalu dan kemungkinan saya akan mula bekerja Jan 2013 sekiranya tiada apa-apa masalah. Baru sahaja selesai menjalani proses kemoterapi cycle 3. Alhamdulillah setakat hari ini semua berjalan dengan baik. Satu perkara yang agak menggembirakan saya telah diberi cuti rehat selama 2 minggu. Rawatan akan disambung semula pada selepas 3 Dis. Saya akan menjalani ct scan untuk melihat perkembangan dan keadaan BC saya. Semuga semua berjalan dgn lancar. Mengharapkan yang terbaik dan pastilah yang berlaku itu yg terbaik. Walaupun mengikut perancangan asal rawatan cycle 4 diteruskan selepas rehat 1 minggu. Namun atas perbincangan dgn oncologist pada minggu lepas, rawatan akan disambung sejurus keputusan ct scan diperolehi. Masih tercari-cari destinasi utk pergi bercuti. Mengambil peluang utk membawa budak2 (3A-akif,aqil,akid) pergi bercuti. Dengan mengambil kira keadaan cuaca yang sentiasa hujan, maka tidak pasti lg ke mana harus dituju. Yang pasti destinasinya di dalam Malaysia.
Cuti sekolah kali ini, aktiviti 3A agak longgar walaupun ada pada awalnya ada perancangan utk menghantar akif dan aqil ke kelas tahfiz utk kelas Al-quran, namun atas sebab2 tertentu ia terpaksa dibatalkan. Tiada aktiviti khusus untuk mereka, sekadar menetapkan sasaran utk akif khatam mengaji Al-quran. Manakala utk aqil memastikan bacaan mengaji bertambah lancar. dan siapa tuk gurunya??? Pastilah mamanya yg garang...Dinding!!!!!!Aktiviti rutin berjalan seperti biasa, cuma yang pasti terasa sedikit 'meriah' dengan 3A yang sedang bercuti..Suara mama yang sentiasa bergema memenuhi ruang rumah...bak kata cik suami mama alami sindrom menopause..huahuahua.. mmg pun itu sindrom yang akan dialami spt yg diberitahu oleh dr. Ketika entri ini ditulis saya baru sahaja selesai meredah kebun (kebun ke??? tak tahu nak panggil apa) bersama 3A . Insyaallah jika diizinkan akan ada sambungan bagi catatan ini. Doakan yang terbaik utk saya.

Wednesday, November 7, 2012
Kemoterapi-Mimpi Ngeri?
Bismillahhirrahmannirrahim...Selepas Aidilfitri yang lalu saya telah memulakan rawatan kemoterapi. Mengikut keputusan biopsi yang lalu kanser saya adalah jenis HER2. Dalam keadaan kesihatan yang tidak begitu mengizinkan pada ketika itu, doktor mencadangkan saya menjalani proses kemoterapi dengan dos yg 'mild' iaitu proses yg dilakukan secara mingguan setiap minggu dan untuk satu cycle ia mengambil masa 3 minggu. Sebelum proses kemoterapi saya perlu menjalani pemeriksaan darah. Bermakna setiap selasa dan rabu saya perlu ke hospital. Pada permulaan saya ke hospital, suami perlu menolak saya di kerusi roda. Saya mempunyai masalah pernafasan yang agak teruk. Dengan berat badan yang semakin menurun tidaklah menjadi kesukaran untuk suami menolak saya ke hulu dan ke hilir. Pada peringkat awal saya perlu menjalani pelbagai pemeriksaan seperti scan tulang, pemeriksaan jantung, pemeriksaan darah dan pelbagai lagi. Yang mana memerlukan saya untuk bergerak dari satu tempat ke satu tempat. Terasa seperti insan 'istimewa' apabila saya perlu diusung dengan kerusi roda yang mana sentiasa mendapat keutamaan dan keistimewaan di tempat awam. Dapat menaiki lif pesakit, mendapat nombor giliran istimewa yang lebih cepat daripada orang biasa dan pelbagai lagi. Ketika entri ini ditulis saya dalam proses kemoterapi cycle 3 minggu 2. Regimen yang digunakan untuk proses kemoterapi saya ialah paxlitaxel. Terdapat pelbagai regimen yang digunakan dalam proses kemoterapi ini bergantung kepada jenis kanser seseorang.
Kebiasaannya sebelum kemoterapi dijalankan pemeriksaan darah perlu dijalani untuk memastikan sel darah merah dan darah putih dalam keadaan normal dan baik. Begitu juga dengan keadaan hati dan buah pinggang , jadi setiap kali ujian darah pihak nurse akan mengambil dua tiub darah. Satu perkara yang kurang digemari untuk proses ini ialah apabila di'cucuk' dengan jarum . Saya pasti kebanyakan orang juga tidak menggemari bahagian ini. Bagaimanapun saya tetap bersyukur kerana setakat ini pihak nurse tidak menghadapi masalah untuk mencari salur darah yang 'baik'. Apa yg saya perhatikan kadangkala ada pesakit yg perlu dicucuk beberapa kali kerana masalah utk mencari salur darah yg sesuai utk membolehkan darah diambil. Masalah yg berlaku biasanya salur darah sudah 'rosak' aatau 'mengeras' atau 'terbakar'. Selepas proses pengambilan darah, pesakit perlu berjumpa dengan doktor untuk pemeriksaan atau perbincangan lanjut. Satu yg saya perhatikan di PPUM sistem maklumatnya secara online maka prosesnya lebih mudah dan pantas. Saya tak pasti dihospital lain. Walau di bahagian mana pun urusannya, pihak berkaitan tiada masalah untuk mengakses maklumat berkaitan. Setakat perjumpaan saya dengan oncologist di PPUM , semuanya 'baik2' belaka dan prihatin dan sabar!!!. Mungkin sebab kebanyakan pesakit di oncologi itu sangat 'fragile' ( mcm sayalah..). Hari berikutnya biasanya adalah hari kemoterapi sekiranya ujian darah tiada masalah. Alhamdulillah dalam keadaan saya sakit bermula minggu 1. tidak pernah lagi proses kemoterapi saya tertangguh kerana masalah kesihatan. Kadangkala ada pesakit terpaksa menangguhkan proses kemoterapi kerana keadaannya tidak mengizinkan. Kemoterapi hanya akan dijalankan sekiranya keadaan pesakit baik dan 'sihat'. Sebelum proses kemoterapi biasanya pesakit termasuk saya akan diberikan beberapa preskripsi ubat seperti ubat alahan, tahan muntah dan gastrik( kalau tak silap saya...) Satu proses yg kurang digemari juga semasa ubat di'infuse' ke tube ialah saya akan rasa sedikit ketakselesaan seperti mata berpinar2, tangan rasa gatal2, dan ketakselesaan dibahagian ari-ari. Tetapi ketika paxlitaxel di'infuse' tiada apa kesan sampingan dirasakan. Regimen ini memerlukan tube khas berbanding regimen lain menyebabkan proses ini mengambil masa lebih kurang 3 jam malah kadangkala lebih. Kali pertama ia mengambil masa 5 jam setengah kerana 'flow' yang dialirkan agak perlahan memandangkan ia kali pertama. Apa kesan sampingan yg saya rasa? Untuk minggu pertama, selepas saya pulang ke rumah, selepas waktu Isyak saya merasa ketakselesaan yang melampau di bahagian belakang disebelah kiri sehingga saya perlu ke bahagian kecemasan pada pukul 2 pagi kerana rasa itu tidak hilang walau saya telah makan beberapa biji ubat tahan sakit. Setelah diberi suntikan ubat tahan sakit, akhirnya rasa 'itu' hilang dan saya pun dibenarkan pulang ke rumah. Keesokan harinya saya merasakan sakit dibahagian abdomen dan merasa sesak nafas. Saya tak pasti sakit itu disebabkan kesan sampingan kemoterapi atau sakit disebabkan kanser itu sendiri.. Setelah 3 hari keadaan itu hilang. Bagaimanapun alhamdulillah kerana saya tidak menghadapi masalah lain seperti muntah atau gastrik atau hilang selera makan. Pada minggu kedua saya berjumpa dengan doktor dan menceritakan masalah yang dihadapi, dan doktor mengatakan kesan sampingan itu mungkin disebabkan steroid atau ubat yang diberi sebelum atau selepas kemoterapi. Pelik juga kesan sampingan itu disebabkan ubat atau steroid yang perlu diambil utk mengelakkan kesan sampingan regimen kemoterapi itu sendiri. Maka pada minggu ke 2 saya tidak lagi mengambil steroid yang dibekalkan untuk selepas kemoterapi. Walau di hati rasa bimbang juga tapi saya perlu mencuba untuk melihat respon tubuh untuk kemoterapi ini. Alhamdulilah pada keesokan hari selepas proses kemoterapi minggu 2 saya merasakan seperti keajaiban yang diberi oleh Allah. Rasa sakit sebelum ini telah ditarik oleh Allah. Saya tidak lagi rasa sesak nafas, saya rasa lebih sihat seolah2 diberi tubuh baru
( Subhanaallah..).Saya boleh bangun dari tidur dan berjalan ke bilik air tanpa rasa penat dan saya boleh bersolat secara berdiri( sebelum itu saya terpaksa bersolat duduk). Saya tak pasti bagaimana keadaan itu berlaku. Semuanya kuasa Allah. Penyebabnya mungkin air zamzam yang saya minum sepenuhnya menggantikan air kosong biasa atau supplement2 ( akan diceritakan di entri lain) atau kemoterapi . Tak siapa tahu. Mungkin kombinasi kesemuanya termasuk doa2 orang disekeliling saya yg tak putus2. Bak kata kawan baik saya , kadangkala bidang kerja guru ini ada kelebihannya kerana kita dikenali oleh ramai anak2 , jadi kita ini sentiasa murah rezeki dengan doa dan dalam banyak2 murid itu pastinya ada doanya yang diangkat oleh Allah. Malah bukan anak murid itu sahaja malah ibubapanya juga. Yang pasti semenjak saya sakit, ketika rutin bacaan Yasin setiap minggu disekolah pastinya ada terselit doa untuk saya. Ada perkhabaran yg saya terima ada diantara rakan2 dan murid2 membuat solat hajat untuk kesihatan saya pada bulan Ramadan yang lalu. Masyaallah..tidaklah dapat saya membalas pertolongan orang2 ini. Hanya doa yg dpt saya berikan.
Seterusnya untuk minggu2 berikutnya proses kemoterapi seperti satu proses rutin yang 'menyeronokkan' kerana saya tidak mengalami kesan sampingan yang teruk2. Tapi satu kesan yg saya alami ialah rambut gugur. Mula2 perasaan itu sedih juga tapi apabila masuk minggu ke3 dah tiada apa2 perasaan. Apatah lagi suami juga membotakkan kepalanya. Jadi adalah kawan untuk 'berbotak'. Apa yang boleh saya katakan untuk saya proses kemoterapi ini tidaklah menjadi mimpi ngeri utk saya walaupun sebelum ini saya mendengar pelbagai cerita tentang kemoterapi ini. Yang pastinya selera makan saya bertambah dari hari ke hari. Sepanjang proses kemoterapi di PPUM suami akan membelikan apa sahaja makanan yang saya kehendaki dan saya akan makan hampir sepanjang masa. Doktor berkata saya perlu makan dengan baik untuk menambah berat badan yang hilang. Berat badan saya menurun dari 54 kg ke 38 kg sepanjang saya sakit.
Apa yang boleh saya katakan saya tidaklah mengalami kesan sampingan yang teruk semasa proses kemoterapi . Berdasarkan respon tubuh saya setakat ini, doktor mencadangkan saya perlu menjalani 6 cycle atau 18 kali. Ini bermaksud saya perlu di'cucuk' sebanyak 36 kali tidak termasuk proses 'cucukan' yang gagal. Namun setakat catatan ini dicatat saya sudah boleh menjalani rutin harian seperti biasa. Batuk yang tidak pernah saya bayangkan akan berhenti telah tiada. Nafas yang pendek dan tersekat-sekat juga sudah kembali seperti normal. Syukur Alhamdulillah... saya tak pasti keadaan kanser saya setakat ini. Bagi saya ketika ini dapat bangun berjalan dan menjalankan rutin harian seperti biasa sudah menjadi seribu rahmat. Bagaimanapun saya akan terus berjuang utk melawan 'musuh' ini sehingga ke akhirnya. Mungkin sebelum ini saya hampir tewas, namun sekarang saya cuba utk bangkit semula. Segalanya saya serahkan kepada Yang Maha Berkuasa. Saya pasti setiap yang berlaku adalah dengan izinNya. Tapi sebagai manusia usaha itu adalah diwajibkan dan bak kata cik suami saya, kita buat kerja kita jangan ganggu kerja Allah, maksudnya kita hendaklah buat apa sebagai yang patut dibuat berusaha, berdoa dan bertawakal. Selebihnya kita serahkan kepada Allah kerana Allah yang lebih mengetahui. Catatan ini akan berhenti disini. Doakan yang terbaik untuk saya. Insyaallah jika dizinkan kita akan bertemu di catatan yang lain
Monday, October 29, 2012
Cinta dan Kasih Sayang
Bismillahhirahmannirrahim...Catatan ini disambung lagi. Pada ketika orang lain sibuk dgn urusan dunia masing2, saya duduk dirumah sambil menunggu akif pulang ke rumah dari sekolah. Sesungguhnya apabila kita berada dalam kesusahan dan kesakitan kita dapat menilai hati budi dan kasih sayang seseorang terhadap diri kita.
Ketika saya jatuh sakit saya dapat merasakan rasa cinta dan kasih sayang suami, anak2, mak dan bapak, mak mertua, adik-beradik, ipar duai, kawan-kawan, anak-anak murid dan jiran tetangga. Jika sebelum ini, mungkin rasa cinta dan kasih sayang itu ada namun kurang dapat dirasakan di dalam hati.
Suami yang tercinta, sayangku padamu kerana Allah..Orang yang tak pernah jemu dan sabar dgn kerenah saya. Sentiasa penuh dgn kata-kata nasihat dan semangat walau kadangkala ia seperti mencurah air di daun keladi ( keladi tu sayalah...)Menguruskan rumah dan anak2 ketika saya sakit. Tidak pernah berputus asa dengan rahmat Allah dan yakin ada keajaiban utk saya daripada Allah. Subhanaaalah.. Kau pertemukan aku dengan insan ini, aku yakin setiap yang berlaku ada hikmahnya.
3A - Akif, aqil dan akid; 3 budak lelaki yang menjadi kekuatan saya utk terus berjuang. Ketiga-tiga mereka ini cukup memahami keadaan saya ketika sakit. Sentiasa mendoakan mama mereka dgn cara mereka tersendiri dan bahasa mereka sendiri yang saya sentiasa perhatikan akan mengangkat tangan utk berdoa selepas solat dan tidak pernah menyatakan isi doa mereka. Semuga kamu semua akan menjadi insan yang bertaqwa dan beramal soleh.
Emak dan bapak yang cukup sedih apabila saya jatuh sakit. Emak yang banyak membantu dan menemankan diri saya ketika saya sakit, yang mengurut badan saya apabila saya mengaduh sakit. Tidak terbalas saya budi dan kasih sayang mak. Segala-galanya tidak terucap oleh kata-kata kerana tidak ada kata2 yang mampu menceritakan cinta dan kasih sayang mak. Hanya hadiah alfatihah dan doa yang mampu saya berikan kepada mu. Ya Allah masukan ku kedalam syurga bersama mak dan bapak ku tanpa hisab. itulah antara doa yang sering diucapkan. Bapak seorang yang tegas ketika muda dan anak2 semua takut dan banyak mengadu hal dengan mak ketika kecil. Namun ketika saya sakit , saya dapat merasakan sebenar-benar kasihnya. Setiap hari akan ada panggilan telefon darinya utk memastikan keadaan saya. Betapa dia menitiskan air mata kerana saya ketika meminta pertolongan dan doa seorang imam kampung saya yang akan pergi menunaikan haji supaya saya diberi kesembuhan dan kesihatan. Betapa dia mengizinkan mak utk tinggal bersama saya ketika saya sakit sedangkan keadaan dirinya juga kurang sihat yang memerlukan jagaan. Allah..Allah. Kau ampunkan dosa-dosa kedua-dua ibu bapaku. Aku merayu....
Mak mertua yang sangat yakin dan tak putus-putus berdoa dan sentiasa mendoakan kesembuhan dan kesihatan. Begitu juga dgn adik-beradik, ipar duai, kawan-kawan dan anak2 murid yang sentiasa berdoa utk kesembuhan saya. Ada yang menitiskan air mata meminta pertolongan daripada Allah. Keadaan itu saya ketahui dan saya merasakan cukup terharu kerana saya membayangkan ada antara orang-orang ini hanya 'kenalan2' biasa tetapi mereka tidak lokek berdoa utk saya. Tidak terbalas saya segala pertolongan yang diberikan hanya doa...doa..yang saya mampu berikan...Semuga Allah menempatkan kalian di Jannah.
Nampaknya catatan ini akan berhenti di sini seketika. Panjang umur kita berjumpa lagi. Insyaallah..Doakan yang terbaik utk saya..

Sunday, October 28, 2012
Perginya Rakan2 Seperjuangan..
Bismillahirrahmannirrahim..Saya mulakan catatan ini dgn rasa keinsafan di dalam hati. Kebelakangan ini mendapat tahu beberapa kenalan yang merupakan rakan2 seperjuangan yang telah pulang kembali ke tempat menemui Yang Maha Agung. Kita semua juga akan pergi menemuiNya. Bersediakah aku? Allahuakbar...Sesungguhnya Kekuasaan adalah milik Mu. Ya Rabb..
Selama ini mengikuti penulisan seorang pejuang yang menghidap kanser buah pinggang. Doktor meramalkan yang beliau mampu hidup utk 6 bulan sahaja, namun Allah lebih berkuasa. Beliau hidup untuk 2 tahun lagi selepas dari ramalan doktor. Selama ini mengikut tulisan beliau dan beliau pergi pada pertengahan september yang lalu, namun kematiannya hanya saya ketahui setelah beberapa minggu beliau meninggal.
Pada hari raya aidilfitri ketika saya sedang sakit saya dikunjungi saudara sepupu. Beliau memberitahu ibu mertuanya juga menghidap kanser payudara tahap 4. Menerima rawatan di hospital dan sudah menjalani beberapa pembedahan . Pada masa yang sama juga menjalani rawatan secara alternatif dan dikhabarkan ibu mertuanya sudah sihat dan boleh menjalankan rutin harian seperti biasa. Terdetik ketika itu sedikit perasaan irihati mendengar perkhabaran itu kerana membandingkan diri yang masih sakit. Astaghfirullah... memujuk hati dan terus memujuk hati..Namun beberapa minggu yang lepas mak membawa perkhabaran yang ibu mertua saudara tersebut telah meninggal dunia. Terkedu seketika ... Innnalillah..Dari Mu kami datang kepada Mu jua kami kembali...
Ketika ini masih meneruskan perjuangan sambil 'menikmati' cuti. Beberapa hari yang lepas, seorang sahabat baik ketika sama-sama belajar bertelefon bertanya khabar. Dalam bergembira bertukar cerita, beliau mengkhabarkan seorang kenalan kami ketika sama-sama belajar meninggal dunia sebelum aidilfitri yang lalu kerana kanser usus. Innalillah...Seorang perempuan yang baik hati dan cantik ,mempunyai seorang anak lelaki . Saya telah ketahui arwah menghidap penyakit beberapa tahun yang lalu. Arwah juga menulis blog menceritakan perjalanan hidupnya. Arwah juga sudah menerima pelbagai rawatan dan kelihatannya telah pulih namun penyakitnya itu datang kembali dan telah menyerang nodus limfa dan kelenjar. Allahuakbar.. Kau lebih berkuasa. Perkhabaran itu sangat mengusik hati ini. Masih terbayang-bayang wajah arwah..Erra semuga kau ditempatkan di kalangan orang yang beriman dan bertakwa. Aku juga akan kembali dan menyusul. Semua manusia akan kembali.!!!!
Apabila difikirkan yang kita semua kembali akan ke sana dengan hanya sehelai kain kafan , hati ini merasa cukup insaf. Kita akan meninggalkan segala-galanya di dunia dan pergi bersama-sama amalan kita semasa hidup. Masyaallah.. takutnya. Allah ampunkan dosa hambamu yang hina ini. Terimalah amalan ku yang sedikit ini . Catatan ini berhenti di sini dahulu. Andai diizinkanNya akan ada sambungannya lagi ..Doakan yang terbaik untuk ssaya

Disapa Malaikat Izrail (II)
![]() |
| My heroes....... |
Sesungguhnya ketika jatuh sakit tempoh hari saya tidak terbayang langsung yang saya akan menaip utk menulis catatan ini lagi. Tapi Allah Maha Agung. Dia mempunyai rancanganNya yang tersendiri. Apa dia? Tiada siapa yang tahu. Ketika sakit tiada apa yang difikirkan hanya memikirkan utk mencari bekalan utk di bawa pulang. Sesiapa yang berada di situasi saya pasti akan berbuat perkara yang sama. Siapa yang tidak takut akan kematian? Saya tak pasti sekiranya ada diluar sana yang mengatakan dia bersedia dan berani utk pulang. Mungkin ada ...siapa tahu. Bagi 'orang biasa' seperti saya sudah pasti merasa takut utk pulang kerana bekalan yang 'ala kadar'. Allah...Allah... ampunkan dosa2 ku. Kesakitan ini memberi saya peluang dan ruang utk muhasabah diri. Mengenang kembali perjalanan hidup dan membetulkan kembali matlamat dan tujuan saya hidup di muka bumi ini. Allahuakbar ....satu hikmah yang saya perolehi. Bila memikirkan apabila mati tiada apa yang dibawa kecuali amalan kadangkala seperti tidak mahu berbuat apa2 kecuali duduk beribadat. Dengan cabaran hidup pada masa kini yang sangat mencabar yang pastinya insan yang tidak mempunyai kekuatan iman dan takwa pastinya akan sentiasa berbuat dosa sama ada kecil atau besar. Namun bukan itu yang dikehendaki oleh Allah. Bekerjalah seperti kita akan hidup seperti 1000 tahun lagi dan beramalah seperti kita akan mati keesokkan hari. Ya itulah yang harus dilakukan. Jadikan dunia ini ladang utk kita bercucuk tanam dan hasilnya kita tuai di 'sana' nanti. Peringatan ini utk diri sendiri sebenarnya.
Subhanaallah... bantulah hambaMu yang hina ini utk mencari keredhaanMu.
Sesungguhnya byk perkara ingin dicatat buat peringatan diri sendiri namun ketika ini keadaan tidak mengizinkan. Mungkin akan disambung lagi sekiranya diizinkan olehNya. Doakan yang terbaik untuk saya...
Saturday, October 27, 2012
Disapa Malaikat Izrail ( I )
![]() |
| Sumber inspirasi!!!! |
Subhanaallah...tak tergambar apa yg berlaku kebelakangan ini di dalam fikiran sebelum ini. Jatuh sakit!!!!!Saya sakit. Kritikal? Saya pun tak tahu. Tapi saya dah terbayang kematian di depan mata. Kesakitan ini sebenarnya bermula pada bulan Mac yg lalu. Bermula dengan sakit tekak dan batuk. Batuk dan batuk dan batuk... Batuk yg tak mau hilang sehingga akhirnya pada Julai yang lalu saya memberanikan diri utk pergi ke KPJ Tawakkal utk membuat CT Scan. Keputusan? Seperti yang dijangkakan sel kanser telah merebak ke organ yang lain seperti peparu, hati, tulang belakang, tulang rusuk dan di merata tempat yg lain. Kali terakhir pemeriksaan Xray dibuat pada Nov 2011, ketika itu tiada kesan sel kanser pada paru-paru dan tumor marker yang dibuat pada Feb 2012 keadaan sel kanser dalam darah masih dalam keadaan terkawal dan rendah. Namun bermula Mei 2012 bacaan tumor marker semakin meningkat dan meningkat. Allahuakbar..Semua yang berlaku adalah dengan keizinanNya. Adakah aku bodoh kerana membiarkannya. Tidak sama sekali. Pada ketika itu saya giat meneruskan usaha secara alternatif utk merawat sakit ini. Namun Allah ada perancanganNya yang tersendiri. Tidak diizinkanNya utk saya sembuh lagi ketika itu malah semakin bertambah teruk. Adakah aku menyesal?. Sukar utk digambarkan perasaan pada ketika itu. Selepas keputusan CT Scan diperolehi, doktor di KPJ Tawakkal menolak utk melakukan pembedahan. Alasannya keadaan diri saya yang membimbangkan dan mgkn beliau tidak mahu mengambil risiko kerana keadaan tumor dan paru-paru. Pernafasan yang semakin pendek dan tersekat-sekat. Batuk yang tidak berhenti-henti. Jadi apa pilihan yang saya ada.? Bertanya doktor adakah kemoterapi boleh dilakukan utk sebagai pilihan rawatan. Beliau menyatakan kemoterapi jg tiada guna utk dilakukan kerana sel kanser sudah merebak keseluruh bahagian abdomen. Jika dilakukan juga mgkn memerlukan dos yg tinggi dan bimbang badan semakin terus lemah.
Masyaallah.. selepas itu saya terus hilang semangat dalam diri dan keyakinan. Apabila semangat dan keyakinan hilang, badan terus semakin sakit. Doktor di KPJ Tawakal memberikan cuti sakit 3 bulan. Rawatan tidak diberi tapi cuti diberi, pelik? Utk apa? Mahu saya berehat di rumah dan menunggu malaikat Izrail dtg ke? Hati pada ketika itu rasa sangat kecewa dengan doktor berkenaan. Tetapi Allah ada perancanganNya tersendiri. Suami ketika itu menjadi tulang belakang utk saya terus berdiri. Dia tidak diam sahaja. Dia membawa diri ini dimerata tempat utk berubat. Sebutlah kemana sahaja selagi cara perubatannya tidak melanggar hukum Islam akan di'usung'lah diri ini. Saya terus sakit dan sakit. Batuk semakin teruk kerana sudah mengeluarkan titisan-titisan darah dan lendir kekuningan kelihatan seperti nanah. Dimana tempat2 berubat mgkn akan dicatat di entri yg lain. Sehinggalah pada bulan Ramadan yang lalu ( tak pasti tanggal berapa ) saya sesak nafas dan terpaksa ke bahagian kecemasan PPUM utk diberi rawatan. Disitulah bermulanya episod baru utk saya. Doktor dibahagian kecemasan meminta saya merujukkan diri di bahagian surgeri. Saya dipertemukan dengan seorang doktor bedah payudara yang sangat baik hati dan lemah lembut. Beliau memujuk saya utk membuat rawatan di hospital. Cadangan beliau supaya membuat rawatan kemoterapi utk cuba mengawal perkembangan sel kanser dari terus merebak. Pembedahan pada ketika itu bukanlah pilihan yg terbaik kerana sel kanser telah merebak. Mula2 saya menolak, namun beliau meminta utk fikirkannya dirumah. Akhirnya saya bersetuju dan kes saya dirujukkan ke bahagian onkologi. Di bahagian Onkologi berjumpa pula dengan seorang oncologist yang juga sangat prihatin dan baik hati. Beliau mencadangkan saya membuat rawatan kemoterapi mingguan dengan dos yang 'mild'. Jadi selepas Aidilfiti yang lalu saya memulakan rawatan kemoterapi yang menjadi igauan ngeri pesakit2 kanser. Adakah ia menjd mimpi ngeri utk saya? akan dicatatkan pengalaman itu di entri yang lain.Kini sudah selesai 2 cycle. Minggu depan cycle 3 akan bermula. Hampir setiap minggu akan ke PPUM. 2 kali seminggu. Setiap Selasa dan Rabu. Apa perkembangan terkini. Dari pengamatan mata kasar, semua tumor sudah hilang dan kecut. Batuk yang tak berhenti-henti sudah tiada. Keadaan seperti tiada apa yg berlaku. Bagaimanapun sel kanser adakah masih ada tidak dapat dipastikan. CT Scan akan dilakukan lagi pada 3 Disember akan datang selepas cycle 3 selesai. Berapa cycle akan dijalani. Pada awalnya doktor tidak dapat memastikannya melihat pada keadaan diri pada ketika itu. Bagaimanapun ketika cycle 2 dijalani doktor melihat perkembangan diri dan menyatakan mgkn perlu menjalani 6 cycle ataupun 18 kali sahaja. Itupun bergantung kepada CT Scan....
Nampaknya catatan ini berhenti seketika disini. Doakan yang terbaik utk saya!!!
Saturday, April 7, 2012
Itulah kehidupan..
Terasa seperti ingin mencatat sesuatu, tetapi apa dia masih kabur lagi. Hujung minggu lepas dalam kesibukan bertugas aku masih sempat untuk pergi bercuti bersama kawan-kawan ke Sabah. Pergi petang Jumaat sampai kerumah semula pada malam Ahadnya. Penat juga. Terima kasih pada suami tersayang kerana mengizinkan dan sudi menjaga anak-anak. Untuk apa ke Sabah? sekadar berjalan-jalan mengubah suasana dan pandangan. Aku tidak pernah ke sana itu yg pertama kali. Dapat melihat gunung Kinabalu dari jarak yg dekat. Sungguh indah. Sempat naik jambatan Tamparulli. Juga sempat memanaskan kaki di Hot Spring, dan memenatkan kaki menaiki Canopy Walk yg menjadi mimpi ngeri seseorang yang bernama Juli, huahuahua...kelakar bila diingatkan kembali. . Banyak perkara yg berlaku kebelakangan ini. Minggu ini juga dapat tahu suami kepada sahabat lama meninggal dunia kerana kemalangan di R n R Rawang. Orangnya sihat dan masih muda. Itulah bila ketentuan sudah tiba, tidak ia akan lewat walau sesaat Al- Fatihah untuk arwah. Oooo.. sudah lebih dari 5 minggu juga salah seorang dari anak buah suami meninggal dunia. Seorang perempuan yg masih muda, belum berkahwin dan sihat walafiat. Namun itulah bila ajal sudah tiba siapalah kita untuk mengelakkannya. Sebab? asalnya arwah demam, sehingga satu ketika lemah tubuh badan dan akhirnya doktor sahkan arwah dijangkiti sejenis bakteria. Jangkitan itu merebak kejantung, paru-paru, buah pinggan dan ke otak. Akhirnya arwah koma, dan sampai satu tahap doktor terpaksa memotong salah satu kakinya kerana dijangkiti kuman. Masyaalah.. sedih mendengar keadaan arwah. Setelah 3 minggu arwah dirawat dihospital Ampang, akhirnya meninggal dunia. Walaupun aku tidak dapat melihat arwah ketika dia sakit tapi suami sentiasa pergi melawat. Aku hanya dapat mengiringi jenazah ke kubur. Namun tidaklah dapat aku melihat wajah terakhir arwah sebelum dikebumikan gara-gara anak tak mahu turun dari kereta. Tapi dari penceritaan suami, jenazah arwah sangat tenang. Ya Allah.. sayu hati mendengarnya. kelihatannya semua sangat baik. Dengan derita sakit yang dialami sebelum dia meninggal dunia mungkin Allah telah hapuskan segala dosanya. Ya Allah Kau ampunilah dosa-dosaku...Terlalu banyak dosa yg aku lakukan. Andainya ujian ini boleh menghapuskan dosa-dosaku, aku terima dan redha. Kau berilah apa pun aku terima Ya Allah andai apa yg Kau berikan itu adalah yang terbaik untuk ku. Sesungguhnya hanya Kau yg tahu apa yg terbaik untukku.
Macamana keadaan aku ini? Entahlah sukar utk kuceritakan, tp alhamdulliah masih diberi kekuatan utk bekerja dan menjalankan tugas didunia ini. Tidak pernah kulupakan walau sesaat apa yg aku ada. Kekadang rasa kagum dengan perancangan Allah. Dalam keadaan aku 'berperang' ini, tak sangka juga aku dpt menjalankan tugas sebagai guru dengan lebih baik. Buktinya sejarah keputusan SPM baru-baru ini melakar sejarah tersendiri utk aku, peratus kelulusan matematik tambahan yg ku ajar mendapat 95.5% naik 10% dari tahun sebelumnya. Huahuahua... tak sangka tp alhamdulillah, kegembiraan yg dikongsi dgn rakan sejawat Baiti, Beliau mengajar dua kelas dan aku dua kelas, aku terlebih gembira kerana murid yg kusangka gagal kebanyakan berjaya walaupun sekadar lulus. Kenapa?? hanya aku dan Allah mengetahui bagaimana keadaan murid ku ..huahuahua...hai murid-murid 5 waja 2011, kau semua dalam doa cikgu...semuga menjadi insan yang berjaya dan dibawah lindunganNYA. Apa usaha ku kini, entah masih berusaha.. apa dia ??? Biarlah ia menjadi rahsia lagi. Prima series?? sudah sebulan aku berhenti mengambilnya. Mungkin kurang sesuai utk ku. Bukan ia tak bagus, tapi hatiku kurang gembira, knape??? Jgn ditanya... sukar utk dijawab. pelik??? Jgn hairan ye...tumor masih ada, alhamdulillah..ada pengurangan . bagaimana??? dah pasti Allah yg melakukanya. Catatan ini ingin berhenti disini. Doakan yg ter baik utk saya...

Sunday, October 23, 2011
Penawar Kanser????
Setelah sekian lama menyepi dari menulis dicatatan ini, akhirnya hari ini terasa seperti ingin mencatat sesuatu.Oktober ini cukup sudah setahun, dari kali pertama aku menemuinya. Untuk kesekian kalinya aku mengucapkan rasa syukur atas banyak perkara yg dianugerahkan olehNya. Syukur kerana diberikan anugerah ini , BC ini menjadi titik kesedaran buat diri sekeluarga, kerana dulu mungkin diri ini alpa dan leka. Terima kasih ya Allah kau berikan aku ingatan dan teguran.Aku terpilih sebagai insan yg didalam ingatan Mu. syukur...Terima kasih Kau berikan ku peluang utk memperbaiki diri dan perbanyakan amalan. Ampunilah segala dosa dan terimalah segala amalanku.Syukur..kerana beriku peluang untuk bernafas lagi hari ini..Syukur diatas kesihatan dan kekuatan yg masih Kau berikan.
Banyak perkara yg berlaku kebelakangan ini, rutin harian masih diteruskan seperti biasa.Sejak jun yg lalu tumor seperti bermain tarik tali , sekejap mengecut, sekejap kembang. Sehingga aku mengambil keputusan untuk menjalani pembedahan selepas hari raya aidlafitri yg lalu. Setelah temujanji dibuat dan pemeriksaan dijalankan, doktor menetapkan tarikh untuk aku menjalani pembedahan.Namun, empat hari sebelum pembedahan, aku berjumpa dengan seseorang untuk mencuba satu produk yg dinamakan primaseries. 3 hari memcubaa terasa sedikit kelainan yg susah digambarkan, mungkin yg boleh dikatakan hilang rasa mencucuk-cucuk dibelakang badan dan terasa badan lebih menyihatkan. Akhirnya nekad untuk menangguhkan pembedahan hingga ke tarikh yg belum pasti.
Ramai yg bertanya tak mengapa ke tak pergi buat rawatan dihospital? Satu soalan yg susah nak dijawab, kerana apa yg pasti selepas penetapan tarikh pembedahan aku menangis dua hari dua malam mengenangkan aku bakal kehilangan satu B. Jadi belum buat pembedahan tapi semangat dah hilang bayangkan kalau dah memang hilang B. Pasti semangat dah hilang. Mungkin orang lain akan berkata takpe hilang satu asalkan masih bernyawa. Akhirnya keputusan dibuat, itupun setelah kulakukan istikharah sebanyak yg mungkin,meminta petunjuk dariNya. Mati hidup ketentuan Allah. Bukan aku tak berusaha, aku berusaha mengikut cara yg aku pilih. Sebagai orang yg mengalami, aku berhak memilih cara rawatan. Sejak keputusan penangguhan, hidup dirasakan lebih gembira dan bermakna. Seandainya Allah menarik nyawa ini, sebagai seorang Muslim aku menerimanya sebagai satu ketetapan, bagaimana mati itu hanya penyebabnya.Aku tak menoleh kebelakang lagi, banyak perkara yang ingin kulakukan sebelum nyawa dijemput Ilahi. Ya..kedengaran seperti aku menyerah kalah, tapi inilah waktu yg paling kuat pernah kurasakan berbanding sebelum ini. Aku takkan menyerah kalah...Seperti kata pengetua, kuatkan semangat dan yakin bahawa ubat yg kita makan adalah yg terbaik utk kita. Nak buat macamana kan, dah kanser itu nak hidup dengan kita, takpelah terima ajelah, asalkan dia tak ganggu perjalanan hidup kita. Betul juga katanya.
Mengenai ubat primaseries yg baru sebulan diambil itu, apa yg boleh dikatakan selepas dua minggu, rasa mencucuk-cucuk dan menghiris pada tumor. Syukur, sakitnya tidaklah sehingga keterlaluan, kerana itulah simptom yg akan dirasakan pada pesakit kanser.Terdapat perubahan pada tumor, namun masih terlalu awal untuk diperkatakan. Bagaimanapun, sebenarnya yang paling penting sekiranya ia dapat mengawal dari merebak ke tempat lain.. Insyaallah...Apabila ditanya berapa lama tumor boleh hilang, menurut En Yunus (pengedar) antara kes-kes kanser yg dibawah pemantauannya, breast cancer adalah yg paling lambat hilang tumor kerana sifat kanser dan tumornya yg melekat dan membentuk ketulan seperti daging. tapi untuk kanser lain seperti kanser pangkal rahim, prostat, usus dan lain-lain kesannya amat cepat apabila dos yg diambil tinggi. Tak kisahlah asalkan ia boleh hilang. Syarikat ini juga ada membuat kerjasama dengan salah satu hospital di Malaysia untuk menjalankan ujian klinikal untuk menguji keberkesanan ubat ini. Aku ada menghantar resume untuk mencuba nasib. Harapnya ada rezeki...Menurut beliau lagi setahun ubat ini dipasaran Malaysia, hampir kesemua pesakit yg mencuba menunjukkan respon yang positif, setidak-tidaknya antara kesan yg dirasai oleh pesakit ialah kesakitan yg dirasai disebabkan oleh kanser atau pun rawatan kanser akan hilang.Antara tujuan utama ujian klinikal ini ialah untuk menghilangkan kesakitan yang dialami oleh pesakit. Ya Allah semuga ubat ini menjadi penawar kepada penyakit kanser ini. Pada awalnya, rasa bimbang untuk bercerita disini tentang ubat ini kerana belum pun sembuh, namun akhirnya mengambil keputusan untuk share dengan orang lain, kerana seandainya tiada rezeki sembuh untuk diri sendiri tapi mungkin rezeki untuk orang lain. Bulan depan(November) En Yunus akan ke Korea untuk membawa produk ubat ini kesana. Seandainya ubat ini yang asalnya dari Malaysia (pengasasnya orang Malaysia) cuba membawa ubat ini keluar, mungkin sesemangnya ia salah satu penawar kanser. Kita tunggu dan lihat...
Nampaknya kali ini entry yg agak panjang berbanding sebelum ini. Catatan kali ini berhenti disini. Doakan yg terbaik untuk saya.

Saturday, June 11, 2011
Diet...
Hari ini seperti ingin menulis sesuatu di catatan ini, cuti sekolah akan berakhir, dunia kerja akan bermula kembali, walaupun cuti ini bukanlah cuti sebenar cuti, minggu lepas ada kelas tambahan 2 hari, dan sibuk menanda kertas peperiksaan pertengahan tahun. Sempat jugak membawa bebudak tu ke Cameron Highlands, saja bertukar angin, biasanya kalau cuti mesti nak berjalan tempat yang memenatkan, seperti taman tema. Tak larat rasanya. Kali ini pergi ke tempat yang lebih sejuk dari kebiasaan. Sebulan yang lepas memulakan diet yang sangat ketat, dan 3 minggu yang lepas jugak memulakan pengambilan ginseng dan cordyseps sinensis. Hasilnya memang ketara. Perubahan pada lump memang dapat dirasakan. Namun...kerana pergi bercuti, menyebabkan tak banyak pilihan makanan, dan akibatnya balik dari bercuti lump dirasakan membesar semula. Perasaan bimbang dan menyesal. Tapi bak kata pepatah, sesal dulu pendapatn... tak mengapalah, bermula kembali ke garisan asal. Tapi satu perkara yang dapat dipelajari, berhati2 dalam diet ...pengalaman memang adalah guru yg terbaik...selepas ini kenalah sangat berhati2...
Kebelakangan ini banyak mencari maklumat tentang penawar yg boleh dibuat dan dimakan. Antaranya ialah tentang Sabah Snake Grass, bagaimanapun tak tahulah mana nak mendapatkan nya, cuba juga menghubungi orang tertentu, namun hasilnya tidaklah memberangsangkan. Kemudian terbaca tentang khasiat curcumin iaitu bahan kuning yang ada dalam kunyit. Dikeliling rumah ni memanglah tak byk kunyit, tapi rasanya mudah nak mendapatkannya, tetiba terpandang pokok temulawak yg tumbuh melata ditepi rumah. Dahulunya cukup banyak sehingga perlu dibuang, cuba mencari maklumat tentang temulawak, dan.. rupa2nya ada perusahaan yang menghasilkan kapsul temulawak untuk kesihatan dan lagi kandungan curcumin dalam temulawak lebih kurang berbanding dengan kunyit namun kandungan minyak atsirinya yang untuk melawan kanser terutamanya BC lebih tinggi berbanding kunyit. Jika dahulu temulawak ini dipandang sepi, namun kini ia menjadi salah satu ramuan dalam minuman jus harian. JUs harian epal+lobak+nenas+temulawak+cendawan susu harimau. Rasanya taklah sedap sangat. Tapi tekak ini dah biasa bolehlah nak telan. Jus pegaga juga tidak ketinggalan. Begitu juga air rebusan daun betik+daun sireh+daun durian belanda. Banyak??? Memanglah banyak..tapi terpaksa diagihkan waktu meminumnya, dari pagi hinggalah nak tidur, hasilnya memanglah kerap ke bilik air. Takpe buang toksin...
Semenjak pengambilan ginseng dan cordysep sinensis, memanglah rasa berdenyut di kawasan lump dan sekitarnya, harapnya dalam tempoh beberapa bulan ada kesan yg positif. Tak berani nak berkata lebih-lebih...Setiap kali rasa ada perubahan pastinya tak lama kemudian kembali kepada keadaan asal. Jadi tunggu dan lihat sajalah. Pastinya Allah ada agenda sendiri untuk hambaNYa. Dalam beberapa bulan ini, rasanya lebih memahami keadaan BC ini. Bunyinya macam memahami hati seseoranglah pulak...Rasanya tahu apa yg boleh dan apa yg tak boleh...Nampaknya catatan ini terpaksa berhenti disini dahulu, doakan yg terbaik utk saya..

Sunday, May 1, 2011
Terapi ozon..
Dua hari lepas, pergi menjalani terapi ozon di klinik MediAl-Hilmi di Kepong, itupun setelah mencari-cari di internet maklumat, klinik yang menyediakan terapi ini, namun akhirnya teringat Dr Jamaludin ada memberitahu klinik yang pernah beliau kunjungi untuk membuat terapi ini. Prosesnya tidaklah menyakitkan tetapi pada peringkat awal ketika proses mencari salur (vena) yang sesuai itu yang menyakitkan. Susah payah Dr Hasbullah mencari yang salur darah, akhirnya satu salur di celah siku dan satu lagi terpaksa dilakukan di atas permukaan tangan berhampiran jari kelingking dan jari manis. Itu yang sakit.... Proses ini memerlukan darah disedut keluar dan 'dicuci', diozonkan kemudian dimasukkan semula ke salur darah. Satu yang mengagumkan darah yang keluar dan darah yang telah diozonkan sangat berbeza warna. Berapa banyak darah yang dicuci kurang pasti tapi proses memakan masa 70 minit. Doktor Hasbullah terpaksa memegang salur darah yang keluar sepanjang proses kerana, ada sedikit masalah dengan salur darah yang kecil menyebabkan darah yang keluar terlalu perlahan. Berapa kali perlu dilakukan tiada paksaan, namun Dr ada menyatakan sebaiknya dilakukan 4 kali pada peringkat awal ini. Banyak kebaikan sebenarnya melakukan proses ini, bukan sahaja utk pesakit kronik malah mereka yang ingin menjaga kesihatan juga. Kesan sampingan dari proses ini, ialah kulit menjadi cantik. menurut kata Dr. Huahuahuahua..Kalau kulit menjadi cantik itu sudah menjadi bonus..
Sebenarnya ada banyak perkara yang ingin dicatat disini, namun masa tidak mengizinkan, nanti kita bertemu lagi, doakan yang terbaik untuk saya, mungkin ada sedikit berita gembira yang boleh dikongsikan? Insyaallah, perjuangan harus diteruskan..

Friday, April 29, 2011
Setelah sekelian lama tak mengadap pc baru hari ini berpeluang utk mengadap lebih lama dari biasa. Kalau ikutkan badan memang penat, mata ni macam nak tidur, tp tak tahulah mana dtgnya kekuatan utk duduk lama di sini. Kebelakangan ramai bertanyakan perkembangan terbaru, gara2 lama menyepikan diri, ramai menelefon, sms dan email bertanyakan khabar. Ya Allah, terima kasihlah krn sudi bertanyakan khabar wahai, teman2 dan keluarga...Perjuangan masih diteruskan, perkembangan terbaru tak byk perubahan yg berlaku, lump masih ada. Kekadng terlupa jgk ada "bendasing" melekat dkt bdn, rasa mcm dah sebati dlm diri.
Sekarang ni dalam proses mencari penapis air yg boleh mengoksigenkan air, belum berjumpa lagi, yg ada ozonator adalah, hari ini dah buat appoinment untuk buat ozon terapi, kosnya lumayan jugak, hubby pun nak tumpang sekaki buat terapi ozon. Tentang duit, entahlah rezeki Allah beri yg tak tahu dari mana2 datangnya. Alhamduliilah, tak pernah lagi rasa kesempitan sejak tahu ada BC ni. Walaupun kalau dikira2 dah beribu2 dah dibelanjakan. Takdelah kaya sgt tp Allah sentiasa permudahkan caranya. Berhenti lagi catatan ini disini. Semuga bertemu dan diberi kekuatan lagi untuk bertemu lagi dicatatanku. Doakan yg terbaik untuk saya.

Saturday, January 22, 2011
Cendawan Susu Harimau..
Setelah lama berhenti dari catatan ini, baru hari ini berpeluang untuk mengadap komputer lebih lama dari biasa. Banyak perkara yang telah berlaku. 2 minggu lepas seseorang ada memberitahu tentang sejenis herba iaitu cendawan susu harimau dan kebaikannya terhadap mengubati pelbagai penyakit termasuk kanser. Beliau memberitahu untuk mendapatkannya di R & R Tapah iaitu daripada orang asli yang ada disitu. Tertanya juga, kalau dah pergi kesitu dengan siapa nak bertanya, bimbang dah pergi kesana tetapi tiada pula cendawannya. Semuanya bergantung dengan nasib. Sambil2 itu cuba mencari maklumat mengenainya dan entah macamana terjumpa satu website dan di website tersebut ada memberitahu sesiapa yang berminat untuk menadapatkannya boleh menghubungi satu emel yang dinyatakan. Akhirnya mencuba nasib menghantar emel seperti yang dinyatakan dan tidak disangka mendapat balasan. Setelah beberapa kali berbalas emel, pihak berkenaan setuju akan menghantar cendawan tersebut melalui pos ekspress. Setelah menerima cendawan tersebut, bertanyakan pada pihak berkenaan tentang bilnya dan jawapannya " do not worry about the bill. We have been giving out the sample for volunteers who are in need. Just hoping it helps. If it helps and u need more, just let me know" Terkejutnya dan sangat bersyukur.. Terima kasih Ya Allah..dengan pertolongan ini. akhirnya mendapat tahu orang yang dihubungi awalnya adalah seorang Dr dan penyelidik di Mardi, Serdang.
Beliau sedang melakukan kajian terhadapat cendawan ini dan cuba membiakannya sendiri. Kerana secara habitat semulajadinya, ia sangat sukar ditemui dan kalau ada pun harga sangat mahal dipasaran. (Setakat ini tak tahu berapa harganya, tapi dari bacaan harganya mahal dan susah nak ditemui.) Kemudian mendapat tahu juga salah seorang lagi yang dihubungi juga adalah seorang Chief Exec. Officer, LignoBiotech, sebuah company yang membangunkan penyelidikan ini. Siapa sangka, dalam dunia masih ada orang yang baik hati. Syukur...Harapnya ada kesan yang positif . Pada masa yang sama juga, ketika ini menjadikan amalan meminum air rebusan daun durian belanda. Dikatakan durian belanda termasuk buah, daun, kulit pokok dan kebanyakannya mempunyai khasiat yang tersendiri salah satunya untuk merawat penyakit kanser kerana dikatakan juga ia mempunyai kesan seperti kemoterapi namun ia 10000 kali ganda lebih baik daripada kemoterapi. Entahlah, itu adalah daripada bacaan yang diperolehi daripada sumber internet, setakat ini belum terjumpa satu bacaan ilmiah yang menerangkan tentang khasiat durian belanda ini. Walau apa pun, usaha harus diteruskan, tak kiralah melalui cara apa, asalkan tidak melanggar hukum Islam. Allah jugalah Penyembuh yang Berkuasa.
Catatan ini berhenti disini, doakan yang terbaik untuk saya..

Wednesday, January 12, 2011
Nekad..
Semalam ketika melayari internet, terjumpa satu blog kepunyaan seseorg yg merupakan pesakit BC jgk. Meninggalkan satu pesanan dgn harapan kakak ini akan memberi respon. Alhamduliilah, kakak ini memberikan respon dan akhirnya berjaya jg menghubungi kakak ini. Beliau yg ku panggil kak yati telah didiagnos mempunyai BC pada tahun 2009. Beliau telah menjalani 4cycles kemo. Akhirnya ptg td memberanikan diri utk menghubungi beliau krn ingin meminta pandangan peribadi beliau, iaitu hharuskah ku teruskan surgeri ini.. Setelah berbual utk seketika, akhirnya aku nekad utk menangguhkan lg surgeri ini sehingga ke tarikh yg belum dipastikan lagi. Dari pembacaaan, byk menunjukkan kes setelah menjalani pembedahan, sel kanser ini akan merebak ke bahagian lain, namun jg ada kes yg menunjukkan setelah proses surgeri dan kemo, pesakit sembuh.Namun bila difikirkan dgn keadaan yg ada skrg, tubuh badan masih sihat dan bertenaga, jadi akan ditangguhkan lagi surgeri ini.
Terima kasih kak yati, byk kata2 kak yati menjadi perangsang utk saya.Jika diizinkan oleh Allah pasti kita akan sembuh. Ya..kita harus positif..positif..Berusahalah selagi terdaya.
Pagi tadi jgk sempat berbual dgn seseorang iaitu kak bibah, cikgu senior yg byk pengalaman. Banyak kata2 dan cerita yg menjadi perangsang dan ikhtibar. Beliau juga mempunyai kakak yg merupakan pesakit kanser. Tetapi bukanlha pesakit BC. Banyak nasihat dari beliau.Catata ini terhenti utk seketika , doakn yg terbaik utk saya...

Subscribe to:
Posts (Atom)